Dalam parcel ada 3 kotak. Kotak coklat tu dah wasalam. hehehe
Assalamualaikum,
Benda ni dapat masa aku balik kerja selepas join Program Membaca di IKN. Dah lah masa kat IKN tu dapat 2 hadiah sekali balik hah dapat lagi hadiah. Yang sweet tu dapat 2 jenis coklat dan sekotak yang bagaikan kotak Doraemon je sebab sekali bukak hah macam-macam ado ko.
Hadiah ni aku dapat sebab meneka sipi-sipi jeTeka berat mangga tapi Ibu Rawiwa nak bagi hadiah juga. Alhamdulillah semuga Allah gandakan rezeki lagi berganda-ganda buat Puan Faiza aka Ibu Rawiwa.
Ok aku tayang ye apa yang aku dapat. Nak tayang kotak Doraemon apa ada didalamnya. Nobita jangan kacau ye.
Sweet je kan. TQ Ibu Rawiwa
Comel je kucing tu. Sayang nak bukak. Manicure set
Beg shopping yang comel dia punya icon. Macam nak suruh kita pi Pahang naik gajah je. Tu buat akak teringin nak naik gajah ni.
Mula-mula ingatkan kad raya bila baca Blog SA rupanya kad Tngo. Aiyakkkk nampak benor tak perasan padahal besar gabak kat bawah tu tulis kad TouchnGo. Sayang wooo nak guna.
Dapat tudung bawal jenama Leeyanarahman warna coklat merun gitu. Tak ada rasanya warna ni. Yang banyak maroon dan coklat. Hah nanti boleh melaram lah. hehehehe
FM dari Hadyai dan Kyoto Jepun. Yang dari Jepun tu emmm memang wishlist nak pergi. Entah bila lah dapat bercherry Blossom di Tokyo ke Osaka ke. Berangan je sebab masa kerja ni susah nak dapat travel musim bunga. Semuga Allah rezekikan satu hari nanti. Aamiin.
Hah nampak tak berapa punya banyak dalam kotak yang kecil tu.
Tapi yang dalam banyak-banyak tu kata Ibu Rawiwa ini model utama. Minyak aromaterapy Young Living. Belum cuba lagi.
Apa pun nak ucapkan jutaan terima kasih seluas bintang Bima sakti di atas langit cakrawala. Amboiiiiii dia punya ayat bukan main lagi. Terima kasih juga atas ukhawah yang terjalin.
Bagi yang belum pernah masuk rumah Ibu Rawiwa hah jemput masuk ye. Seronok kadang baca nukilannya.
Ni mesti rasa nak lompat capai Bina Sakti dek kegembiraan terima hadiah. Tumpang seronok ye Notie.
ReplyDeleteWangi aromatherapy YL ini memang buat rileks sangat. Sayapun suka. Dulu sempat JD member. Apalagi wangi peppermint, lavender, dan frankincense. Itu fav saya sangat
ReplyDelete