Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Program Perlis Agrofest 2026 pada 24 – 26 April 2026 di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis sebagai salah satu inisiatif memperkukuh sektor agromakanan serta mempromosikan produk tempatan negeri.
Sehubungan itu, dimohon Tuan/Puan untuk membuat hebahan jemputan program ini kepada semua warga kementerian untuk hadir bagi memeriahkan program ini. Antara pengisian utama yang menarik adalah seperti berikut:
- Jualan mangga Harumanis Perlis
- Himpunan Lembu Sado Utara 5.0
- Pameran dan jualan produk agromakanan tempatan
- Aktiviti interaktif, pertandingan dan cabutan bertuah
- Pelbagai lagi tarikan menarik untuk seisi keluarga
Assalamualaikum,
Bila tenguk ni dalam post master Ya Allah rasa macam nak terbang je ke perlis. Boleh dapat beli mangga harum manis ni original dari Perlis. Aaaknya sebab tahun ni Mangga Harum manis ni dek kerana kepanasan melampau rasa manis dia memang paling manis daripada sebelumnya. Aku tenguk kat FB pun dah rasa nak tergoda nak membeli tapi pandang dan lihat je.
Hari tu Alia yang kampung dia kat Perlis bagi aku rasa mangga Harum Manis kiriman dari kampung nya pun aku dah rasa memang sedap dan manis sekali rasa mangga dia. Agak-agak kalau tanam boleh jadi macam tu tak. Masalahnya Pak Nyet kat belakang rumah tu rombongan anak beranak dia ramai. Ni pun hari tu Jol balik rumah kampung Pak Nyet dah kerjakan buah kuini yang sedang banyak buahnya sekarang.
OK siapa orang Perlis hah pi le. Start besok sampai Hari Ahad ni. Blogger ujie dengan Blogger CCL boleh mai Lah. Yang dekat Kedah pun kalau suka boleh je. Boleh borong mangga harum manis murah sikit kut daripada biasa. Cabutan bertuah tu aku suka. Tapi tenguk himpunan Lembu Sado Utara 5.0 agak-agak boleh lawan lembu Wak Petani tak.



No comments:
Post a Comment