Temu Janji Manis: Pelancaran Jaja & Din dan Sandal Bunga-Bunga
Manรฉs Wordworks menjemput anda ke sebuah temu janji istimewa bersama penulis Noor Suraya dan Faziela dalam suasana santai berkelah di Taman Botani Putrajaya.
Mari berbual tentang cerita, menikmati potluck raya, dan beramah mesra bersama penulis.
๐ผ Tema: Baju Raya Bunga-Bunga
๐ 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
๐ Taman Botani, Putrajaya
๐ค Moderator: Akyelrahim
✨ Tentatif Ringkas
10:00 AM — Ketibaan tetamu & penulis
10:10 AM — Bual Bicara Santai: Kombo Bunga Cinta
10:35 AM — Sesi Interaktif: Tinta Syawal
10:50 AM — Sesi Penghargaan
11:00 AM — Jamuan berkelah & sesi beramah mesra
12:00 PM — Penutup & bersurai
๐ท Jom berkelah bersama Noor Suraya dan Faziela!
Tetamu dialu-alukan untuk membawa juadah ringan / manisan secara sukarela untuk dikongsi bersama.
Assalamualaikum,
Hari sabtu baru ni aku pergilah Bicara buku anjuran Manes Wordworks di Taman Botani. Manes Wordworks ni sebenarnya ditubuhkan oleh penulis Nir dan Lila yang merupakan bekas penulis Jemari Seni. Kiranya setelah Jemari Seni menutup tirai maka mereka bergabung menubuhkan syarikat buku tapi kiranya vibes penulis-penulis muda lah. Manakala Kak su aka penulis Noor suraya sebagai mentornya dan kadang sebagai editor.
Kali ini buku Kak su iaitu Jaja dan Din di buat cover baru dan di terbitkan semula dibawah Manes Wordworks. Selain daripada tu buku kak su yang popular macam Panggil aku Dahlia juga dibuat cover baru dan diterbitkan semula.
Oleh kerana JS sudah di tutup dan dah lama tak pi piknik sambil bicara buku dan juga Kak su akan mengerjakan haji pada tahun ini jadi bila ada peluang jumpa ni apa lagi lah aku pun join sama dengan geng ulat buku yang lain. Walaupun tak ramai tapi bila dapat berjumpa dapat menghilangkan rindu setelah lama tak jumpa dan bertentang mata.
Majlis bermula pukul 10 jadi pukul 8 lebih aku dah pi Putrajaya. Beli kuih kat Uniten sebagai juadah semasa piknik nanti.
Masa aku sampai geng ramai belum tiba jadi bila jumpa muka-muka baru ni emmm rasa macam aku dah tua dah sebab yang lain semuanya anak-anak dan adik-adik yang comel.
Nasib baik tak lama kemudian wan dan Wabbit sampai. Jadi adalah geng aku. Nirr aku kenal sebab pernah pi travel ke Turki dulu bersama-sama. Dan ada juga buku novel Nirr yang sedap di baca,
Tak lama kemudian kaksu, Yah dan Syud pun sampai. Carrie sampai lambat. Dia bawak macaroni bakar yang sedap sekali. Lia dan iejay tidak dapat hadir kerana Lia kurang sihat manakala iejay pulak hari jumaat tu jamuan Raya pejabatnya dan sudah kepenatan semasa majlis jadi bila bangun pagi tu dah rasa sakit badan. Jadi tak dapat le jumpa Lia dan Iejay. Keduanya ni penulis JS dengan NB Kara.
Acara start pukul 10 tapi sebab kak su sampai lambat, jadi lambat le mula. Baru bersembang dengan kak su dah kena panggil ke depan. Tetamu kehormat lah katakan. Tak ada Kak su majlis tidak boleh bermula.
Geng Ulat buku
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)







No comments:
Post a Comment