Sunday, April 26, 2026

Lawatan dari MAHSA Universiti & Hongkong Metropolitan University

 


17 April 2026 – Hospital Putrajaya telah menerima kunjungan 35 pelajar kejururawatan bersama pensyarah pengiring dari MAHSA University & Hong Kong Metropolitan University yang terdiri daripada Assoc. Prof. Dr. Sandy Choi Pin Pin, Assoc. Prof. Dr. Lam Yun Wah, Assoc. Prof. Dr. Sarah Wong Suet Shan serta Mr. Nelson Chia Koon Kit.


Rombongan telah disambut oleh Dr. Nur Zulaikha Binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan 1 mewakili Pengarah Hospital Putrajaya.


Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas kejururawatan oleh Matron Mastura Binti Ahmad, diikuti sesi lawatan ke Jabatan Kecemasan, ICU dan Wad Perubatan bagi memberi pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar serta amalan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.
Terima kasih atas kunjungan. Diharapkan lawatan ini dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar serta mengukuhkan hubungan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi.


Tandatangan


Tinggi sungguh Mereka berdua.





Memori bersama


Buat lawatan 

 Melihat Jabatan Kecemasan dan Trauma

                                                                         Melihat keadaan wad 


Bergambar bersama staf  

Terima kasih semua pelawat yang hadir di HPJ

4 comments:

  1. Seronok bila ada lawatan dari luar negara kan kak..at least bertukar2 info..dari Malaysia ada tak yang pi melawat hospital diorang?

    ReplyDelete
  2. Betul² tinggi orang² HK ni ek, tapi tengok pelajarnya macam taklah tinggi sangat. Bagus lawatan macam ni, boleh bertukar² pandangan dalam bidang perkhidmatan kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Best juga ada lawatan luar ni. Dapat la berkongsi pengalaman dan pandangan.

    ReplyDelete
  4. Wahhh..Ramainya.Terus trigt cerita ghost doctor yg sy tgh repeat tgk skrg =D

    ReplyDelete