Hari Selasa hari tu kita orang join program Jom Baca di IKN. Masa mula tenguk iklan macam nak pergi tapi tak ada geng sekali aku pun ajak CC jue. Kebetulan Pn Eva pun nak join juga. Sekali tenguk list kita orang yang last je. Nasib sempat daftar. Rupanya hanya 80 orang peserta je.
Jadi pagi Selasa pukul 8 kita orang pun jalan lenggang kangkung menuju ke IKN sebelah HPJ tu je.
Acara bermula pukul 8.30 pagi untuk pendaftaran dan juga ada sarapan di sediakan. Sampai je terus daftar nama dan sign kedatangan. Dapat door gift dan meehoon untuk sarapan. Bila belek dalam beg ada buku novel percuma diberikan. Memang ada makluman dapat buku percuma. Sebabnya kita akan buat membaca bersama Pengarah selama 10 minit.
Program jom baca ni sebenarnya sempena Hari Buku dan Hak cipta Sedunia yang diadakan pada 23hb April setiap tahun. Tapi kita orang start awal iaitu pada 21hb April 2026.
Program "Jom Baca Bersama 10 Minit" merupakan inisiatif kebangsaan tahunan yang diadakan serentak pada 23 April 2026 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Kempen ini bertujuan memupuk budaya membaca selama 10 minit dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan tema 2026 "Membaca Membina Bangsa". Pendaftaran terbuka kepada agensi kerajaan, NGO, sekolah, dan orang awam.
Bengkel membaca secara cepat oleh En Yazid memang best. Salah satu yang aku ingat kalau boleh kita kena membaca setiap hari supaya otak kita berfungsi. Ianya supaya dapat mengurangkan daripada terkena penyakit Alzheimer.
Ambil masa beberapa minit dan cuba jadikan ianya amalan setiap hari supaya ianya menjadi habit bagi kita untuk membaca. Sebab tu Tun Mahathir walaupun dah berusia 100 tahun masih lagi kritis pandangan dia dalam apa-apa juga keadaan semasa.
Selepas tu upacara perasmian Program bila Pengarah IKN datang bersama pegawai yang lain untuk merasmikan program serta menbaca secara 10 minit bersama kami semua.
Selepas Pengarah IKN membuat pelancaran dan membaca bersama-sama selama 10 minit bengkel membaca dengan pantas bersambung semula. Ada bagusnya teknik bagaimana membaca dengan pantas bagi staff yang membaca semasa bekerja. Ianya teknik supaya lagi pantas kita membaca lagi banyak ilmu yang kita dapat. Dan masa yang kita gunakan itu berguna sebab lagi banyak input bacaan yang kita dapat jika mengunakan skill membaca dengan pantas.
Selesai sessi Bengkel ada pulak game Kahoot dijalankan. Dan tak sangka aku dapat tempat ke 2 dalam game kahoot tu. Oleh kerana petang sessi petang start pukul 2,30 petang kita orang pun ambil makanan tengahari dan balik ke pejabat. Lunch dan petang datang balik supaya lengkap kursus sehari.
Isu penting yang kami perbincangkan


.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)




Ada jualan buku tu yang menarik. Ilmu baru tu, cara membaca cepat. 👍
ReplyDeleteBestnya program kat sana. Banyak pulak tu dapat hadiah.
ReplyDeleteSeronok program gini. Menggalakkan lagi orang untuk membaca.
ReplyDeleteTak ramai orang suka membaca, membaca sepatut dijadikan tabiat.
Beruntung bila jabatan anjurkan program begini... memang kena ambil peluang.
ReplyDelete