Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, September 5, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidil Fitri.
Hai raya dah masuk raya ke 8 baru nak ucap Selamat hari Raya. Almaklum le faham sendiri lah ya bila dah balik kampung dengan cuti seminggu raya memang malas sungguh nak membuka blog maklumla bukan penulis tegar macam setengah orang tu dimana setiap saat dan masa blog tak lepas dalam ingatan. Orang ni kalau ada angin rajin je kadang menulis kalau tak rajin kadang banyak sketsa dalam kehidupan berlalu sahaja. Tu yang kadang cerita dah basi baru nak bercerita. Kalau jadi wartawan dah sahle kena tendang sebab berita dah tak fresh lagi. Orang lain dah sampai bulan kita masih jalan kaki lagi huhuhu haru sungguh.
Raya seminggu kat kampung tak pergi mana pun. Ada tak ada pun pergi rumah akak yang sulong dengan adik beradik di melaka. Raya pertama memang merupakan kunjungan adik beradik datang ke rumah mak, semua anak dan cucu dan cicit akan datang beramai-ramai menjengah mak, sambil tu jengah sekejap rumah Pak Itam yang merupakan satu-satunya pak saudara belah bapa yang tinggal jadi jenguklah juga. Rumahnya berselang dengan rumah Aruah Chik yang setelah meninggal dunia rumahnya terus terbiar malahan katanya dah ada benda lain pula yang menghuni rumah tinggal tu. Sedih tenguk rumah Aruah mak saudara Aruah Chik di tengah rumah antara rumah mak dan rumah pak Itam yang terbiar usang. Anak-anak angkatnya semua tak nak tinggal di rumah itu.
Raya ke 3 pula join akak pi gathering akak senior tahun 81 SMSAB di Tanjung Mas, dimana sebahagian akak senior tu orang kenal dan biasa apa lagi akak-akak di asrama seperti Kak zaidah, kak Norhana Sahar, Kak chik memang orang nak jumpa. Kak amilah Ahmad pula memang orang tak boleh lupa sebab kak milah tu kelakar apa lagi ada scene yang menggelikan hati semasa di asrama yang orang tak boleh lupa iaitu jatuh dari katil 2 tingkat. Memang havoc seungguh bila dengar cerita kak milah time jatuh katil tu. Bayangkan dok asrama kan pakai katil 2 tingkat. Dia yang dok atas boleh jatuh macam nangka busyuk je kedebuk jatuh. Hai kak milah kak milah. Tu pasal orang memang tak boleh lupa kat dia bila teringat scene tersebut.
Selain dari tahun 81 terdapat juga senior iaitu Kak mamie besfren Kak shireen masa sekolah dulu. manakala kawan akak yang orang biasa dan mereka pun kenal ialah Kak sharifah, Kak rozita, kak Noraishah. Kak Noraishah ni still macam dulu walhal anak dah besar. Orang teringat kat dia sebab masa orang tingkatan 1 aktif sukan dan training lumba lari bersama dengan Maryamah Kamijan. Masa tu akak sekolah belah pagi dan dengan kak noraishah dok menengok kami berlatih lumba lari. Yang kelakor tu dari tingkat 2 dia dan akak dok sokong sapa antara orang dengan maryamah sapa menang. Akak mesti le sokong adiknya saya manakala kak noraishah pula sokong maryamah. Scene tu yang buat orang teringat kat kak Noraishah tu. Manakala Kak chik pula setelah habis sekolah baru saya tahu kalau dia anak saudara dengan Aruah Wak Bolah padahal saya dan kak chik satu dorm dulu masa saya baru masuk form 1 di dorm puteh.
Ni gambar tahun 2009 yang tiada ialah Akak nora yang masa ni belum sampai muar, dalam perjalanan dari Kl manakala adik lelaki pula Faizan yang pada tahun tu beraya di rumah mak dulu dan dah balik melaka beraya rumah mertuanya pula. Raya tahun ni tak ambil gambar keluarga pun.
Ni mak bersama dengan cucu-cucunya dan pasangan masing-masing. Ni ada yang tak ada ni kalau tak lagi penuh sampai tak muat nak masuk dalam gambar. hehehe Tahun ni akan bertambah lagi cucu dengan cicit. Adik saya faizol orang rumahnya dah sarat tinggal tunggu hari nak bersalin manakala Meri dan Meria anak akak saya yang kedua pula pun sedang mengandung dan kemungkinan pada bulan 10 dan 12 akan bersalin. Amboi Kak Limah nak dapat cucu berderet-deret.
Mak bersama dengan cicit-cicitnya. Tak semua yang ada sebab Hirul cicit mak yang paling tua entah mana masa ni.
Apa pun syukur alhamdulillah raya dapat berkumpul semua adik beradik, cucu-cucu dan cicit-cicit mak bersama meraikan Hari Raya bersama-sama. Tiada saat yang indah kecuali dapat berkumpul beramai-ramai setahun sekali seperti Hari Raya Aidil Fitri. Maaf jua buat masniah dan aini sebab tak menziarah rumah semasa balik beraya ni. Masniah cuba call tak dapat manakala rumah aini pula ingatkan nak datang hari Ahad tapi sebab balik bersama akak dan lagi pun takut jem terus je balik awal selepas habis marhaban perempuan di rumah mak.
Di kesempatan ini saya memohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa tercuit hati dan terasa, almaklum saya tetap manusia biasa. Salam kemaafan jua di pinta. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
meriah ray ko ye not....terharu aku bila kau ingat juga nak singgah rumah aku.....terima kasih tak terhingga..susah nak cari kwn mcm ko ni.....mak aku pun selalu juga ingat kat ko...siap doakan lg moga ko cepatdpt mencari bahagia..hehe..
ReplyDeleteAla dah besor2 ni biasa je raya asalkan dapat jumpa adik beradik semua pun dah best. Ala ko niiii kan dari dulu ko dan aku kan selalu jadi tempat mengadu meluah rasa. Dah terbiasa kut. hehehe
ReplyDeleteTerima kasih le doa mak ko tu mudahan makbul. hehehehe merata aku mencari tapi masih belum ketemu lagi. Org kata kena bercampur baru berjumpa tapi aku dah merata jumpa orang, org vietnam, org indonesia, org korea, org London, org brunei, org thai, org Australia tapi still macam tu juga. Dlm bas ekspress dulu masa berulang alik KL pun camtu juga malahan masa kursus sana sini pun dah ramai org aku jumpa tp still macam dulu juga. Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yg tuhan dah bagi kat aku sekarang. Mungkin rezeki aku di bhg lain dan mungkin rezeki ko bhg lain. Manusia rezeki masing2 tak sama kan? Yang penting aku tetap bersyukur atas limpah nikmat yang allah bagi kat aku.Amin