Sunday, September 18, 2011

Raya rumah Nani dan Jah

 Minggu ni memang sibuk lah. Habis je melihat perbarisan di tv semasa sambutan hari kemerdekaan dan sambutan hari malaysia, berkemas pula nak keluar rumah beraya. Hari ahad nanti gathering reunion sekolah SMSABGS pula. Jadi Si anifah member kat JB dah cuti sambil beraya rumah saudara-maranya di KL dan Shah Alam. Rupanya sebelum sampai KL sempat singgah rumah Aini. Wah jeles aku... tak pe insyallah raya haji nanti aku mesti singgah rumah aini. Sambil tu sempat lagi ajak datang rumah Jah beraya. Huh ok juga tu sambil tu aku pulak dah janji nak datang beraya rumah Nani . Sebelum tu aku dah ajak juga Nani join pergi rumah Jah tapi dia kena minta izin dulu dgn pakwenya. Huh memang si Nani ni bukan senang orang nak kidnap bawa jalan. Asyik busy berniaga je. hish hish.

Kueh-mueh raya rumah Nani

 Jadi tengahari je terus keluar rumah ke Batu Caves. Rupanya rumahnya kat Taman Sri Gombak dan naik ke atas. Sebelum keluar rumah dah google juga alamat rumahnya dan dah dapat agak mana kawasannya. Jadi bila sampai Flyover Batu Caves tu dah ambil jalan bawah. Nampak signboard Taman Sri Gombak terlepas pulak terpaksa le pusing balik. Lepas tu menyusuri cari jalan masuk ke Taman Sri Gombak. Lepas tu aku terus je jalan sehinggalah sampai ke Taman Pingiran Batu Caves. Nampak ada gerai tepi jalan aku pun berhentilah. Contact Nani semula sebab tak nampak pun no rumah dan alamat yang di berinya. Sekali Nani kata nak jemput. Rupanya rumah dia dah tak jauh depan je dari tempat yang aku berhenti. Nani jemput dengan motor jadi aku ikut je dari belakang.Kawasan jalan masuk rumahnya sempit jadi terpaksa lah berhati-hati. Lepas tu depan rumahnya penuh dengan lori pickup dan van berniaga sehinggakan tak ada tempat nak park. Nasib baik ada tempat setoit tuk My Sawy aku landing.

 Kawasan rumah dia tu rupanya  dulu katanya kawasan setinggan tapi dah dapat hak milik kekal jadi memang le sempit dan tidak tersusun tapi rumah Nani ok juga cuma di bawah hanya ruang tamu dan di belakangnya tempat mesin memasak di letakkan. Manakala di tingkat atas kiranya rumah dia lah. Sebab masak untuk keluarga pun kat atas.  Bila tenguk mesin yang sedang mengaul santan patutle aku tenguk rajinnya buat dodol berniaga rupanya pakai mesin. Buat rendang pun macam tu juga. Jadi memang kawasan belakang tu penuh dengan barang-barang berniaga. Nampak ada wajik, rendang daging, acar buah dalam bekas untuk berniaga. Katanya besok Hari sabtu pergi TV 9 buat promosi usahawan melayu.

 Sampai je anak dara Nani bagi aku semangkuk laksa. Tak habis makan Nani dah keluarkan nasi minyak. Dan kebetulan anak lelakinya baru balik dari solat jumaat jadi kami makan beramai-ramailah. Oleh kerana ipar-duainya nak datang beraya jadi tak dapatlah join aku ke rumah Jah. Jadi terus zoom ke Klang.

 Dalam perjalanan hujan lebat tapi terus je ke Klang. Bila sampai si Anifah dah sampai. Rupanya bersama mak dan abahnya serta seorang anak dan 2 anak saudaranya ikut bersama. Depa sedang solat dan bersembang kat atas. Aku pun lepas beri salam dan bila kata suami Jah diaorang kat atas aku terus je naik ke atas. Sukanya dapat jumpa Anifah dan Mak Ning. Mak Ning sama je macam dulu. Tak berubah langsung. Bersembang macam-macam. Lepas tu sambung ke bawah pula. Abah Anifah pun macam tu juga tak berubah walhal cucu dah besor2 dah.

Jah di apit minah merah Anak dan mak hehehe
Hah ko minah mane lah yang tersandar ni.
Bersembang sambil makan.

Cottage pie Jah memang sodap walah
Soto hasil air tangan Jah

  Rupanya Azah dan As tak dapat hadir. Azah ni memang semedang je busy. Dah le Anifah tu dok jauh sesekali datang nak jumpa manjang je ada hal. Sabo je aku. Anifah cerita juga bagaimana dia boleh singgah rumah Pak mertua Aini malahan Aini siap masak lagi untuk jamu  dia sekeluarga. Terjumpa lah juga Yah yang selalu kami ceritakan. Nasib masa tu Yah tak buat perangai kalau tak kesian aini nak layan.

  Oleh kerana banyak lagi rumah saudara Anifah nak singgah malahan cuba juga contact Meah adik angkatnya kut boleh singgah jadi terpaksalah beredar dulu. Kata Jah rumah Meah belakang kawasan rumah dia jadi memang dekatle. Aku pun bila semua beredar ikut sama lah balik. Apa pun insyallah lain kali boleh jumpa lagi. Anifah siap pesan masa reunion tunggu dia. Rupanya dia yang tunggu aku sebab lambat sampai. hehehehe 

4 comments:

  1. mak oi...jelesnya aku............bilala aku nak dpt join korang mcm tu...wuaa...

    notie, aku seornok bial norkh dtg..tapi aku tak seronok ngn FIL aku....pagi tu lepas subuh aku buat nasi goreng...biasanya FIL aku minum mmg awal pagi....tgh goreng nasi aku dgr bunyi moto dia..dia kluar....bila dia balik, aku ajak minum dia kata dia dah minum..rupanya yg dia kluar tu, dia g minum kat kedai.....tu takpe la, tp sekurang2 belilah sesuatu utk org kat rumah..karipap ke sekeping dua..bukan sapa pun yg kat rumah dia, anak2 ngn cucu2 dia jgk....

    masa norkh dtg, aku terkilan sbb FIL aku tak menyapa langsung..sibuk dgn keja dia je, kemas tah apa2 belakang rumah, depan rumah..sampai mak norkh ingat FIL aku tukang kebun aku....aku malu kat mak bpk norkh yg mesra rakyat tu....malam tu, letih sgt agaknya, dia pitam sampai dua kali.....tak ke aku ngn anak cucu dia juga yg susah....tak tau la aku apa nk kata....

    ReplyDelete
  2. Noty....aku memang kagum dgn. ko....walau ko sorang je tapi ko berani...x macam aku...aku banyak bergantung kat Cik abang aku.kalau nak gi mana2 mesti abang aku yg. bawak...aku ni x pandai berdikari mcm. ko....Nanti kalau free2aku gi KL...Kita gi rumah kawan2 nak noty....aku gembira betul dapat join ko dgn. Jah hari tu...rasa x puas. Agaknya kalau As, Maziah ,sofi dan Azah ada mesti lagi seronok ek!x sangka hari tu juga aku di pertemukan dgn, Meah.Nasib baik aku gi rumah Aini...kalau x mesti aku ralar sgt. x singgah...walau sekejap aku rasa puas sebab aku tengok Aini happy masa tu....Cik Abang dia pun sambut kami sekeluarga seadanya....aku ingat x nak nyusahkan Aini...tapi sempat jugak dia masak mee hailam...memang sedap. kalau mak aku dah puji tu...maknanya memang betul2 sedap. kalau ada kurangnya mesti dia komen....Aku harap kita akan terus berhubung ya!AKU SAYANG KORANG SEMUA....aIDILFITRI TAHUN NI PENUH BERMAKNA BUAT AKU....

    ReplyDelete
  3. Aini xpelah...aku dan keluarga x kecik hati pun tentang fil ko tu....biasalah org. tua..lupakanlah...yg penting aku nak ko happy selalu.....

    ReplyDelete
  4. Aini...insyallah semuga Allah beri rezeki untuk kita semua dipertemukan lagi. Wah mee hailam ek...hish mesti sodap tu...yummy

    Norkh...aku bukannya berani sgt tapi kena berani walaupun kadang bila ada apa2 berlaku di jalan aku rasa nak raung sebab siapa nak tolong aku tapi alhamdulillah selama ini ada sahaja orang yang akan datang membantu bila aku dalam musibah.

    Insyallah semuga lain kali kita boleh jumpa lagi ramai-ramai...depa kadang busy sokmo terutamanya Azah tu tapi kdg kena juga paham masing2 ada komitment masing2 kan. Apa pun seronok bercanda di Kl ari

    ReplyDelete