Assalamualaikum,
Wah tak menahan sungguh tenguk ikan tercongok dengan gigi taring dia. hehehehe. Sebenornya hari isnin semalam opis buat makan-makan kat Horizon Garden di Bangi. Sempena meraikan Dr Nizam yang dah berhenti dari kerja kerajaan dan join Perkeso. Jadi untuk lunch semua orang kena pergi kat situlah. Restoren tu aku macam dah perasan masa pergi ke Opis Js masa raya ari tu. Jadi dah dapat agak bangunannya kat mana. Jadi bolehlah pergi bawa kereta sendiri.
Masa pagi tu dah rasa macam tak sihat. Hari Ahad dah demam seharian nasib baik malam lepas makan pil badan dah berpeluh jadi macam dah sihat sikit. Tapi pagi isnin hujan pulak semasa nak pergi kerja, basah lah sikit masa nak buka pintu pagar walaupun pakai payung. Jadi masa kat opis dah rasa seram-seram sejuk. Telan pil lepas tu lelap sekejap bagi dia berpeluh. Dah berpeluh dan dapat lelap sekejap baru rasa ok. Jadi tengahari tu dah ok sikitlah tu yang boleh memandu. Rupanya kata ramai yang demam. Nor, anak meza... maklum lah sekarang kan musim hujan.
Ok sambung pulak pasal makan tu. Jadi masa semua orang bersiap-sedia nak pergi Bangi aku dengan geng pun terus berdezup pi Bangi. Sampai je hah betul lah memang bangunan baru siap tempatnya. Kat situ juga nampak kedai kain dan macam-macam lagi kedai makan. Bila tanya orang restoren dia terus tunjukkan tingkat 2. Rupanya dah ada yang sampai dulu iaitu Matron Hamidah n the gang.
Ni meja kitaorang. Yang kelakor tu bila kata start je makan apa lagi berdezap dezup tangan bersilang seli tangan masing-masing mengambil makanan. lepas tu meja kitaorang ler yang duluan bersih. hahahahaha lapor sungguh ke sebab sedap.
Ni keadaan Restoran
ok kita layan makanan dia ya. Sodap
Daging masak merah
Sotong celup tepung
Telur bungkus
Tom yam campur
Ikan sweet sour
Sayur chap chai
Ayam mangga
Semua sedang menjamu selera
Dr Nizam berucap.
Selesai makan, acara diteruskan dengan menjemput Dr Nizam memberi ucapan perpisahan serta penyampaian hadiah buat besday boy n girl bulan Oktober. Selepas tu acara potong kek. Selesai ja semua apa lagi aku pun berdezup balik ke opis sebab nak rebut tempat parking yang susah nak dapat jika dah lambat sebelum pukul 2. Nasib baik ada kosong tak delah melilau cari parking kosong. Sampai kat opis wah kita rupanya sampai awal. Ada member yang sesat nak balik putrajaya. hehehe Ala sesat pun ala ke selangor je bukan terus ke Singapore.
,
berapa harga semua tu bro
ReplyDelete