Tuesday, October 16, 2012

Jenjalan korea 2008 bhg 4

  
    Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. Haiiii cerita korea tak habis-habis lagi ni. Nampak gaya kena selesaikan cepat cerita jenjalan korea tahun 2008 ni sebab nak cerita yang terkini pulak tahun 2010. Lagi best kali ni sebab banyak lokasi drama Korea yang dapat kami kunjungi seperi Lokasi Coffee Prince, Rumah Full House, Sad love song, My girl. Lagi seru beb.

Setelah dah banyak hari  jenjalan seperti biasa sarapan, lunch dan sebagainya semuanya di tempat yang berasingan. Kali ni macam sebuah restoren yang besar. Kat sini juga ada opismate wan yang terperasan ada pelakon Singapore sarapan di restoren tersebut. Mereka merupakan pelakon suami isteri yang datang bercuti bersama keluarga. Tapi aku tak tahu namanya cuma perasan pelakon Singapore tersebut. Restoren dia memang bagus disamping meniaga terdapat juga dekorasi hotel tentang makanan dan peralatan tradisional korea memang tak lupa di pamirkan untuk tatapan para pengunjung.


Tenguk lah pelbagai peralatan yang digunakan secara tradisi rakyat korea. Macam cerita Jewel at the palace atau Jangeum tu, aku cukup suka bila bab menghiasi makanan. Makanan korea selalunya banyak jenis dan dihidangkan secara tradisi. Itu kalau cerita zaman dolu2 lah. Ada cerita zaman dulu yang best tapi lupa nama yang aku ingat Jangeum je yang kita orang pergi lokasi pengambarannya masa hari pertama. Ni hari keberapa udah lupa.

Selepas sarapan kami telah dibawa ke istana korea yang begitu luas kawasannya. Gyeongbokgung Palace namanya. Istana ini adalah tempat wajib yang mesti di kunjungi. Mengenai kehidupan keluarga di raja di zaman dahulu kala serta sejarah Korea di zaman dahulu. Berkenaan rakyatnya, kehidupannya, makanannya, emm apa lagi ek. Semuanya mengenai sejarah tradisional kehidupan rakyat korea. Kat depan pintu gerbang terdapat askar yang menjaga. Macam juga istana yang lain-lain mesti terdapat pengawal yang menjaga.

                 Pengawal yang menjaga pintu istana. Huh tenguk tu pedang terhunus dengan
                                            wajah yang seius huhuhu ngeri.


Tourist guide Mr Park memberi penerangan berpandukan pada peta dan info yang ada di papan tanda tersebut. Tulisan bahasa korea mana lah kita orang paham. Semua pun kyusuk mendengar.

Singahsana didalamnya. Kami hanya dapat menjengah di tepi pintu je. Tak boleh masuk dalam lah.


Posing tak boleh blah punya mesti nak cari pokok... kekeke

Ni orang tak pasti bangunan mengenai apa. ianya ada didalam istana.

Selepas tu masuk The National Folk Museums of Korea

Kat muzium ni adalah salahsilah kehidupan rakyat korea dari kecil hingga dewasa, mengenai adat-adat dahulu kala dari  kecil sehinnggalah dewasa. Kiranya bila masuk kedalam tu bila keluar kita dah tahu sejarah silam berkenaan negara korea.




                                      Antara gambar yang terdapat di dalam museum tersebut.

  Kiranya sepagi tu dipenuhi dengan berjalan di Istana dan museum. Museum tu terletak bersebelahan dengan Istana. Oleh kerana luasnya kedua kawasan tersebut. Masa datang masuk dari arah depan pintu gerbang dan akhirnya keluar dari pintu keluar museum. Kiranya ada 2 jalan masuk. Di belakang terdapat kawasan parking bas-bas pelancong. Dah seharian berjalan selepas tu apa lagi lah makan time.
  
    Nilah lunch kita orang. Dah macam steambot kan? Yang pasti selama ini aku tak pernah makan cendawan yang macam biji mancis tu, sekali dah makan aku dah suka. Cendawan tu sedap dimasak gaya setambot. Begitu juga dengan rumpai laut atau orang sebut seaweed, selepas dah rasa aku jadi suka pulak dengan seaweed tersebut. Apa lagi ada opismate wan yang beli seaweed dalam paket2 kecil dan dibagi untuk rasa. Sedap pulak. Dah jadi macam makan cream craker gitu. Ya lah pada mula-mula tu macam cuak juga sebab banyak makanan kat korea yang tak halal. Tapi ada certain makanan seperti kimchi tu kita boleh makan lah. Sebab dia diperbuat daripada bahan sayur-sayuran. Cuma kalau gorengan tu orang korea selalunya guna minyak bijan. Tu yang lain baunya. Kita mana lah biasa menggunakan minyak bijan. Malahan kami dah mula belajar pakai chopstick. hehehehe walaupun terkial-kial emm syok pulak main cekut cekut makanan. Huh jakun sungguh.

Ni set yang mesti ada. Kimchi kobis bunga, kimchi lobak puteh, manakala dalam bekas hitam tu campuran sayuran yang warna hitam tulah rumpai laut.

Selesai lunch kami telah di bawa ke satu tempat di beri nama ICE BAR. Ya allah masuk dalam ni sejuk yang amat sebab semuanya diperbuat daripada airbatu. Jadi sebelum masuk kenalah pakai pakaian yang khas supaya tak sejuk. Macam pergi ke Kutub Utara pulak masuk dalam Igloo. hehehehe  Suasana didalamnya di terangi dengan lampu dan agak gelap jugalah. Apa lagi lah semua pun berposing. Minum pula dibagi ice coke.    



 Kita sambung Bhg 5 ya

2 comments:

  1. salam kak,,,

    leg tak bagi contact no or email supir di yogjakarta,,, sy nk pg bulan 11 ni,,

    diyana
    dianeazizi@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam Diyana,

    Akak dah hanto email. Sebelum ni ada 2 - 3 orang yang nak pergi ke jogja. Akak cuma promote rumah Buk Artik je akaknya Bunga yang kami tinggal masa kat sana. Best sangat.

    ReplyDelete