Monday, June 15, 2015

Buah Kemang atau Buah Binjai


Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang boleh bagitau samada ni buah kemang atau buah Binjai. Yang atas tu manis manakala yang di bawah ni masam.

Sabtu lepas selesai je bengkel kat melaka pada hari Jumaat terus balik KL. Lepas tu hari sabtunya pula pergi ke Tangga Batu sebab ada jemputan jiran akak aku. Semasa masuk Tol Simpang 4 kita orang dah nampak dah kat gerai tepi jalan tu ada jual buah-buahan. Bila di toleh wah macam buah kemang je. Akak aku pun sound nanti selepas kenduri kahwin balik nak singgah. Jadi selesai makan lauk pengantin kita orang pun balik semula ke KL. Sebelum masuk Toll kita orang pun singgah. Wah seronoknya tenguk buah kemang banyak. Tapi dekat signboard dia tepek buah Binjai. 

Kita orang dah confius... sebab dulu-dulu masa kecik-kecik kita orang suka makan buah kemang yang manis.... yang boleh di gigit terus kalau dah masak.  Manakala ada yang masam pula boleh buat sambal belacan. Bau dia fuh memang menyusuk ke hidung bila dah masak. Tapi yang masam ni bila dihiris dan di tumbuk kasar dalam sambal belacan fuhhhh kecur air liur tau... makan dengan nasi panas-panas. Memang sodap hingga menjilat jari.... ikut sunah Rasullulah .   

Akak aku apa lagi lah dapat buah kemang yang manis terus memborong. Tapi masa ni masih keras lagi belum masak sangat jadi bau kurang menyusuk ke hidung. 



Yang ni yang masam.... warna kulitnya lain sikit. 


Hah tenguk tu melambak..... memang sedang musim nya. Yang hijau tu buah pelam.


Yang ini tahu tak kuih apa? Ni memang kuih nostalgia dengan aruah mak aku. Kuih kering.

Dolu-dolu aruah mak aku buat kuih ni untuk jualan. Masa tu aku kecil-kecil tapi dah kena kerah menolong. Kena tolong jemur tepung... berdulang-dulang aruah mak aku jemur tepung. Aku ingat-ingat lupa memori tersebut. Cuma ingat bila time mengentel tepung nak buat bunga. Kalau tak sama besar hah siap kena marah. Lepas tu kalau goreng pun kena pandai jaga api takut hangit. Kena cantik putih. Aku suka bila dah goreng makan begitu je. Sebab dia lopong je dalamnya. Tak payah sira pun dah sedap bila lepas siap di goreng. Dah goreng jemur lagi dan lepas tu aruah mak aku sira dengan gula macam buat kuih keria. Sekarang nak buat... hahahaha dah lupa macamana nak buat bentuk bunga. 

3 comments:

  1. buah binjai lebih besar n masam rasanya..yg kecil tu mungkin buah kemang kot...kak pun xpernah tengok tapi buah binjai mmg kenal.

    ReplyDelete
  2. yg manis tu buah binjai . yg masam tu buah kemang . saya suka gila dgn buah kemang ni . klu jumpa kat pasar , mesti beli . dah musim ya . boleh la cari nanti ... apalah nama kuih kering tu .blh gak saya google cari resepi ... owh blh google by image ...

    ReplyDelete
  3. Kak Pi tu lah biasa dengar buah binjai. Tapi memang sodap.

    Qaseh oh ye ke. Terima kasih lah bagi info. Kuih kering tu banyak jual belah utara. kat melaka ni pun jarang-jarang jumpa.

    ReplyDelete