Wednesday, June 3, 2015

Tanda-tanda awal Breast Cancer





Assalamualaikum,

Semasa aku jaga data Pesakit Dalam, memang top sekali kanser ialah Breast cancer selain daripada cervix cancer. Jadi sebagai seorang perempuan kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan sendiri jika terdapat benjolan yang timbul di persekitaran breast. 

Dan ini fakta yang timbul:-   

FAKTA! 18% WANITA DI MALAYSIA AKAN MENGHIDAP PENYAKIT KANSER PAYUDARA KETIKA USIA MUDA

Ramai wanita tidak mengambil langkah pencegahan awal untuk menangani penyakit ini 

===========================
TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA –
===========================

♂ Tedapat Benjolan dibawah kulit payudara dan ukurannya seakan-akan sebesar kacang tanah

♂ Perubahan pada bentuk puting payudara dimana puting kelihatan rata, terbalik atau termasuk kedalam

♂ Perubahan warna kulit, ia akan menjadi kemerahan

♂ Perubahan tektur kulit iaitu kulit payudara kelihatan bersisik ataupun berkedut seperti kulit limau purut

♂ Luka yang sukar sembuh

♂ Terasa gatal disekitar puting anda

=====================
KENAPA BOLEH TERJADI KANSER
=====================

Sebenarnya anda tidak boleh menolak takdir (qada dan qadar) Allah tetapi setiap penyakit mempunyai sebab tertentu kenapa ia boleh terjadi salah satunya –

➳ Ini disebabkan penyakit daripada keturunan

➳ Keadaan umur yang semakin meningkat

➳ Berat badan yang keterlaluan

➳ Tidak mengamalkan hidup gaya sihat iaitu bersenam dan aturan makanan yang betul

=========================
KEADAH MENCEGAH PENYAKIT KANCER
=========================

Pelbagai kaedah dan tip yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan seperti –

✔ Makan sayuran dalam kuantiti yang banyak

✔ Amalkan diet berlemak rendah

✔ Membuat pemeriksaan pada payudara 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali

✔ Seimbangkan kehidupan fizikal, emosi dan mental

✔ Mengamalkan kekacang atau makanan segar seperti ulam-ulam

✔ Kurangkan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak



Apa pun sebenarnya bila di fikirkan dahulu dengan sekarang sebenarnya pemakanan sekarang terlalu banyak bahan kimia yang kita tidak ketahui bagaimana ianya berpunca masuk di dalam makanan. Orang dulu mana ada kena kanser. Makanan mereka dimasak sendiri dan tiada banyak bahan pengawet di masukan didalam makanan. Apa pun mencegah lebih baik kan dari merawat. Apa pun sesekali pergilah ke klinik membuat pemeriksaan mamogram dan sebagainya. Kalau klinik kesihatan rasanya tiada bayaran tapi kalau klinik swasta memang dikenakan bayaranlah. 





Kalau tak pun cubalah sendiri membuat pemeriksaan sendiri selepas habis period. Itu yang mudah sekali. Tapi kalau nak lebih puas hati pergilah ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat pemeriksaan lanjutan. 


5 comments:

  1. sebagai wanita bimbang sekali dgn serangan kanser payudara ni..tq info yg dikongsi.

    ReplyDelete
  2. bagi saya punca utama pemakanan . org dulu mkn sayur x de racun . org sekarng segala jenis fast food, frozen food juga sayur byk bhn kimia ... klu kita jaga pemakanan baik mcm mana pun , klu Allah nak beri sakit , kita sakit juga . redha je lah . ujian kan ...

    ReplyDelete
  3. Sis PI... bila melihat angka yang semakin meningkat memang amat membimbangkan. Malahan sedih bila mendengar beberapa orang yang saya kenali tewas akhirnya kerana breast cancer. Semuga Allah menghindari kita dari semua penyakit itu.

    SS... hah buat check up selalu. Kadang yang membimbangkan kita tak dapat ketahui ianya menyerang semasa tahap stage 1 tiba-tiba tahu je dah stage 3. Di jauhkan lah hendaknya.

    Qaseh... kan. Sakit juga satu penghapus dosa. Tapi kalau kena yang teruk-teruk ... Ya Allah dijauhkan lah hendaknya.

    ReplyDelete