Wednesday, June 17, 2015

Selamat menyambut Bulan Ramadan


Assalamualaikum,

Selamat berpuasa semua. Hari ini hari pertama puasa. Amacam? Ok tak? Pagi tadi bangun sahur ke? Bangun sahur ni kadang aduhaiiiii memang kadang liat sebab dek kerana ngantuk tapi sebenarnya kita bangun dan minum sekadar air pun dah dapat pahala. Bagus kan. Tadi pagi aku cuma minum air soya dan seketul kurma hanya kerana nak pahala sahur. Jadilah kan. Sebenarnya kunun-kunun nak diet hehehehehe jadi takdelah melantak makan nasi pagi-pagi hari. Konon-kononnyalah katakan. 

Bila tiba bulan ramadan ni selalu teringat zaman dolu-dolu macamana keluarga aku menyambut bulan Ramadan. Selalunya seminggu sebelum nak puasa aruah mak aku dah siap sedia buat telur asin. Aruah mak rajin buat kadang sampai 1 pasu.. bukan pasu bekas air besar ya yang kecil je. Agak-agak boleh layan telur asin pada setiap pagi bangun sahur selama sebulan. Oleh kerana kecik-kecik dah selalu makan telur asin bila dah tua ni dah jemu. Dolu-dolu takdelah pulak takut kena darah tinggi ke apa ke. Janji sodap. Ikan masin pun macam tu juga. Dolu-dolu memang suka lah ni dah kureng. heheehe takut darah tinggi naik... ni pun cuba kawal almaklumlahkan dah meningkat usia ni kena sedar-sedar diri sikit. hehehe

Selalunya kalau bangun sahur... aruah mak aku akan rebus telur asin 2 biji. Lepas tu lauk pula yang simple-simple je. Masak kentang dengan soohon dan cendawan kememeh masak air je. Pun dah sedap bila makan panas-panas. Lepas tu kadang lauk ikan yang telah di goreng. Lepas tu potongkan lada merah dengan bawang besar. Di tumis bawang dan lada dan akhirnya dicampur dengan santan. Aku tak tahu nama lauk ni apa. Tapi kadang ikannya tak luak kuah santannya yang habis. 

Lepas tu ada sambal udang kering. Sambal ni sebenarnya senang je. Udang kering di rendam bagi kembang lepas tu di tos dan tumbuk dengan lada merah. Kalau nak pedas lada merah tu banyaklah. Dah hancur tada... dah siap. Dalam pinggan letak sebelahnya hirisan timun dan di perahkan air limau diatas sambal udang kering tu. Itulah juadah kami sekeluarga waktu sahur. Walaupun simple tapi alhamdulillah sedap sekali rasanya waktu itu. Almaklumkan dolu kan hidup susah dengan adik beradik ramai lagi. Kadang kentang di potong kecil masak sambal berlada pun dah sodap janji ada sambal. Tak pun terung masak berlada. Selalunya menu 1 sayur 1 masakan ikan. Takde ikan goreng telur dadar pun dah cukup. Nasi pulak aruah mak aku masak lembik sikit jadi memang sedap layan sambal udang kering, kuah bening kentang dan soohon serta telur asin. Air pula air kopi panas-panas. Dolu rasanya mahal sikit kalau ada air milo lah. Air susu tin tu jarang-jarang dapat rasa, tenguk kemampuan aruah bapa aku lah. Kalau ada rezeki lebih adalah makanan sedap sikit. Apa pun syukur atas rezeki yang Allah bagi. 

Zaman sekarang hah ko penuh satu meja. Zaman dah berubahkan. Hidup yang dahulunya susah alhamdulillah dapatlah hidup senang sikit walaupun tak kaya. Syukur Ya Allah atas limpah penuh kurnia rezeki yang diterima. Apa pun di bulan Ramadan ni beringatlah bila makan terutamanya pada mereka yang dalam kesusahan. Entah ada rezeki atau tidak untuk berbuka nanti. Jadi jomlah menambahkan amal ibadah dengan menderma. Tidak semestinya kena cari orang susah.... sekarang kan segalanya di hujung jari... search je banyaklah rumah-rumah kebajikan yang memerlukan bantuan. Walau hanya sedikit ,pada mereka yang memerlukan begitu besar harganya.  

Selamat menyambut ramadan al mubarak. Maaf zahir dan batin.

7 comments:

  1. Salam Ramadhan..maaf zahir & batin..

    masa sahur makan lauk simple2 je, lagi sedap..telur asin mesti ada..

    ReplyDelete
  2. salam ramadan notie..maaf zahir batin...
    kenangan ramadan lalu tidak lps drpd ingatan...walau hidup sederhana namun gmbira sgt.

    ReplyDelete
  3. puasa zamn saya kecik pun x banyak beza . lagilah masa tu kg kami blm ada letrik , masak lak guna dapur kayu je , jadi persediaan sahur sangat ringkas . menu ikan kering / masin tu dah jadi wajib selain sayur bening . sebab itu dah feveret arwah abah . kami , anak mmg x cerewet makan ...

    p/s : org negeri sembilan masak rendang mmg guna daging kerbau . bkn daging lembu ... rasanya sama je pun ... kiranya kerbau tu kebanggan dia lah ...

    ReplyDelete
  4. Salam nohas.... kan.. lauk kicap pun jadi sodap.

    Salam Kak PI.. biasalah kalau datang bulan ramadan teringat cerita dolu2. Saje mengimbas kenangan lalu.

    SS salam ramadan.

    Qaseh.. masak pakai dapur kayu best tau.. sedap dan wangi baunya. Tapi yang tak tahan tu bila nak hidupkan api.... sembur-sembur hah ko tersembur abu dapur... habis putih rambut... hehehe

    Ohhh cam tu ke rasanya. Tapi orang nogori punya masak cili api memang kaw... sodap hingga menjilat sudu opss puasa... hehehe

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa akak... camner persiapan hari raya?

    ReplyDelete
  6. mama erra.... ala persiapan biasa ja. Lebih layan kepada anak-anak buah yang datang nanti

    ReplyDelete