Wednesday, June 24, 2015

Terjumpa Datuk Marina Chin



Assalamualaikum,
Hah kenal tak bekas Ratu pecut Negara iaitu Datuk Marina Chin. Aku sebenornya peminat dia. Almaklumlah masa sekolah rendah memang suka berlumba lari..Jadi kiranya dia ni idola akulah. Kenapa aku cerita pasal dia sebab tadi pi Alamanda terserempak dengan dia. Aduhaiiiiii sekali berdepan aku dah tak reti nak cerita apa. Dia tegur dengan baik bila aku tanya ni Puan Marina Chin ke? Lupa dah yang dia dah dapat title Datuk. Mana taknya tiba-tiba nak melintas jalan terus terserempak dah sah le semua pun aku lupa. Tapi dia baik,dah berdepan tu rasanya lagi cantik dari dalam gambar. Tinggi ko... mendongak aku pandang wajah Datuk.Tapi senyuman dia manis sama je macam dalam gambar.



Sempat lagi tanya khabar rupanya Datuk sekarang dah jadi pengarah bahagian Sukan di Kementerian Pendidikan. Tidak lagi di Sekolah Sukan Bukit Jalil. alahaiiiiii rupanya kita sekompleks E rupanya. hehehehe

Sebenornya hari ini kompleks kerajaan di Parcel A,B,C,D,E serta Alamanda dan Hotel Evelyn bermandikan peluh... sebab ada kerosakan menyebabkan sistem penghawa dingin rosak. Tu yang aku keluar pi Alamanda berjalan kaki sambil melengas kepanasan sekali rezeki ko terjumpa Datuk Marina Chin. Sukanya sebab dia idola sukan aku. Suka sangat.

Time aku sekolah rendah dulu kira jagoh juga lumba lari ni malahan sampai sempat masuk MSSD daerah Muar tapi tewas 100 meter dan 200 meter dapat tempat ke 4.Selalu kat sekolah  SAB 1 jadi johan sekali masuk MSSD kalah. Alahaiiii. Jadi tak dapat wakil daerah ke MSSJ. Dulu pakai seluar short beb... tayang betis... lah ni hah ko nak tayang betis gajah ke apa.... tak sedar diri lagi le kalau aku nak buat lagu tu. Cuma teringat zaman menjadi pelari sukan sekolah dulu.

Masa training nak MSSD tu sempat lagi teradmier budak yang bawak bendera masa perbarisan. hahahahaha sempat lagi tu main-main mata. Padahal masa tu sekolah rendah lagi ko.... hahahahaha dah ada peminat juga tu. Mana taknya budak bawa bendera tu pandang aku, aku pun balas pandang dia sampai kan lagi sikit dia nak masuk parit.... apa lagi kita orang pun gelak je. Lepas tu masa betul-betul hari pertandingan hanya sempat jeling mata je tak leh lagi pandang-pandang nanti ada pulak yang keluar barisan. hahahahaha Tapi sebenarnya budak tu entah siapa nama sempat lagi tu bagi semangat kat aku semuga berjaya bila kita orang menunggu nak berlari... hahahahaha sempat lagi tu.

12 comments:

  1. dato' marina chin masih secantik usia mudanya xsusah nak mengenalinya...wah notie pun athlete juga ya...

    ReplyDelete
  2. comel jugak marina chin ni... ingatkan ratu kebaya.... ha ha ha... kalu skrg dok lagi tayang betis... confirm semua orang lari... he he he...

    ReplyDelete
  3. Sis PI... memang masih anggun... terpegun saya tenguk. Ala kak tu jaman dolu2. Lah ni nak lari sikit pun dah mengah.... hahaha

    SS... memang comel.. Kalau sekarang tayang betis lagi hahaha pengsan org tenguk hahahaha

    ReplyDelete
  4. saya membayangkan klu budak tu masuk parit ... jadi drama tambahan tu ... bahahahaa

    ReplyDelete
  5. Qaseh hahahaha itu adegan yang tidak sangup untuk di lihat.... hehehe

    ReplyDelete
  6. Dia juga idola saya... pernah jumpa sekali je. Tu pun masa zaman sekolah dulu...

    ReplyDelete
  7. wah mama era... lama dah tu. Mesti mama era dolu-dolu atlit juga ni

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Notie... Nanti tolong beri alamat pada SS boleh? Email kat scdhasein.photo@yahoo.com... Thanks!

    ReplyDelete
  9. Wah SS nak anto kad raya ke... yehaaaa opsss puasa

    ReplyDelete
  10. Mana alamatnye sayangggg ku kak notie???? SS tunggu nih...

    ReplyDelete
  11. Oppssss dah dapat! Tak perasan email masuk.. Adesss.. Thanksssssss!

    ReplyDelete
  12. Ss hah tu mesti email melambak2 tu sampaikan tak baca akak punya

    ReplyDelete