Assalamualaikum,
Cuti sekolah dah bermula dan begitu rancaknya pelbagai aktiviti berjalan di Putrajaya. Magic of the night berlangsung pada 28 sehingga 31hb Mei 2015. Manakala Floria pula berlangsung pada 30 sehingga 7 Jun 2015. Floria ni memang aku selalu tunggu acaranya. Dan kali ini memang best sebab pergi sampai 2 kali. Kali pertama hari Sabtu malam ahad. Dan besoknya pula pagi Ahad pergi lagi. wah bunga punya pasal memang tak reti lah nak rasa penat. Tema bunga pada kali ini ialah bunga lili.
Kesian akak aku yang tua. Bila cerita nampak dia macam nak pergi tapi dek sebab kaki dah sakit nanti jalan menyusahkan orang dan juga diri dia nanti cepat penat, terus tak jadi, sempat singgah rumah kat ampang je sebelum balik batu Pahat.Manakala adik aku yang bungsu gigih datang putrajaya bila akak aku kata nak datang KL. Petang sabtu tu bawa jugalah ke putrajaya. Sekurangnya dia dah sampai. Kita orang ke rumah anak saudara di presint 9 dulu. Lepas magrib baru keluar jadi takde lah panas sangat, lepas tu ada bunga api malam tu jadi boleh lah nampak dari tempat Floria.
Ni bagi tiket. Tiket masuk dewasa Rm5 manakala budak pula Rm 1. Tapi bagi warga emas kena tunjuk IC baru dapat harga Rm 1.
Rimbunan pinwheel kali ni sikit sudutnya. Tahun lepas banyak.
Adik ipar aku dan anaknya.
Geramnya tenguk bunga orkid berkembang
Tahun lepas payung kali ini emmm tak berapa cun lah.
Bunga api berkembang
Bunga api macam-macam.
Masa ni dah pukul 10 malam. Dah selesai melawat semua tempat kita orang singgah last kat kedai menjual pelbagai tanaman dan bunga. Akak aku sempat beli orkid sampai 2 pokok. tapi katanya mahal. Kat Bukit Gambir lagi murah. Adik aku pula beli baja pokok cili dan anak pokok nangka madu. Oleh kerana adik aku tak berapa mahir jalan kat putrajaya jadi aku assist sampai hospital Serdang. Kat situ dia terus amsuk Toll kajang balik ke melaka. aku pula balik rumah sampai nak dekat pukul 12 juga lah sebab kat hospital serdang tu ada accident lah pulak tu yang lambat sebab jem. Tu pun sempat lagi sebelum balik planning dengan akak nak pergi lagi esoknya sebab tak puas tenguk bunga maklumlah dah malam. Malam cantik sebab ada lampu berwarna-warni. manakala siang pula cantik dengan lanskap yang pelbagai bentuk dan bunga pelbagai deko. Ada tempat musim winter tapi orang yang nak masuk berderet panjang malam dan siang pun panjang ja barisan jadi takdelah nak jenguk.
Siapa yang belum pergi Floria putrajaya, mehlah datang. Pameran sehingga 7hb jun 2015 tau. Ni baru hari pertama bunga masih segar lagi. Jom jom jom.
TAHUN LEPAS TENGOK FLORIA MALAM..TERINGIN JUGA NK TENGOK FLORIA SIANG PULA KALI NI...
ReplyDeleteOke juge gi waktu malam...sejuk sikit.
ReplyDeleteOh boleh beli juga bungaan kat situ...baguslah
sempat lagi nak pergi ni . nak bawa anak buah ... last saya pergi thn 2012 rasanya .
ReplyDeleteSis PI... saya baru ni lah pertama kali pergi malam. Best sebab tak sejuk tapi macam tak puas tenguk bunga sebab gelap.
ReplyDeleteNana jomlah macam-macam ada. Bunga, anak pokok, orkid hah apa lagi.
Qaseh... lama dah tu. Jom jom datang beramai-ramai