Thursday, October 1, 2015

Misi ke Penang Bhg 2 (3D Trick Art Muzeum)


Assalamualaikum,

Ok sambung balik cerita. Selepas dah kenyang isi perut dan dah mandi barulah best kan nak jenjalan. Dah tukar baju dan dah wangi jom kita redah Penang. Tapi cuaca Penang ni panas lah. Huh berpeluh juga lah dengan musim jerebu lagi. 

Oleh kerana Penang Trick Art Muzeum berdekatan dengan Friendship Motel kita start kat situ dulu. Jalan kaki je sebab selang beberapa pintu dari Motel Friendship. Letak beg baju semua dalam kereta dan kita terjah muzium untuk posing time. 

Basikal pink untuk sesiapa yang nak berendut hehehe leh bebasikal berdua-duan tu. Warna Pink ingat kat blogger Jari manis yang suke warna pink gitu. 

Masa beli tiket ni kalau ada Mykad dapatlah diskaun. Harga biasa RM25 tetapi Mykad ada dapat Rm 15. Budak kecil dan warga emas Rm10. Jom masuk.

Best je macam kat kampung halaman je tenguk orang main gasing. Pokok i tetap suka. 

Jom kita main sampan. Oleng oleng dikayuh hehehehe 

I kan suka main ba ba cak kat pokok. Rasa macam nak eksyen peluk pokok kelapak tu tapi ramai orang di depan. Malu sih. hehehe

Lukisan 3D ni dekat-dekat malahan ada spot kaki dimana yang sesuai kita nak ambil gambar. Malahan ada je assistant yang tolong ambilkan gambar. Tapi kalau tak ramai orang oklah tapi kebetulan masa kami pergi tu rupanya dah musim cuti sekolah. Masa pilih tarikh tu tak terfikirlah pulak cuti sekolah. Sebab tu masa kat TBS rasa cam eh napa ramai sangat orang balik kampung rupanya dah start cuti sekolah. Dan nasib baik juga masa kami sampai di 3D muzeum ni belum ramai orang, jadi selesa lah nak posing bagai. Sebab tak lama kemudian orang ramai dan terpaksa ambil turn untuk posing dlm sketsa tertentu.

Buah cempedak di luar pagar buah pelam saya tolong jolokkan. hehehe 

Zam zam ala kazam...

Marilah mari naik bas kuning kita round Penang.


Kereta lembu dari Melaka dibawa lah pula oleh si baju merah saga. 

Chewah Mak tiri garang tu...

Ala Kak Uda janganle nak cekau saya i is takut. huhuhu

Opss nasib tak basah kena air teh tarik kaw kaw punya

Erkkk aw aw aw aku di gigit shark.. huhuhu tajam giginya

Ni tak tau napa semuanya melekap ke dinding hehehe

Jom Et kita balik kampung.

Oh jin toncit berilah daku wang emas banyak-banyak

Haha  cam best je dapat tunggang Mr Panda. 

Alo lo bucuk bucuk meh tateh ta tateh ta

Ni lagi kelakor... kunun terobang bila habis snap je semua mengeluh ah lepas tu ambil lagi lepas sudah semua mengeluh ah... penat angkat kaki. 

Ini tak menjadi sangat sebab aku dah conquer kawasan depan. hehehe Belakang gelap jadi tak nampak kayu berlubang-lubang. Sian depa posing tak jadi. hehehe

Ini memang tak real sungguh. Nak berenang pun tak tahu gaya. adeh.. nak kuak lentang pun tak jadi. Kaknoor tu gaya apa tah. hahahaha

Ok selesai misi posing memosing. 

8 comments:

  1. perghh..dua entry sekali..best, best...hahaha..mcm2 gaya kt 3D museum, yg paling best tu, yg naik panda tu..hihi...

    OK jg muzium ni, ada ciri-ciri Malaysia..suka yg kampung halaman tu..

    ReplyDelete
  2. HEBATNYA POSSING MEMOSSING KAT MUZIUM 3D TU...COMEL GAYANYA...

    ReplyDelete
  3. Cantik dan unik tempat ni...
    Salam hujung minggu...

    ReplyDelete
  4. Nohas...masuk-masuk je memang suasana kampung. Tu yang syiok je posing. hehehehe

    Ss nampak pink ingat JM dia pencinta tegar pink colour. hehehe

    Sis PI... hehehehe remaja purba kununnya... posing sampai tak ingat diri.

    Encik Nor Azman... memang cantik lukisannya.

    Bunda_nora... salam hujung minggu

    ReplyDelete
  5. sporting nya kakak-kakak semua.. bagus =)

    ReplyDelete
  6. CT kitaorang ni memang menjadi kalau bab gila-gila ni. Tu sebab ada je agenda.

    ReplyDelete