Thursday, October 8, 2015

Surabaya - Day 2 - Brawi Jaya


Tenguk JM pergi Surabaya teringat lah pulak N3 zaman Tok Kaduk yang tak habis-habis lagi. huwaaaa ya ampun. Apa pun akan di cuba habiskan sebab ini memori daun pisang yang paling havoc masa berjalan. Kalau ada masa aku kayuh lah ya slow-slow maklumlah dah remaja purba ni banyak dah lupa ingatan.   




Assalamualaikum,
 Wah lama sungguh dah tergendala cerita Bromo ni kan... so meh le aku ngok ngek lagi ya. Ok setelah selesai acara di Bromo, terus le kita orang ke Malang pula, kan kata nak pi ladang epal. Walaupun tengah bengang sebab sovenier kat Bromo hanya dapat tshirt je tapi emmm kena redho je lah, nak buek lagu mano dah turun dari kawasan pergunungankan. Tapi memang sayang sungguhlah sebab semasa dalam perjalanan nak ke Malang tu memang aku tertidur sakan. Maklumlah dah penat mendaki dan bangun pagi-pagi sapeiiii tu, jadi macam mata ni tau-tau je masa untuk membuta, apa lagi ngorokle aku sepanjang jalan. Rupanya bukan aku saje, malahan geng-geng yang lain pun sama je sebab bila dah sampai bandar Malang, baru tersedar dah sampai bandar dia. Masa ni barulah masing-masing yang baru terjaga berkicau pula, yang perut dah terasa lapar. Masa tu dah pukul 2 jadi memang seronok le keroncong berlagu-lagu, bergurindam le bagai. hehehe. Rupanya kata Pak Herman, semasa dalam perjalanan tu dia dah nak tanya, nak berhenti makan kat mana, sekali bila di toleh kebelakang semuanya sedap ngorok jadi dia tak sampai hati nak kejut. Tu yang bila dah sampai bandar Malang, baru sorang-sorang bangun dan ngadu lapar, baru le dia berhenti kat Warung Wareq. (Wareq ni kalau maksud dalam bahasa melayu kenyang... wes wareq maksudnya sudah kenyang... hehehe)

Kenapa aku rasa sayang sangat semasa perjalanan turun dari Bromo tu dek kerana tidur tak hengat dunia sampai tak sedar diri? Sebab kata Pak Herman, kita orang ada melalui ladang epal almaklumlah Malang kan femes dengan ladang epal... huhuhu alaaaa... dalam hati aku... huhuhu napalah tidur tak sedar dunia langsung. Tapi walaupun dah lapar dok berkeroncong bagai, sampai je kita orang nampak ada musolla kat belakang bangunan kedai jadi terus le solat dulu. Lepas tu baru lah selesa nak bersantap bagai kan? Kang melantak dulu dah kenyang kang solat nanti mata jadi ngantuk pulak dah..... hahahaha ada ke macam tu. Bagusnya kat Indon ni musolla dia mana-mana tempat makan pun ada, baguslahkan. Cuma yang kami cuak tu sebab dia share dengan orang lelaki. Jadi pandai-pandai le berbagi tempat ye. Yang penting solat jangan tinggal. 

Ni kak uda sedang nak mengorder makanan. aku dan kaknoor ikut je.  

                                                              Menu makanan yang ada

     Menu air yang macam-macam pun ado, tenguk air avocado fuh pekat tu.Tapi aku lebeh suka air jeruk sodap..... tak cukup segelas order lagi satu....  kehausan sungguh. Masa ni memang terasa panas. Ikutkan kat Bandar Malang ni macam kawasan tanah tinggi tapi panas betul cuaca masa kami sampai.


Masakan ikan gurame dia memang sedap dan rangup. Masa ni adalah benda yang kak nam bengang dengan kita orang. huhuhu Kak uda order ikan gurame 2 piring. Tapi Ayam hanya 1 piring je. Kita orang kan ber8 termasuk Davit dan Pak Supir kami ajak makan bersama. Kiranya sepatutnya orde 2 bagi setiap lauk barulah semua dapat rasa. Sayur kangkung order 2 manakala sayur terung order 1 ja. Kaknoor pula ada benda makanan yang sejuk dia tak boleh makan manakala aku pula memang suka sayur terung. Jadi bila sampai ayam kami dah ambil dulu. Tak nampak pula Kak nam sudah bengang sebab takut lauk ayam tu habis dek kami dah keroyok awal lagi. Haiiii pasal makan pun boleh jadi gaduh. Masa ni lah terserlah keayuan mu itu. kekekekeke. Bila ayam dah tinggal sikit tapi masih belum sampai kat depan dia... apa lagi lah sound sudah keluar. Cepat-cepat hantar balik lauk ayam kepada meja lagi satu dan depan dia. Lepas tu lauk terung juga pun timbul lagi sound over sikit. Aduhaiiii aku dan kaknoor bengang je. Lepas ni nak cakap dengan Kak Uda kalau boleh bagi satu menu kena order 2 supaya semua dapat rasa. Ya lah duit sama banyak kami bagi tau tapi bila bab makan je ada pulak yang tak puas hati. Tapi kita orang berdua layan je lah. Sabor sabor.

Hah  tenguk tu ada Gurami sadis.... fuyooo ganas sih. Emm jingkak tu apa makna ye. Gowes emmm aku tak penah pulak dengor akak aku ngomong jowo keluar ayat gowes, ayat gores tu adalah yang orang selalu tipu gores kad bagi menang. Lepas makan keliling bandar Malang dan akhirnya di bawa ke Brawi Jaya.

Depan kedai Brawi Jaya.
 Oleh kerana Kak Nam merungut sebab baju anak bujang dia dan anak dara dia tak ada lagi kenalah singgah mana-mana tempat jualan. Jadi akhirnya di bawa ke sini.

Kak uda dan Kaknoor menolong Kak nam naik tangga sebab tempatnya banyak tangga. Aku pulak tukang ambik gambor.... hahahahah nampak sangat aku tak perihatin kat kawan. Ala... aku ni tak reti lah nak ambil hati orang, nak bawa diri sendiri pun tak larat ada hati nak tolong orang. Tak pa lah kalau Kak uda tak cukup tangan nanti aku tolong sokong dari belakang. hehehehe  

Hah tenguk epal berbakul- bakul tu hah. Hish geramnya den melihat epal hijau banyak macam tu. Kat Brawi jaya ni macam-macam makanan  hasil dari buah epal di jadikan kudap-kudapan. Ada yang jadi kerepek epal lah, jem epal lah, cookies epal lah dan selain dari epal ada banyak lagi buah-buahan di jadikan makanan seperti kerepek, dodol , emm apa lagi ek. Macam-macam tau. Memang orang Indon ni kreatif sungguh. Dari sejenis buah dia boleh jadikan makanan pelbagai jenis. Aku pulak jadi rambang mata nak beli apa buat oleh-oleh kat kampung.  

Macam-macam jenis kerepek buah-buahan terdapat.

                                  Sorang satu ambil bakul. Last-last aku beli kerepek epal.
Belah belakang ni ada jualan lain selain dari makanan hasil kebun dari Malang. Tapi tak berapa cantik sangat lah tak macam kat Bandung. Akhirnya Kak nam dapat belikan baju untuk buah hatinya di malaysia. Baru nampak cerah sikit mukanya kalau tak nanti berkeruh je. Kita orang yang tenguk pun huh jadi tak senang hati. Nak shopping pun terkujat plak nanti sebab ada orang asyik sentap je. huhu sabor jelah.

Sedang asyik shopping perut lah pulak menyanyi-nyanyi nak meronta keluar. Apa lagi kelam-kabut mencari tandas. Rupanya tandas di tingkat bawah. Apa lagi lah laju je. Nampak depan pintu cari lah signage untuk lelaki atau wanita tapi aku tak nampak. Oleh kerana tak ada orang aku pun belasah lah mana yang ada bilik airnya. Dah sakit perut kan laju je lah ....Sedap je duduk mencari ilham barulah lega rasa perut. Dah selesai aku pun keluar dari bilik air.... sekali dah keluar je.. tak lama kemudian aku nampak pekerja dia yang lelaki masuk bilik air yang baru saje aku keluar. Loh... tu bilik air lelaki ke... awat takde signage lelaki... nasib pekerja tu tak perasan aku baru keluar dari tandas lelaki ... huhuhu cepat-cepat naik tingkat atas.... huawwww sudah silap masuk... hehehe nasib baik le sedang aku sedap mencari ilham dia tak masuk dalam bilik air tu... kalau tak jenuh le aku cari idea macamana nak keluar tanpa orang tahu aku dah salah masuk tandas. huhuhuhuhu.



Setelah selesai membeli di Toko Brawi, kita orang pun dibawa ke hotel iaitu Hotel Dewarna .. Kat sini ada pulak isu panas timbul. Masa nak check in tiba-tiba pihak hotel tak bagi kita orang check in sebab tak bayar duit lagi. Wah ini sudah isu panas berapi ni. Memang lah aku dan kaknoor tak bayar habis lagi , kita orang bayar separuh je dulu dari Malaysia sehingga tiba di Surabaya. Tiba-tiba si Aatian pulak buat drama king kat kita orang lah pulak. Apa lagi kelam-kabut le Davit... kena tanya big boss dia Si Aatian kenapa bilik Hotel ngak dibayar lagi. Tung tang tung tang pok pek pok pek kita orang dah bising, jadi sementara menunggu isu selesai kita orang lepak dengan perasaan membara kepanasan. 

Entah macamana tak lama kemudian entah macamana lah Davit selesaikan kita orang baru di bagi izin masuk ke bilik. Kata kaknoor nasib baik juga aku dan dia tak bagi habis bayaran, kalau tak entah mana lah kita tidur 2 malam ni sementara nak balik Malaysia. Hish-hish Si Aatian ni banyak sungguh drama king dibuatnya. 

Bilik dia ok . 

Walaupun masih lagi dalam kerisauan mengenangkan tragedi tak bayar duit hotel walhal dah bayar pada si Aatian... tapi bila tenguk bilik hotel selesa terus huh syioknya. Dapat luruskan badan setelah seharian duduk dalam van dari Bromo menuju ke Malang. Jadi dapatlah merehatkan diri dengan selesanya. Besok punya cerita tunggu ya. Nak bagi refresh punya memori zaman silam. hahahahaha    

24 comments:

  1. n3 travel notie mendaki gunung bromo yg cantik kak baca juga...indah sekali view di situ.
    moga kak nam sudah pulih dari sakitnya tu.
    sedapnya dapat makan epal malang yg segar ya..

    ReplyDelete
  2. terlepas ladang epal Malang..huhu..kalau tak, mesti ada gambo..teringin jg nak tengok..banyaknya resipi ikan gurame tu..

    ReplyDelete
  3. kak notie!! Nama JM di petik disini,rain sikit sambung JM nk baca sbb trip hari tu kami x jln2 di Surabaya tp ke Kota Malang da Batu serta Bromo je. Jap nak sambung baca

    ReplyDelete
  4. Ahaksss byk drama plak baca entri kak notie ni, terlepas ladang petik epal ruginya sbb JM ritu petik epal di kbun yg terletak di kota batu ya allah puas mkn saje nk kasi jeles eheh

    Pastu bab mkn plak ahaah ada lak org sound eh kalau dh 8 org harulah order lebih sepatutnya 2 portion utk 2 meja satu meja 4 org ye dak, kalau JM kena sound mcm tu mmg sentap

    Pastu bab hotel pasal lak x bg check in sbb x buat full payment, pelik? Selamat JM travel x pernah byr separuh dulu tetapi buat full payment semasa check in settle so reject lah hotel ni

    ReplyDelete
  5. Sis PI.. Kak nam masih lagi tak sihat tapi dah bekerja. Cuma kena buat kerja ringan je sebab masih belum sembuh sepenuhnya. Kadang kesian juga tenguk keadaan dia tapi penyakit stroke ni memang ambil masa untuk sembuh sepenuhnya bergantung kepada cara dia berubat.

    Nohas.. walaupun terlepas ke kebun epal yang besor tapi masih dapat ke kebun epal tapi hanya 2 biki je leh petik... sadis kan.

    ReplyDelete
  6. JM... hehehehe jeles tau ahkak tenguk JM dapat petik epal dengan puasnya. KIta nak penjat pokok epal sebenornya. hehehehe bukan nak makan sangat pun.


    Travel ni kadang bab kecik je bila tak sepakat memang boleh jadi besor tau. Sebab tu kadang kena geng yang 1 kepala baru travel tu ngam soiiii and hapey je.

    Hotel tu selalunya memang full payment kita orang bayar tapi sebab seminggu sebelum pergi si Aatian tu dah upkan harga jadi kita dah jadi cuak sebab tu tak bagi full takut Aatian buat hal hah memang betul pun.

    ReplyDelete
  7. seronok juga ke Surabaya ni sis..
    cuma kes hotel tak terbayar tu memang naya juga kan..nasib masalah selesai juga dan dpt tido di hotel yg selesa...

    ReplyDelete
  8. Entah bila laa SS nak sampai... Jay Emm tak hajakk... Ha Ha ha...

    ReplyDelete
  9. Atie.. seronok melihat pemandangannya. Kes hotel ni memang scary le juga kalau kita dah book tiba-tiba dia cancel dan dah takde tempat nak tido.... huhuhu kang tidur tepi jalan je nayaaa je.

    ReplyDelete
  10. Ss... hahahaha tu mesti merajuk guling-guling atas tanah sambil hentak-hentak kaki." nak itut... nak itut"

    Tu lah JM pi jenjalan selalu tinggalkan bantal buchuk dia si SS tu ek... bantal wangi n macho lagi. hahahaha

    Ss jom pi surabaya. Bromo tu memang cantik sangat.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,siling kapur,sambung rumah,buat pagar,grill dan owning,wayaring,plumbing,waterprofing,vinyl floor dan wall paper,landskap dan kolam ikan(simen ferro).terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,sepang,nilai,cheras,pucong,dan kl.hubungi sy d no 192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  13. macam best je Bromo punya citer ni. tapi tu lah. nak memanjat ni dah tak tau lah boleh lagi ke idok..

    ReplyDelete
  14. Teringin sangat nak gi Bromo ni...lawa kan..

    ReplyDelete
  15. Atie... wah salam Isnin gitu.


    Azian... hahahaha tak yah manjat tenguk je. Bromo memang cantik.


    Wa... jom pi..memang ohsem pemandangannya. Begitu indahnya ciptaan Allah

    ReplyDelete
  16. Sedihhhh titewww kena tinggal.... Uwaaaaa...

    ReplyDelete
  17. Bunda tenguk depan mata lagi lawo..

    Ais Ais Baby siannya.. jom pergi yok

    Atie amboiiiii rajinnya dia singgah... meh meh masuk... tenguk le ada biskut kering ke biskut cap ping pong ke. Hah kopi 434 tu ado layan jo lah ye

    ReplyDelete
  18. bila gi travel ada geng yg tak sporting , mmg panas hati je kan . trus hilang mood nak jenjalan . sabar je la ... kebun epal itu nggak bisa bawa pulang ke malaysia ehhh . geram wooo natapin ...

    ReplyDelete
  19. Qaseh.. travel ni bila berkumpulan jangan lah fikir diri sendiri je. Kena dengar juga pandangan orang lain dan bila buat keputusan kena lah ikut majoriti. Kalau nak ikut sendiri punya hal hah pergilah jalan sendiri. Yang kadang geram tu bila perbuatan mereka menyusahkan orang lain. Tapi kalau dapat 1 kepala memang enjoy berjalan.

    kalau lah pokok epal boleh di tanam diatas tanah malaysia harus lah rasa macam nak bawa balik je. hahahaha

    ReplyDelete
  20. Macam best je kak pi Surabaya ni....nak masuk wishlist la..tp nak khatamkan dulu citer2 akak ni....

    ReplyDelete
  21. Amanda memang best bila dapat tenguk Bromo. Memang subhanAllah indah sungguh ciptaan Tuhan. Banyak agenda boleh di kunjungi di surabaya tau di malang atau di bromo. Akak punya ni sebenarnya banyak tempat yang dah di list tapi sampai masanya kena skip hanya kerana keadaan kawan yang tidak sesuai. Walau bagaimana pun kita orang redho dengan harapan akan datang lagi mana tempat yang kena skip. Tapi ladang epal yang besar tu emsti kena masuk lagi cuma bukan di Wisata Angro kesuma tu sebab cuma 2 biji je dapat petik. hish hish

    ReplyDelete