Thursday, October 1, 2015

Misi sehari di Penang Bhg 1(Pergi n JJCM)


Assalamualaikum,

Wah setelah hampir 10 tahun lebeh tak naik bas ekspress... kali ini dek idea spontan iejay merasalah naik bas ekspress ke Pulau Pinang. Huh memang kerja gila lah kami berempat sebab dalam masa 18 jam dari KL ke Pulau  Pinang dan akhirnya sampai ke KL pukul 7 malam naik Kapal Makcik Asiah dalam 1 hari. Apa misi kami? Sudah pasti ianya adalah disebabkan teringin nak tenguk pesta buku diatas kapal besor ko. hahahaha  Asyik atas darat je hah ko atas laut pulak da. Ianya berlangsung pada 19hb september 2015 yang lalu.


Perjalanan bermula di BTS menunggu bas ekspress ke Pulau Pinang. Sepatutnya pukul 11.30 mlm tapi bas lambat. Pukul 1 baru sampai kat BTS. Jenuh lah kami menunggu dari pukul 10 malam. Tapi sebab ada geng takde lah bosan sangat. Ngok ngek ngok ngek eh dah kul 1pagi dan hah bas dah sampai. hahahaha. So bermulalah perjalanan kami tidur dalam bas. Ada berhenti kat Rnr apa entah aku tak perasan tapi dengar lah kaknoor nak turun buang air kecil. Aku malas nak turun sambung balik tidur. Tapi manalah nak lena bila driver dan pemandu ke 2 dok bercerita. Sound depa huh kuat sungguh. Rasa nak sound berdebik je tapi lepas tu fikir orang lain ok je jadi diam ajelah. Lepas tu dalam pukul 6.30 pagi berhenti kat Petronas nak isi minyak. Kita orang ber4 pun turun nak solat subuh. Dia bagi berapa minit je. Huh apa lagi lah berdezup kami pi solat. Dalam hati bengang le sebab bagi masa singkat sangat. Tapi syukur lah juga dia nak tunggu kan. Kalau dapat jenis driver yang cengil dan  yang banyak songeh kadang tak dibaginya kami turun. Masa tu rasanya dah masuk area Penang tapi tak pasti Petronas mana. Kadang sedih juga kan sebab bila tenguk pemandu melayu Islam tapi bab solat huhuhu... aku bukannya alim sangat tapi kan best kalau dia bagi masa bagi penumpang Islam menunaikan perkara wajib termasuk juga dia. Dah tentu perjalanan dia di lindungi dan di rahmati Allah. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan membuka hati pemandu bas tersebut. Aamin       


Akhirnya dalam pukul 7 pagi kami sampai di Stesyen bas Ekspress Sungai Nibong. Lama sungguh tak sampai Penang. Last rasanya buat meeting Rekod di Hotel Peringgi huh tahun bila ya. 2004 kut lupa dah tahun bila. Dah berjaman rasanya tak datang Penang. Masa tu pergi pasal kerja tapi sempat juga lah pusing Penang. Cuma masa tu belum femes Street Art kut. Jadi takdelah nak berkelik keliling kota.

Sebelum sampai Penang, Iejay dah booking kereta sewa untuk kami ber4 untuk jalan keliling Penang. Jadi tu lah kancilnya. Oleh kerana dah seharian malamnya, sekarang nak cari masjid atau tempat yang boleh kami singgah untuk mandi. Dah bau hacem semuanya. hehehe Dengan mengunakan waze kita orang  pun pusing dan pusing  cari jalan nak dekat dengan area pelabuhan. Singgah satu tempat tak ingat jalan apa. Nampak Street Art. Jadi apa lagi posing. Banyak Street art yang nak kena redah tapi kami tak cukup masa nak mencari satu demi satu sebab parking susah wo.

Chewah model merah sangat Mak Ngah

Yang ni aku nak sangat masuk dalam tong dram tu tapi takut nanti takleh keluar, kunun ala-ala dah bawa kapal perang Nipon hehehe

Yang ni sayang sebab banyak kereta parking berhampiran jadi tak nampak sangat.

Tu je Street art yang kami dapat terjah. Kalau ikutkan banyak lagi tapi kami tak cukup masa. Apa-apa hal kita isi perut dulu ya.

Sedang pusing punya pusing lalu Jalan Transfer dan nampak orang ramai kat tepi kedai, nampak roti canai ko.... hah apa lagi cari tempat parking. Berkelik juga le keliling jalan tu cari tempat parking. Dapat sebelah Malila Bakery. Apa lagi jom sarap.


Roti Bakar marbeles. Roti Goyang ko 

Hah nampak tu berderet orang datang sarapan. Tu gerai roti Banjir
Roti Bakar dan Roti Canai Banjir gerai asing-asing. Dah order seorang 1 set Roti Goyang. Aku nak cuba pulak Roti Canai Banjir. Aku minta ayam, iejay minta daging. Fuh sodap weiiii

Hah ni Roti Canai banjir ayam yang aku order. Nampak sedap tak? Fuh Kari dia memang yummy lah.

Ini pula Roti Goyang. Fuh 2 ketul sorang beb telurnya. Memang sedap wa cakap beb.

Jom sarap. Tapi memang sedap Roti Canai banjir tu. Aku belasah dulu Roti Canai dah habis baru belasah Roti Bakar. Kaut yang telur goyang tu. Roti Bakar tak habis sebab dah belasah Roti Canai banjir. Roti Canai Banjir rega RM6. Pekena dengan teh Tarik Rm1.30. Roti Goyang tu kalau tak salah dalam Rm3.50 kut. Sebab aku ingat dia charge Rm 14 untuk 4 orang. Memang Terbaik lah. Sebab tu berduyun-duyun orang datang tak putus-putus sarapan di situ.

Ni Lah Malila Bakery. Kita orang jenguk juga nak tenguk apa ada.

Terjebak juga membeli kaya buatan Malila Bakery. Sedap lah juga.

Pusing punya pusing nak cari hotel budget ternampak le pasar pagi. Macam-macam ado ko. Banyak nampak hotel murah tapi bila nak cari parking tak ado. Ado tempat parking jauh dari hotel. Jadi pusing dulu keliling jalan yang sempit tapi happening di pagi hari. Cuaca panas jadi kami dah melengas kena cari hotel juga untuk mandi. 

Nampak kedai ini

Lalu Masjid Kapitan... bila tenguk nak singgah pintu dia berkunci lah pulak. hohohoho

Nampak kedai Nasi Kandar Beratur. Tapi sebab pagi takdalah nampak orang beratur. Aku ni  nasi Kandar kureng sikit tapi kalau pasembor hah memang layan.

Entah macamana lalu pula Pasar Chowrasta hah apa lagi nampak pula tempat parking kosong depan Kedai Jeruk Madu Pak Ali apa lagi memang suruh Iejay berhentilah. Iejay tak turun tapi kirim jeruk Madu Pak Ali. Jadi kita orang bertiga memang menyuping dengan pantasnya. hehehehe

Masuk Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Teringat N3 Qaseh Vee yang menjadi kesukaannya sampai makan sehingga sakit perut. Aku beli 1 paket Jeruk Buah Salak dan 1 paket Jeruk campur yang 1 kilo. Dia ada macam-macam paket dan jenis Jeruk. Nampak ada tshirt lengan panjang rembat 2. Nampak keychain rembat 1 pack. Belikan Iejay 1 kilo pack jeruk madu campur-campur. Kita orang taknak beli banyak nanti beg berat sebab semuanya ala backpackers... naik makcik asiah bawa beg pack je. 

Lepas tu selesai je kat Kedai Jeruk Madu Pak Ali zup  zap pula ke Pasar Chowrasta pula. Kaknoor bawa kami ke satu kedai cina yang menjual minyak angin.

Hah tu Aso tu dok menyelongkar kotak minyak angin. Kata Kaknoor minyak angin tu bagus kalau ada sesiapa ke Penang memang dia akan kirim. Tapi Minyak tu dah mahal. 1 botol RM 14. Aku rembat 3 kotak nak bagi akak 1 lah. Dia ada 2 jenis putih dan merah. Tapi memang best sapu minyak tu. Rasa berangin dan nyaman. 

Kaknoor dan Kak uda depan kedai Aso jual minyak tu.

Ni lah buah Pala yang belum di jadikan jeruk. Original Buah Pala.

Lalu depan Komtar... wah dah lain lah. Memang dah banyak berubah.

Nampak lah Motel Friendship ni dan bila tanya ada tak bilik untuk guna dalam beberapa jam je. Kak uda yang pergi tanya. Rupanya ada 3 jam untuk RM58 kalau tak salah. So share ber4 lah. Dan selang beberapa pintu rupanya 3D Art Muzium. Fuh memang terbaik lah lokasi. 

Apa lagi pi daftar dan bayar terus duit. 

Entah apa lah yang di sembang Kaknoor dan Kakuda dengan tuan punya Motel tu. Aku dah naik tangga yang rupanya agak tinggi dan scary juga le. Sebab dia mencanak naik.

Yeh dapat masuk bilik. Bergilir-gilir ambil turn mandi dan solat Dhuha. Dapat air bersih fuh lega. Rasa nyaman je. Masa ni rasanya dah pukul 9. Gedebak gedebuk ngok ngek ngok ngek dah pukul 11, kita orang pun keluar untuk ke 3D Art Muzium pula ya.  

7 comments:

  1. WAH KEPENANG PULA NOTIE...MESTI SERONOK SGT NI RONDA MERATA...MAKANAN KAT SINI SEDAP2 SEMUA...

    ReplyDelete
  2. Sis Pi tu namanya jalan-jalan carik pasal kekdahnya. hehehe sedap tapi tak cukup masa apa pun memang enjoylah

    ReplyDelete
  3. memang terbaiklah roti canai banjir dan roti bakar telor goyang tu...tengok saja dah terliur..

    banyak street art kt Georgetown..menarik..

    ReplyDelete
  4. belum mandi dah lenjan byk tempat ... memang berpeluh le notie ... saya pun dah berthn tak pergi penang ... depan komtar tu mmg dah lain lah ... dia sempat gi mention kita ya ... hehehee

    ReplyDelete
  5. Nohas.. street art tu banyak kena masuk celah-celah kedai mencarinya. Tu yang tak dan nak cari. hah roti canai banjir tu memang terbaek doh sampai lah ni terasa-rasa sedapnya. hehehehe


    Qaseh... dah cuaca panas berjerebu... memang le melengas je selagi tak mandi pagi. hehehe apa yang penting pewut kena isi minyak dulu. hehehehe tenguk Jeruk madu Pak Ali ingat Qaseh Vee. hehehehe Tenguk Qaseh Vee teringat Jeruk Madu Pak Ali. hehehe

    ReplyDelete
  6. expressnyaaa trip ni.. CT sebagai orang Penang berasa kagum dan x penah tengok street art tu lagi.. da banyak yang baru.. huahua..

    ReplyDelete
  7. Ekspress rakyat kaedahnya.... hehehehe biasale kadang orang luar lebih tau dari orang dalam. Pi terjah street art tu.

    ReplyDelete