Tuesday, October 27, 2015

Surabaya- Day 3 - Agro Kesuma (Kebun epal)


Assalamualaikum,

Ok sebelum ni kita dah petik pink guava kan so lepas ni petik epal lah pulak. Ok jom

Setelah selesai memetik pink guava, kita pi ladang epal pula ya. Ingat tak pintu masuk warna hijau bentuk buah epal. Kalau ke kiri pergi ke ladang pink guava dan ke kanan ke ladang epal tapi kena turuni tangga. Kawasannya kan berbukit gitu. Tapi nasib ada laluan untuk kerusi roda. Entah macamana lah si Davit cari jalan supaya dapat bawa Kak Nam pergi ke ladang epal.


Jadi bila geng kita orang dah petik buah Pink Guava, kita orang balik semula tempat yang mula masuk tadi untuk ke tempat yang lain pula. Kali ini jauh sikit kawasannya. Kita orang naik shuttle van yang telah di sediakan... Tu yang baju kuning bertopi cowboy si Aatian dan Nana(anak saudara KakNam) sedang menolong Kak nam naik van.



  Ni lah shuttle van yang kita orang naik untuk ke ladang epal yang agak jauh juga untuk berjalan kaki. chalo chalo

   Bersebelahan dengan ladang epal ada juga ladang jeruk. Masih hijau lagi ke dah masak tu. Minum jus panas-panas ni memang sedap.

                Akhirnya sampai ke ladang epal. Ni hasil yang di petik. Ada epal hijau dan ada epal merah

      Tapi pokok epal yang kami serbu ni epal hijau. Geram je tenguk buah epal. Pokoknya rendang je. Boleh panjat ni. hehehehe

Hah kan aku dah panjat.... tu sebenornya park bumper aku je atas dahan... hahahaha dan buahnya tak banyak sangat. Adalah seketul 2 

           Buah epal takdelah rimbun sangat. Hanya pokok tertentu yang nampak banyak. Ada yang takde buah pun.

                                      Dahi jendul disebabkan buah epal.... hahahaha

          Nak posing punya pasal hah ko terus duduk dekat pangkal pokok. Habis aku campak beg entah kemana hahahaha. Pokok ni boleh ni nak manjat .. tu tenguk belakang tu... bilah dahan dia boleh selit manjat tapi buah atas tak banyak. Aku teringin nak bergambar aku panjat sambil memetik buah kat atas pokok baru mantul kata misi memanjat pokok epal sambil memetik buah terlaksana. hahahahaha. Pelik punya misi.

                                                           Buah epal melambai-lambai

           Susah juga nak cari pokok yang banyak buah dan bergambar beramai bersama buah epal.

 Adeh hai tak menahan sungguh boleh depluk kat bawah tepi pokok... adeiii

             Ni ladang yang masih muda sebab tak nampak lagi buahnya, dahan pun rendah lagi

                              Abaikan tangan yang gebus gebas tu ye.... fokus pada buah epal hijau tu.

Masa ni ada juga masuk kumpulan lain... agak ramai juga... yang lelaki terus panjat pokok ko... jeles aku... eh aku kan dah panjat juga tadi... 
Seronok pulak berpoyo-poyo dibawah pokok epal. Kena cipta lagu  "ku bercanda di bawah pohon kelapak jadi pohon epal upgrade sikit namanya. hehehe glemerle sikit ye tak... hahaha

Selepas tu Kak uda tolong bawa Kak nam masuk ladang. cari pokok yang berdekatan yang ada buah untuk kak Nam bergambar bersama pokok dan buah epal. Gembira Kaknam dapat bergambar dengan buah epal di kebun epal. 
Siapa yang nak beli boleh saja timbang kilo. Aku beli 1 kilo sebab nampak macam sedap je. 1 kilo RP15,000
Ladang Agro wisata ni nampak macam di tanah tinggi. Tak pasti lah pulak tu gunung apa.. ada pembinaan lain entah apa nak dibuatnya.



Selesai memetik epal kita singgah di cafe untuk menikmati makan tengahari iatu nasi goreng epal dan jus buah.

                                             Alahaiiii sikitnya nasi goreng dia. Alhamdulillah sedap juga.


                                                   Kawasan lain yang ada didalam ladang
  Selesai di ladang kita orang pun keluar. Sebelum keluar kena lalu bangunan keluar yang terdapat juga jualan cenderahati dan macam-macam yang ada. Jus pun ada juga di jual. Aiskrim pun ado tau. Bila panas jus buah laku je. Terdapat juga kumpulan muzik menghiburkan pengunjung. Kat sini aku beli jus guava dan limau yang berharga RP5,000 setiap satu. Adalagi satu air sour RP3,000. Beli asikrim RP24,000. Panas-panas dapat aiskrim huhuhu memang nyaman je.

Terdapat juga kolam dengan ikan terenang-renang. Kat sini kita orang cari tempat untuk solat dulu. Lepas tu tenguk kawasana sekeliling.

Hah tenguk tu ada muzik lagi yang menghiburkan para pengunjung. Sebelah kanan tu adalah jalan keluar ke tempat parking.
Sebelum bersurai kami sempat bergambar dengan tourist guide dalam ladang. Lupa pula nama dia. Tapi memang baik dan sopan je bercakap. 
 Tu entah apa lah pulak meeting tergempar. Rupanya tengah diskus nak kemana pula selepas ini. Sepatutnya kita orang semalam je di malang dan petang ni terus ke surabaya. Tapi oleh kerana semasa datang dah pusing surabaya jadi kali ini tidur semalam lagi di Malang. Lagi pun ada barang yang masih belum diperolehi. Kami nak cari kain telekung dan kain batik. Tang tu nanti bincang dalam van ajelah.  


             Sekeliling kawasan terdapat juga taman dan replika haiwan. Rasanya ada resort juga.
Taman yang begitu kehijauan.

 Nampak pula Hotel Imam Bonjol... nama Imam Bonjol ni femes apa.
Kalau tenguk ni nampak macam bandar Batu ni bagaikan atas pergunungan kan. Puncak gunung nun di sanun tu tak pasti Gunung apa. Tak nampak sebab diselaputi awan.

Terdapat gerai-gerai yang menjual buah-buahan. 

Ok seronok sebab dah panjat pokok epal. yeh yeh yeh hehehehe. Bagai kanak-kanak ribena je.

8 comments:

  1. BESAR JUGA POKOK EPAL TU YA SAMPAI BOLEH DIPANJAT...MANIS TAK EPALNYA NOTIE...CANTIK MENARIK VIEW DI SITU..

    ReplyDelete
  2. Besar dan rendang kak PI. Manis buahnya dan rangup gitu tapi tu lah 2 biji je boleh petik dan makan. Memang tak puas hati sungguh... hahahaha saya ni kalau bab pokok buah epal asyik je lah tak puas hati selagi tak pergi ke ladang yang buahnya merimbun-rimbun macam dalam gambar dan boleh petik semau kita dan selarat yang boleh makannya. Tempat dia ok lah cantik atas pergunungan gitu. Tapi kalau lalu ladang epal yang memang banyak di Malang hah lagi cantik kut. hehehe

    ReplyDelete
  3. Nastolgia ladang epal ini... mengimbau kenangan.bukankah ada ladang strawberi juga di sini?

    ReplyDelete
  4. Nieda... kan rasa nak pergi lagi je. Tak puas selagi tak pergi ladang yang lebih luas dengan pokok epal lagi lagi banyak. Haah ada tapi untuk hari itu hanya boleh petik Pink Guava dan epal sahaja. Kawasan luas tak tau kebun strawberry yang belah mana. Dia cuma bawa tempat buah yang untuk di petik sahaja.

    ReplyDelete
  5. Salam Ciktie..
    alahai sy ni kurang sgt pengetahuan.. tak tahu plak sy kat sana ada ladang epal plak..haha..nampak segar2 buahnya..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Atie.. kat sarawak pun ada kebun epal juga lah di Ba'kelalan, Lawas

    ReplyDelete
  7. wahh..berposing sakan di ladang epal..hihi..awat sikit nau nasi goreng tu, sib baik sedap..

    ReplyDelete
  8. nohas... sakan le posing tapi bila di belek gambar apasal sikit sangat... haha muka tak puas hati posing le tu. entah kut cafe tu kedekut kut nak bagi banyak... hahahaha dah ada rezeki tu alhamdulillah lah adanya.

    ReplyDelete