Alhamdulillah tidur dengan nyenyaknya setelah semalam tak cukup tidur. Member baru ok sebab peramah. Pagi ni dah syiok sebab nak jelajah Jeju. Tapi bila di fikirkan pakage 5h4m tapi bila dicheck itinari hanya selama 4 hari ja sebab 1 hari dah habis dalam perjalanan. Nak buat macamana dah flight pagi tapi sampai Jeju petang. Hah memang habis sehari perjalanan je lah. Takpelah kita tenguk macamana hari ni.
Hari ni start tour pukul 9.30 pagi. Jadi pergi breakfast dulu lah ya. Tempat dia comel je jadi bila ramai memang sesaklah. Menu hari-hari sama ja. Ada roti, mushroom soup, juice. Aku bawa sambal bilis jadi boleh layan dengan roti. Yang fresh ialah telur dadar. Tapi aku paling suka mushroom soup dia. Hari-hari lantak tu, sampai bertambah-tambah. Sedap macam kat Piza hut. hehehehe Lepas tu ada disediakan tempat nak minum kopi, comel je cup dia. Hah hari-hari melantak, kopi dia tu best je. Kadang sampai 3 cup aku ambil sebab cup dia kecil je. Cuaca sejuk dapat kopi nyaman perut.
Berderet orang menunggu telur dadar fresh dari dapur. Letak atas roti, bubuh sos kapit dengan roti emmmm sedap je. Tak banyak choice jadi asalkan boleh breakfast ok lah kan. Lagi pun balun mushroom soup banyak-banyak pun dah kenyang.
Ni lah member baru I tau. Baru je berkenalan semalam. Peramah dan pandai ambil gambar. Posing sakan je dengan Taj. Kalau nak tahu hah beg hitam tu penuh dengan makanan aku bawa dari KL. Macam-macam ada. Roti gardenia pun aku bawa tau. hehehehe Beg besar tapi separuh adalah makanan. aduhaiiiii cam tu sekali. Aku takut kebulur nanti bila ada setengah makanan korea tak boleh masuk tekak tapi sampai kesudah semuanya sodap bak hang. Last-last kumpulkan makanan yang tak habis bagi kat wawa je, buat beratkan beg je semua tu. hehehehe
Keluasan dia kecil ja....jadi bila ramai memang sesak sikit lah. Ni pun ada time tertentu. Macam yang muslim awal sikit lepas dari tu untuk orang korea pulak.
Semalam dah bersembang dengam wawa, tour guide kita orang. wawa ni peramah dan memang ada je benda kita nak sembang. Oleh kerana 11 orang bersesak dalam 1 van, aku chop tempat belakang wawa. Senang nak buka pintu dan senang masuk yang last. Almaklumlah body over sikit kan jadi kira sesuai sangat belakang wawa. Taj pulak ada slip dics jadi memang tak boleh renyah sangat lah.
Staff JMT ada 5 orang di Jeju. Kita orang tanya lah kenapa semuanya perempuan. Sebab kesian bila kena angkat beg dalam van. Beg dah le besar-besar. Tapi aku tenguk Anne tangkas dan pantas kerja. Bagus lah. Rupanya supaya senang nak sewakan rumah untuk 5 staff JMT. Sebenornya aku yang banyak mulut tanya dengan wawa sebab belakang seat dia. Kat depan sepasang suami isteri iaitu Doktor Fauziah dengan suaminya, lupa nak tanya nama. hehehe. Ada 3 orang Doktor yang asalnya sama tempat bertugas iaitu di Pejabat Kesihatan Mersing tapi sekarang hanya Najihah je yang dah pindah Pekan. Lepas tu ada 3 orang adik-beradik dengan salah seorang bawa anak dia. Mereka semua dok belakang, lagi pun semuanya comel-comel je.
Suka bila tenguk banyak bunga berkembangan. Maaf lah ya kalau aku banyak tepek gambar dalam ni. Sebab rasa macam cantik sangat.
Akhirnya sampai lah lokasi pertama kami iaitu Gimnyeong Beach. Area ni best sebab banyak kincir air di kawasan tersebut. Alhamdulillah cuaca terang dan biru jadi memang cantik lah bila posing di tepi pantai yang cantik.
Kumpulan A dengan tour guide dia Anne. Itinari kami sama dengan group A. Tu yang kadang terserempak dengan mereka.
Gambar ni ambil dengan kamera....lain kan warna biru dia. Di bawah ni guna kamera phone yang baru. Warna dia jelas. Memang asyik lah guna phone baru. Kesian kamera lama, tuannya terlupa nak guna bila dah ada yang baru lagi cantik jadinya. hehehehehe Takpe masih ada kegunaannya bila bateri kong.
Suka tenguk batu bulat yang berwarna warni itu. Tempat lokasi posing yang cantik.
Ok jom kita jelajah pantai yang bersih dan putih ini.
Bungkusan putih-putih tu kata wawa nak elakkan pasir hilang di tiup angin....emmm camtu ek
Posing time
Air dia jernih membiru......cantik sangat dan bersih.
Anne pun nak posing juga.
Jom selfie. Spek biru aku ni emmm baru pakai sekali masa pi Bromo dulu. Lepas tu aku lupa nak bawa bila pi travel. Sekali masa jeju teringat kat dia bawalah, pun pakai sekali je lepas tu dia kiok sebelah. Alahaiiiiii dah le cuaca cantik warna biru langit.
Bersama wawa dan Taj.
Apa gaya pun tak tahu....wawa lah entah apa-apa layan je lah. Bila dia ambilkan gambar hah macam-macam gaya di suruhnya. gitu gini sampaikan last-last dah tak tahu nak posing macamana. Anne pulak aku tenguk dia pandai cari posisi yang cantik untuk bergambar. Taj pulak suka buat video kawasan sekeliling juga posing macam-macam gaya. Phone pakai ipong beb memang le cantik.
Bersama 3 sekawan Doktor-doktor muda yang peramah dan baik.
Puas menjelajah pantai Gimnyeong jom ke tempat lain pulak.
2.jeju-2018-hari-pertama
roti cicah mushroom sup memang best...nmpk roti gardenia..hihi..
ReplyDeleteMemang angkut dari kl roti tu kunun boleh buat sandwich tapi layan dgn mushroom sup lagi sodap
DeleteCANTIKNYA PULAU JEJU NTAH BILA NK SAMPAI
ReplyDeleteInshaAllah ada rezeki sis Pi ke jeju. Aamiin
ReplyDeletememang mula trip pukul 9 lebih hehe tapi okay je ngam2 perjalanannya kan.. lepas makan siap2 sambung tiduur hahahaha.. rezeki akak tu pergi langit cerah cantik membiru. cheqqq pi kelam nak hujan. x hujan2 sampai ke petang tapi kelabuu gelap je langit tu. jenuh edit gambar kasi nampak langit biru. hahaha yang mana x dapat edit tu redha jela..
ReplyDeleteYa la pukul 7 dah turun sarapan nak tidur lagi dah semangat nak jalan tu yang rasa lambat. Alhamdulillah sebelum pergi dapat ramalan cuaca mendung dan ada hujan tapi bila sampai terang emmm memang sukalah.
Deletekalau travel dalam group ni kan akak..tak boleh nak sombong2 tak bercekap dgn org kan..kena ramah tamah...baru enjoy..kak notie kan peramah..syok arr dpt sebilik org org peramah..baru tak sunyi
ReplyDeleteHah betul tu tapi sebelum kita over peramah kena tenguk situasi dulu dan tenguk rentak orang sekeliling dulu.Kalau ok hah baru lah boleh ngamsoi. Takut kita over peramah orang tak suka pulak. Jadi pandai-pandai le tenguk keadaan dulu.
Deletekih kih kih..lawak la akak notie ni..bwk bekal byk takut mknan korea x masuk tekak ek...tp mmg ada tau..yg x leh telan makan korea..kalau JM sama mcm kak notie..mkn korea semua JM telan..sedap woo..kimchi!! haemultang!..perghh..nak pergi Jeju!!!
ReplyDeleteMula-mula kita testing dulu tekak lepas tu hah kayuh laju-laju. Rupanya semua makanan korea sedap bak hang....hahahaha tapi kalau nasi dia pekena sambali tumis sekali sekala hah lagi sodap haw lio lagi. hehehehe Mana lah tak kembang selalu. Jom jom pi jeju. Kita pun tak puas
Deleteha'ah...kalau ikut tour mcm tu lahh..kalau kuar awal lagi lagi best..kalau pergi sendiri senang ikut masa sendiri..
ReplyDeleteBukan apa kalau cepat banyak tempat kita boleh singgah....lama-lama hehehehe
Delete5 staff JMT tu..mmg fully time tour guide ke mcm mana?
ReplyDeletehaah memang full time khas untuk kerja di jeju. Sebab tu dia ambil perempuan semuanya supaya senang letak 1 rumah sewa.
Delete