Wednesday, January 16, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 5 ( Seopjikoji Lighthouse)


Assalamualaikum,

Dah kenyang perut makan ramen, jom jalan lagi. Dalam perjalanan nak sampai ke tempat destinasi ni masing-masing macam terlelap jap. Ya lah kan perut dah kenyang, berjalan puas juga. Van pun beraircond....emmm memang terlelap jap sebelum sampai destinasi seterusnya.

Sampai tempat parking, ramai juga orang selain dari pelancong, orang korea pun melancong juga. hehehe




         Sepatah haram pun aku tak paham.....agaknya history pasal tempat ini kut....agak aku lah. Sebenornya tak kuasa aku nak membacanya.....opsss sorilah ya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat-tempat yang aku pergi ni google je ya. Banyak je info dalam tu kalau nak tahu lebih lanjutlah. Aku ni kadang suka juga bab sejarah....tapi sebab nak menikmati pemandangan yang cantik je malas pulak nak tahu tentang sejarah. Sori lah ye.
       

                             Tenguk tu panas-panas pun syiok je piknik....sempoi ja.
               
 Tempat lokasi drama All in ni jauh sikit dari tempat parking. Kena jalan jauh sikit. Tapi kat tepi tebing dia cantik sekali.


      Siapa lah punya banglo tu..... rumput dia macam baldu lembut ja. Agaknya selalu trim bagi halus kut. Tu kalau buat golek-golek ala hindustan pun best....ahakss tapi style kdrama selalunya tergolek2 lepas tu eh oppa hensem tolong selamatkan. hahahahaha penangan kdrama le aku ni.




       Dari jauh dah nampak lokasi All in tu. Sebenarnya macam dah berubah bangunan tersebut. Aku pun macam ingat-ingat lupa lokasi dalam cerita All in tu. Yalah tahun 2003 ianya di tayangkan dengan pelakon Lee Byung Hun dan Song Hye Kyo pun masih muda lagi dan belum femes sangat.


   



          Suka tenguk tebing dan pantai sekitar Jeju ni. Batu-batu hitam gunung berapi dengan air laut membiru. Melalui gambar je tak nampak kalau nak di ceritakan. Sebenarnya melihat sendiri lagi cantik. Memang tak puas menikmati keindahan dan kecantikan alam sekeliling bumi Jeju.

        Berduyun-duyun orang korea melawat lokasi All in tu. Rumah tu dah di ubahsuai macam cerita fairy tale Hansel dan Gretel je.




 Tenguk tu orang ramai sangat, sampaikan kalau bergambar asyik kena interframe je oleh model tak berkenaan.









    Ombak menghempas ke pantai tanpa penat dan lelah. Batu pula menerima hempasan ombak dengan sabar dan tenang. waduh berimaginasi pula aku.




Rumah atas tu macam dah di ubahsuai jadi macam rumah bentuk cookies  pulak. Aku sampai kat sini je tak larat nak naik atas dan tak terpesona nak melihat rumah yang telah di ubahsuai tu. Rasa macam dah tak asli keindahan lokasi waktu dahulu.  Kalau rajin boleh je pergi sampai rumah api nun sana tu tapi emm dah rasa malas....balik semula ke tempat asal.

 Sesiapa yang rajin sampai ke rumah api tu boleh tenguk pemandangan yang lagi cantik. Aku ada terbaca dalam blog seseorang, cantik rupanya kat hujung rumah api tu. Dah balik baru terbaca emmm kalau tahu aku gagahkan juga sampai ke hujung. aku jadi malas sebab tenguk rumah ala-ala Hansel dan Gretel tu dengan ramai orang korea lagi....tiba-tiba takde mood nak teroka lagi jauh.


     Layan semula alam sekitar dengan tebing yang eksotik (erkk boleh ke kata camtu...hehehe) serta alam yang cantik dan mendamaikan walaupun cuaca sedang panas tapi takde lah rasa macam kulit terbakar kalau kat malaysia.  Aku nak huraikan pun tak reti camne cuaca kat jeju waktu ini. Sebenarnya kan nak masuk musim luruh cuaca mula sejuk bila sesekali angin berhembus. Tapi bila panas, dia tak rasa panas berdenting sehingga kita memerlukan payung untuk berlindung. Masih lagi enjoy berjalan melayan perasaan dengan alam persekitaran yang begitu indah. Perghhhhh apa ni ayat-ayat manis bermadah lah pulak. hehehehehe


          Suka sekali dapat memandang laut nan luas terbentang ini. Jadi asyik sambil tangan tak lekang memetik kamera phone. 








                                                       Jom lah balik




                 Ada juga terdapat pelbagai jualan di tempat jualan berdepan dengan tempat parking.



    Agak-agak ni apa ya macam tiram. Suka sekali melihat jualan makanan laut mereka sebab kadang jarang dapat jumpa.

                Ni lagi banyak dan sibuk sekali ahjumma membersihkan tangkapan laut untuk di jual

                           Yang dalam bekas hijau tu macam belut je ke ikan emm tak tahu aku.


   Ini sotong  tapi besarnya. eh bukan dia buat kuih bentuk sotong lah kalau tenguk acuan belakang tu.

                                            Macam-macam hasil jualan makanan laut.

                            Bila di potong dan di grill.....ooooo macam ni rupanya.

                                                   Besar sungguh sotong bakar tu.

       Dah selesai sessi menjelajah, lepak menunggu yang lain-lain sampai. Lepas tu ke tempat seterusnya.

4 comments:

  1. ada gak kuih btk sotong...sotong bakar, fresh from the sea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih bentuk sotong tu macam kuih bahulu tapi acuan sotong. sotong bakar dia fresh memang sedap.

      Delete
  2. kawasan ni cantik. tapiii tak larat da nak menapak ke atas rumah api tu. kaki sakit panjat gunung brapi tak abes lagi. ahahahah surrender la amek gambar je dari jauh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ahkak tu pun jalan slow ja. Menikmati pemandangan cantik secara slow motion gitu hehe

      Delete