Wednesday, January 23, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 2 (The road of Cherry Tree)





Assalamualaikum,

 Akhirnya setelah hari ke 3, kita jumpa pokok warna-warni. Masa masuk jalan ni semua dalam van....dah berkeriau.... sebab geram tenguk pokok warna-warni. Cantik beb. Tak terkata dengan perkataan. Wawa bawa van pusing dulu dalam laluan serba kuning ni. Lepas tu keluar dari jalan ni dan parking kat tepi jalan. Apalagi semua yang dalam van dah tak sabar-sabar nak menikmati keindahan alam serba kekuningan ini.




          Hah tenguk kat belakang tu semua menyerbu mencari port cantik untuk posing.





                                  Daun warna kuning....mata pun jadi kuning...hehehehe


                                                              Cantik kan....


                            Pelbagai warna kuning hish hish serba kuning lah.



         Macam-macam gaya model nak beraksi. Kelakar sungguh sebab semua nak posing tengah jalan. Bila kereta masuk jalan ni , kelam-kabut semua lari ke tepi. Kereta dah lalu cepat-cepat posing tengah jalan lagi.

                           Group photo dengan macam-macam gaya.  2 orang lagi entah mana.

             Ni terserlah warna kuningnya...entah gambar dari siapa...ambik dari whatsapp group








    Dah macam juara lumba lari lah pulak cuma takde medal je padahal cuma aksi terlebih je. hehehe
Takde kenderaan masuk berani lah duduk tengah-tengah ni. Rasa nak bersila je kat tengah tu untuk pose menarik tapi mengenangkan nanti kotor terus tak jadi. Padahal kalau nak cantik letak kamera dari bawah dan dongakkan ke atas,  mesti cun.



      Baru nampak papan tanda ni. Rupanya pokok cherry. Agaknya bila musim bunga mesti kat sini lagi cantik time cherry blossom. huhuhu nampak gaya kena repeat pi jeju lagi musim bunga supaya dapat datang lagi tenguk cherry blossom pulak. 


    Setelah puas posing wawa pun panggil masuk van. Group Anne baru sampai jadi lama lagi tu.


             Selain dari kita orang yang terpesona dengan keindahan warna kuning ada juga warga korea yang turut sama berhenti untuk ambil gambar.


Pokok yang kat luar ni dah gondol tak nampak le daun warna-warni. Nasib baik cherry tree tu serentak warnanya baru nampak serata kuningnya.


          Kita tinggal kan nostalgia di pohon cherry ini. semuga dapat datang lagi.

10 comments:

  1. Cantiknya warna daun berwarna warni ceria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik rasa alam berwarna warni sekeliling. eh

      Delete
  2. Replies
    1. Kan... Rasa berbalui lah bila dapat tenguk pokok yg sebenarnya

      Delete
    2. Kita tak gi sini kan hari tu Siti? Huhuhuhu. Kena try Jeju time autumn ni

      Delete
    3. Sal jom pergi lagi jom. Time spring lagi best sebab memang pokok cherry sedang berkembang ni.

      Delete
  3. jalan lengang! boleh la berposing sakan..mgkin jalan ni jarang org lalu kalau tak jgn harap nak boleh lepak tgh jln mcm tu hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam jalan ke penempatan universiti sebab nampak perumahan kat dalam tapi mungkin masa ni depa sedang belajar tu yang tadak orang kut.

      Delete
  4. korea ni akak..pergi la musim apa pun mesti lawo..tapi jgn pegi time summer mcm kat msia jek heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas kat jeju ada musim bunga hydragea...pun cantik tau. Bunga siti zubaidah....JMT dok promote pokok bunga dia besar-besar setinggi orang ko.

      Delete