Assalamualaikum,
Setelah puas posing dengan daun kuning kita pergi lunch pula ya. Masa ni bila kata lunch je terus lah perut pun keriuk keriuk. Maklumlah dah lambat waktu untuk lunch. Padahal tadi semua meratah oden macam tak habis-habis. hehehehe
Wawa bawa kita orang tempat lunch dimana tempat tu berhadapan dengan pintu masuk Jeju Universiti. Jadi ramai je student di area tersebut. Cantik kedai ( tu gabungan warna purple dan hijau pucuk pisang.
Kedainya nun di hujung sekali. Yang papan tanda merah tu.
Oleh kerana aku terlambat masuk , mereka dah penuhkan meja untuk 8 orang. Jadi duduk meja sebelahnya untuk 4 orang.
Makcik dan anak saudara dah macam adik beradik je. Gojes keduanya.
Aku duduk semeja dengan Dr Fauziah dan suaminya. Kedai makan ni kecil je. Tenguk lah depan tu dah penuh dengan warga korea.
Wawa bawa menu. Kali ini boleh pilih nak makan apa. Yang atas je termasuk dalam pakage manakala yang bawah tu nanti kena bayar sendiri. Baru 2 hari aku tak tahan tenguk ada asam pedas. Jadi aku nak rasa lah asam pedas versi korea. Jadi pilih Nasi dan Mackerel asam pedas.
Menu makanan yang ada. Tenguk gambar je dah rasa macam sedap je kan.
Kedai nya kecil dan penuh orang. Kalau tak cukup boleh makan kat luar. Ada juga kerusi kat luar. Tapi time Autumn ni mestilah sejuk.
Macam biasa mesti ada side dish dia. Sedap kimchi yang hijau tu.
Dr Fauziah beli kimbap. Lupa pulak kimbab sayur ke tuna ke udang. Tapi sedap. Ni kalau makan ni je pun dah kenyang. Portion dia besar.
Tu dia nampak tak kepulan asap keluar dari mangkuk asam pedas tu. Panas-panas dia bawa dan berasap-asap serta masih mengelegak lauknya. Bila rasa sikit, masuk perut rasa panas ja perut. Terasa kepanasan asam pedas tu melalui tekak dan mengalir masuk dalam perut. Perghhh sedap beb. Ada kimchi juga dalamnya, jadi memang lain lah. Apa pun boleh masuk tekak aku. hehehehehe.
Abaikan lah mangkuk nasi aku ni ya. Terkial-kial pakai chopstick tu yang berterabur nasi. Last-last pakai sudu. Selalu pakai pinggan besar hah ni pakai mangkuk kecil memang tercampak le keluar nasinya. hehehehe. Konon nak ambil lauk pakai chopstick memang tak terangkat le ikan mackerel tu.
Sedap asam pedas versi korea ni. Lepas tu hirup kuah asam pedas...perghhhh nikmat rasanya tak terkata. hahahahaha Nasi dalam mangkuk tu nampak je kecil tapi penuh dan padat. Jenuh juga aku nak habiskan. Nasi korea ni macam makan nasi pulut, lekit lekit rasanya. Walaupun pedas tapi dalam kesejukan Autumn dapat makan nasi dengan lauk panas-panas emmmm memang rasa sedap sekali. Apa lagi dapat asam pedas berasap-asap beb memang walah lah. Alhamdulilllah dapat makan sedap ikut tekak aku. hehehehe
Dah kekenyangan menyandar di tepi dinding. Memang sedap sekali asam pedas korea.
Ok jom ke tempat lain pula.
10 jeju-2018-hari-ke-3-bhg-2-road-of cherry tree
9.jeju-2018-hari-ke-3-bhg-1-dongmun
8.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-6-seongeup-folk
7.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-5-seopjikoji
6.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-4-lunch
5.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-3-seongsan
4. jeju-2018-hari-ke-2-bhg-2-woljeoung
3.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-1-gimnyeong
2.jeju-2018-hari-pertama
1.yeh-jejak-kaki-di-jeju-akhirnya
wahhhh, bestnyaaa...
ReplyDeleteMemang sedap terasa sampai sekarang
Deletesedap kan asam pedas korea ni...teringat-ingat sampai sekrg..
ReplyDeleteHaah tak rugi rasa. Memang lain lah Asam pedas melaka Dan johor. Terbaek
Deletebesarnya kimbap tu
ReplyDeleteMemang besar makan sorang boleh simpan makan kemudian. Sayang sedap sangat
Deletekimbab tuuu makan sorang memang tak abes lew gamaknya. gabak benar hahaha..
ReplyDeleteMemang besar gabak... Tapi sedap
Deletemakan kimbab dua keping pun dh kenyang kot nmpk sedap semua msaknnya
ReplyDeleteKimbab tu sampingan kena order main dish sebab dah termasuk dalam pakage. Rugi tak ambil main dish. Kimbab tu tak habis boleh bungkus bawa balik
DeleteAdehhh... banyak ketinggalan entry... Kena backlink ni...
ReplyDeleteTengah rajin hah up le citer...kalau nanti dah busy lepas tu M tahap gaban huh semua kelaut
DeleteKali terakhir SS mencekik korean food ni tahun 2015 kot... Tapi insyallah... Plan nak overland korea masih dipertimbangkan...
ReplyDeletewah dah lama tu tak balik kampung HH... sesekali mencekik korean food sedap kan.
DeleteKedai ni sedap! Saya pun makan di sini hari tu
ReplyDeleteKan. Tenguk menu semua pun sedap ja nampak.
Deletekalau sejuk..meme perut cepat lapo kak
ReplyDeletehahahaha tu tidak di nafikan. Apa lagi bila dah penat berjalan memang perut keriuk2 ja.
Deleteadehh! dgr komen kak nottie pasal asam pedas korea tu...berkali2 telan air liur..
ReplyDeleteAduhaiiiii akak yang dah makan ni pun terasa-rasa kesedapan asam pedas kimchi tu. perghhhh
Deletesabo kak sabo...hihhi...sepah nasi ahaha..makan guna sudu jek jgn guna tgn sudah hihi..beli tak sudu korea tu..best tau sudu tu..kalau JM pergi lagi Korea nak beli sudu tu byk2..kualiti tau..x berkarat
ReplyDeletehihihi makan macam budak2 kan. Tapi sebab mangkuk dia kecik dan penuh tu yang berterabur makan. Sudu dia best kan. Dah lah panjang stainless steel lagi.
Delete