Thursday, November 23, 2023

Majlis Bersama Jabatan (Pekerja)



Assalamualaikum,

Sejak menjadi warga HPJ ni banyak benda aku kena tempuh. Almaklumlah semuanya itu adalah jalan-jalan kehidupan pembelajaran aku di sini. Semuanya benda baru walaupun ada je kat pejabat lama tapi sebab tidak berkaitan tidak le ambil tahu. hehehe Almaklumle kerja sendiri pun tak habis lagi nak buat kerja lain.

Oleh kerana aku mengantikan rakan yang sebelumnya jadi segala ahli jawatan kuasa yang Pn Aishah terlibat semuanya jadi milik aku lah. Bila Pn Hanum maklumkan aku ganti Pn Aishah dalam meeting MBJ dalam hati aduhaiiiiii. Tapi sebab dah jadi tanggungjawab baru aku pergilah meeting tersebut. Tempat pulak kat tempat bangunan baru Endocrine lagi lah aku cuak. Kena tarik cc Mila tunjukkan kat mana tempatnya. Nun hah kat tingkat 7 bilik Pakar. Tu dia.     


Tu tuan pengerusi majlis.

Bila sudah bermula meeting baru lah aku faham. Semuanya ahli yang terlibat adalah mewakili ahli lain dalam jawatan yang sama serta Jabatan. Jadi kalau ada masala-masalah berbangkit boleh di ajukan dalam meeting tersebut untuk di maklumkan pula kepada pihak atasan.

Banyak juga isu yang timbul seperti parking yang selalu menjadi masalah utama di fasiliti Hospital. Dah ada bangunan baru parking pun masih tak cukup sebab kita bersaing dengan orang awam. Cuma bagusnya bagi staff ada diskaun atau bayaran bulanan yang murah le bagi staff. Contohnya masa aku baru kerja kad ID pun belum siap. Sehari aku parking dari pukul 7 pagi hingga 4.30 petang harga parking touch n Go  dalam RM9. kalau seharile. Kalau 5 hari dah berapa. Tapi bila dah ada pass staff pergi je mohon dengan Nadi Putra dapatle access special sebulan Rm40. Jimat duit aku. Kalau tak emm manjang kena topup kad touch n Go kalau sekali top up Rm100 berapa hari je dah nak habis. Belum masuk toll lagi sebab balik aku lalu MEPS. Kalau pagi boleh lalu highway UPM baru 60 sen je. Tapi balik tak boleh lalu situ sebab jalan jem. Yang paling dekat hah MEPS le sebelah IKN tu hah.  

Selain daripada itu masalah on call doktoryang tidak update. Ianya menjadi masalah kepada operator apa bila ada kes muncul. 

Kedai Pak Tam pun nampaknya tak selesai lagi. Ni kerana harga yang sudah naik dibandingkan dahulu. Rupanya bagi staff ada diskaun tapi itupun terpulang pada cashier. Ada cashier yang caj murah ada yang mahal. Yang kelakornya tu kalau beli lauk macam daging atau ayam hah di timbangnya. Ini aku nak gelak sebab ada staff kat pejabat aku yang kecoh bercerita bila beli sup daging kena timbang dan harga dah nak Rm30 lebih. Masing-masing bersungut harga Kafe Pak Tam dah naik harga.
Ada juga isu yang nasi lemak tak masak. Yang ni tak ingat aku kat cafe Pak Tam atau kat Hospimart. 
  


 Macam-macam yang di perbincangkan dengan isu lama yang tidak selesai serta isu baru yang dibangkitkan. Kiranya bila macam ni kalau ada masalah boleh lah majukan pada mereka. Semuanya untuk keselesaan staff HPJ juga serta perkhidmatan untuk orang Awam.

13 comments:

  1. Kenalah hadap selagi bertugas
    Semoga dipermudah tugas2 sehariannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari banyak benda kena belajar wak. Aamiin doanya. Itu lah yang saya selalu doa setiap hari sebelum pergi kerja

      Delete
  2. Meeting MBJ ni bagus sebagai ruang bersuara untuk staf. Di hospital ni masalah utamanya adalah parking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ini memang meruncing dimana-mana juga hospital di Malaysia ni. Dah buat bangunan baru pun masih tak cukup parking. Poning pihak pengurusan nak selesaikan masalah tersebut

      Delete
  3. pertama kali dgr lauk-pauk kena timbang...semoga semua isu dpt diselesaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tergelak bila member opis berdebat isu ini. Apa lagi kalau bungkus lauk ayam dan daging. Tak caya datang tapau lauk kat cafe Pak tam ni. hehehe

      Delete
  4. Dasyat lauk kena timbang yaa... boleh viral ni kalau gini xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya....ada mesin penimbang untuk timbang lauk pauk yang di tapau.

      Delete
  5. Saya pun ikut gelak baca lauk daging atau ayam kena timbang.
    Macam-macam perkara timbul dalam mesyuarat. Harap ada solusinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang buat kecuh kat pejabat ni bila citer lauk daging kena timbang dan harga jadi mahal. Biasa lah kalau meeting. Macam-macam isu timbul

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan kak notie. seumur hidup saya pernah jumpa satu hospital je yang senang parking iaitu uitm puncak alam sebab duduk pun di hujung alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo uitm ada hospital baru ye. Puncak alam lagi tu

      Delete