Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ni perhimpunan bulanan anjuran Jabatan O & G, Jabatan Psyiatrik & Kesihatan Mental serta Jabatan Rekod Perubatan telah bergabung bagi menganjurkan perhimpunan Bulanan Hospital Putrajaya berjalan lancar.
Sepatutnya Pengarah yang memberikan amanat tapi last minit pulak pagi ni Pengarah tidak sihat dan di gantikan dengan Timbalan Pengarah 1 iaitu Dr Hariati. Jadi Doktor Hariati lah yang membacakan text ucapan Pengarah.
Pada bulan 11 ni memang Hospital sibuk dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya Perlawanan Bowling, lepas tu ada Hari Anestesia dimana ada acara berbasikal sejauh 25km serta acara lain. Selain daripada tu Program Jelajah Wira MAdani sempena 25 tahun Hospital Putrajaya yang telah diadakan pada 15hb November 2025 di Puspanitapuri. Banyak lagi lah yang Dr Hariati sampaikan.
Geng Rekod bab posing number wan.
Lepas tu tayangan video oleh Jabatan Psykiatric serta Jabatan O & G. Tapi video Jabatan Rekod le pada aku paling best hasil tangan buatan Hanim. Dengan rentak lagu matron kat depan kami ni terhanguk-hanguk kepala dengar muzik yang Hanim buat.
Last sekali sebelum habis majlis ada hadiah misteri dimana sesiapa yang menjumpai stiker di bawah kerusi boleh menuntut hadiah pada urusetia di kaunter. Ala buat suka-suka. Aku yang sponsor hadiah tersebut serta Jabatan Psyiakiatrik tambah 2.
Gabungan 3 Jabatan
Jabatan Rekod Perubatan.
Apa pun Perhimpunan dapat dijalankan dengan sempurna hari ini. Kita doakan semuga Pengarah HPJ Dr Suraya cepat sihat. Aamiin





Teringat pulak masa jabatan Cie pernah buat dulu jabatan pertama buat cabutan bertuah masa perhimpunan. Letak sticker jugak bawah kerusi. Meriah masa tu memasing tunggang tebalikkan kerusi sebab nak cari sticker. Hihi
ReplyDelete