Sunday, January 10, 2016

Geng Ub pi Langkawi - Day 2 Bersantai di pantai Rhu dan shopping time

                                                                   Sebelum ni jenguk di sini

Assalamualaikum,

Petang ni sesi mencari laksa sedap. Tempatnya di Pantai Tanjung Rhu. Tapi memang tak de rezeki lah sebab gerai yang menjual laksa tu tutup. Huh masing-masing dah mengeluh sebab tak dapat makan laksa sedap. Tapi sebab dah sampai kita orang lepak lah dulu kat tepi pantai tu.




             Banyak juga aktiviti yang dijalankan di tepi Pantai Tanjung Rhu ni. Mangrove pun ada juga.




Cuaca macam nak hujan je tapi nasib baik awan mendung berarak pergi.



Katanya di depan tu  Thailand. Macam dekat je nampaknya.

Kita orang pun layan minum petang makan keropok lekor, sosej goreng. Sambil tu minum air kelapa muda sorang satu. Ada juga burger kita orang order.

      Sambil makan sambil bersembang. Angin sepoi sepoi bertiup. Sungguh damai rasanya. Kita orang dok bawah pokok besar. Gerai kat belakang nun yang menjual.

                               Cahaya Matahari di balik awan dan pepohon nan rendang


Seronoknya minum air kelapa muda di bawah pokok di tepi pantai.


    Sedang seronok makan dan minum tiba-tiba angin pun bertiup. Apa lagi ada burger sapa tah yang tak habis, sudah melayang masuk dalam buah kelapa Yah punya. Apa lagi lah. Kelam-kabut Yah menepis tapi akhirnya tersadai dia didalam buah kelapa tersebut. Terkunjat Yah sebab air kelapa dia belum habis lagi. Huhuhu tapi adegan tersebut telah menjadi gelak-ketawa kita orang sebab adegan burger terbang dan landing dalam air kelapa Yah memang sungguh menawan melihat burger itu terbang. Landing dengan bestnya dalam muncung buah kelapa Yah. adehaiiiiii


Selesai minum petang apa lagi agenda shopping. Mula-mula pergi ke Haji Ismail Group. Ke kompleks dia yang terbesar sekali. Kat sini semua pun berpecah mencari keperluan dan keinginan masing-masing. 

Sebelum pergi Langkawi, ada geng yang nak kirim coklat Whitaker. Katanya sedap tapi mahal lah. Aku ni selalu beli Daim je dengan Cadbury. Kali ini tak pandang pun kedua tu tapi terus cari coklat whitaker. Wah mahal beb tapi sedap ko. Ada 2 jenis satu sekeping bar ni. Ada satu lagi dia  Whitaker slab ada 3 keping dalam satu pack. Ni aku ambil 3pack. Ada macam-macam rasa. Tapi yang warna merah banyak almond sedap.  

               Semua pun dah terjebak dengan Whitakers ni. Semua geng tuju kat situ. Ni Lia punya trolley dah penuh dengan Pepero. Bersusun Whitakers slab Lia borong.

Macam-macam coklat ado. Juling mata beb.

           Cadbury jeling jelah sejak isu sesnsitif. Kalau tak timbul isu tu entah-entah aku rembat juga kut. Selepas beli coklat aku cari sudu garfu pula. Cari yang jenis tebal. Mula-mula tak tahu pun sekali masa pergi rumah kaknong nampak sudu dia jenis tebal. Bila tanya rupanya beli kat Langkawi. Apa lagi terus sudu garfu masuk dalam list. Selain daripada tu nak beli beg tarik sebab beg tarik pergi jenjalan sudah patah pemegangnya. Tu pun nasib baik dah sampai depan pintu rumah syiok je tarik nak masuk rumah tiba-tiba patah. Adehai nasib baik dah sampai rumah kalau kat tengah dunia kat airport huhuhu memang jenuhlah nak tarik. Beg tu penuh sendat dengan kain sulam, masa pi Bukit Tinggi akhir tahun 2014 bersama keluarga.

   Nampak beg tarik kat HIG belek punya belek sudah dapat satu atas nasihat kaknoor. Lepas tu belek sudu tadi tak habis lagi. Nampak yang agak tebal ambil 2 dozen bagi setiap jenis iaitu sudu dan garfu besar dan kecil. Lepas tu nampak juga sudu kecil yang panjang macam susu kat korea. Beli 1 dozen juga. Wah berat dah ni. Bila bayar huhuhu kempis wallet. hehehehehe beli tak hengat dunia.


             Ni entah siapa punya samada kak uda atau iejay punya. Tunggu giliran nak bayar. Kak uda beli coklat je terbang Rm 400 sebab anak beranak suka coklat. Barang lain tak beli sangat. Geng yang lain je yang menambah beg bagasi.

Mula-mula macam nak beli je waflfe ni tapi teringat rupanya dah beli jadi ambil resepi je lah. hehehe boleh camtu.


Geng lain masih lagi menyopping, jadi tenguk lah perfume dengan kaknoor. Terpedaya lah juga beli sebotol. hehehe yang kecik je.

Selesai kat HIG kita orang ke Langkawi Saga pulak. Masuk dalam ni memang rambang mata sampai terlupa nak ambil gambar. Rasanya ada pasaraya yang tak boleh ambil gambar, tu yang lupa nak snap apa didalamnya.

Orang berkenan tea set ni tapi nak bawak balik tu yang fikir banyak kali. Tapi memang comel lah set ni dengan bunga lagi lawo ko. Tahan nafsu je ni.... hehehehe

        Barang dapur yang murah-murah. Masa ni masing-masing dok memilih. Aku entah kenapa pandang dan jeling je.

Yang ni pun bagus juga. 

Nampak sudu dan garfu tebal macam kat HIG. Mahal sikit dari HIG.

           Set Pisau ni masa kat Idaman Suri dah nampak dah. Tapi tak beli sekali tenguk kat Langkawi Saga lagi murah terus rembat.

Lepas tu masuk Rams. Kat sini pingan mangkuk dia lagi cantik. 


        Hah set teko dia ni huh memang hati tergoda lah. tapi jeling jelah.  lain kali kut ada rezeki lagi nak rembat juga satu. Kat sini aku beli mangkuk tingkat. Tergoda sebab coraknya berbunga-bunga hati sudah tertawan. Beli juga coklat kat sini.


Selesai misi shopping perut sudah lapar. Pergi ke tempat makan Wan Thai tapi sebab malam jumaat kedai tutup pula. Zan bawa kita orang makan kat Selera Lubuk Buaya.


Sedang termenung nak makan apa.  

Tu dia ada tom yam, ulam dengan sambal belacan. Sayur kailan masin rasanya.

Ikan bakar pun ado.

Meriah kedainya waktu malam. Sudah kenyang balik lah ya. 

Bila sampai kat hotel , van tak boleh masuk. Terpaksa pinjam trolley hotel. Banyak ko barang bila di punggah. Masa beli main campak je ke belakang. Lepas tu baru cari eh barang aku mana, barang aku mana. Dah le tu tiap pasaraya ada plastik beg warna masing-masing. Meriah warna-warni beg plastik.
Jauh ko nak membawa trolley ni. 

Dek kerana banyak beg plastik, lepas tu tinggi nak naik tangga. Jadi kita orang main pass-pass atas tangga sampai ke bilik. Lepas tu dalam bilik baru cari barang masing-masing. Ni gambar gelap sebab takde lampu. Kamera flash tak keluar pulak.

Ni kidnap dari siapa punya tah gambar. hah nampak tak dari atas. Barang nun menambun tu.

Tu dia..... hehehehe Hijau HIG, biru idaman suri, merah tu rasanya langkawi Saga, purple pulak RAMS. Beg tarik tu aku punya. 


Bila tenguk semua barangan yang kita orang shopping fuyoooo. Nawwir siap beli periuk 3 biji. Untuk dia dan akak iparnya. Iejay pun boleh tahan. Yah lagi lah. Lia dengan set kuih dia.

Dah penat tapi semuanya senyum je tenguk hasil belian masing-masing. Dah mandi, solat lepas tu sessi perubatan pula ya. Semalam sepatutnya buat spa tapi semua pun dah penat dan tidur awal. Lagi pun mask muka tak di bawa pula. Malam ni pula sebab hati riang jadi takde lah nak tidur awal. Aku ada bawa BP set. Ini idea Kak su tapi sebab Kak su tak ada kena teruskan lah sebab penat je bawa set BP tu. Bila di check BP masing-masing macam-macam gaya ada. Yang naik sebab suka lah yang turun sebab duit dah habis lah. Macam-macam sepekulasi. Jadi kena buat 2 kali lah. Ok malam ni buat Blood Preasure (BP) masing-masing semuanya ok sebab shopping kan satu terapi minda. hehehehe  Tak ada yang high BP ok. hehehehe



4 comments:

  1. wah sakan menyoping ya notie...sedapnya minum air kelapa tepi pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pi langkawi shopping mesti lah acara wajib kak. Air kelapa memang sedap apa lagi minum di tepi pantai dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. hehehehe asyik

      Delete
  2. salam.. Nak tanya pasaraya tu semua buka sampai malam ka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Kalau hari minggu memang sampai malam tapi takdelah sampai pukul 1 pagi. Paling lambat pun pukul 10 malam kut.... tak pasti.

      Delete