Keindahan pantai Chenang di pagi hari.
Assalamualaikum,
Wah dah tahun 2016. Semuga tahun 2016 membawa kemurahan rezeki dan keberkatan serta mempermudahkan perjalanan kehidupan aku dan keluarga di tahun 2016. Aamin. Ok kita sambung lagi cerita pi langkawi.
Hari kedua di langkawi. Semalam setelah dapat tidur lena setelah tak cukup tidur di airport sebelumnya, jadi hari ini semua rasa segar amat. Pagi ini sarapan kat bilik sebelum terus pergi ke expedisi Mangrove. Oleh kerana nak naik bot , jadi pakaian jenis santai ala-ala nak pi pantai gitu. Nawwir dan Iejay terus keluar cari sarapan sementara kita orang bersiap. Sarapan mee hoon dan air teh o buat sendiri. Selesai sarapan apa lagi jom keluar.
Sempat menjengah pantai Chenang, yang semalam kita orang tak nampak sebab sampai hotel dah malam. Baru nampak rupa kawasan sekeliling. Berhampiran dengan bilik kita orang ada bilik atas pokok. Bawahnya ada tempat duduk. Masa kita orang sampai malam tu kita orang nampak ramai orang India dok lepak kat tempat duduk tu. Rupanya depa minum-minum. Malam-malam riuh rendah mabuk-mabuk. Paginya penuh dengan botol arak. huhuhu.
Chalet belakang tu pun best tapi kata nawwir dah penuh.
Hah tenguk sikit punya jauh kena menapak untuk ke hadapan. Sebelah kanan semuanya bilik hotel. Yang sebelah kiri chalet. Kawasan dia strategik cuma pengurusan hotel je yang tak best. Sebab dari depan sehingga ke bilik penginapan kami sikit punya jauh. Apa lagi bila dah shopping dengan beg banyak boleh pula kenderaan tidak di bagi masuk. Nasib baik ada trolley . Susun semua barang shopping, jalan sampai ke bilik. Lepas tu sakit hati punya pasal kita orang tinggal je trolley tu kat bawah tangga. hehehe
Kaunter hotel pendaftaran.
Pintu masuk yang di pagar jadi,kenderaan tidak boleh masuk kedalam. Berhenti kat tepi jalan je lah.
Punya banyak bilik hotel Malibest ni. Sebab tu dia eksyen sebab ramai yang menghuni tempat dia. Belah kanan tu menghadap pantai Chenang.
Posing dulu sementara menunggu si zan sampai. Sempat cari selipar lagi. hehehe. Depan tu ada 7 eleven.
Bot-bot bersusun menunggu pelanggan.
Mari kita ke laut yeh mari kita kelaut yeh.
Seorang demi seorang naik bot.
Seronok je semuanya.
Jetty pun di tinggalkan.
Menikmati pemandangan sekeliling yang menghijau.
Muka-muka sedang bergumbira. hehee
Ni model spek hitam.
Beberapa minit jalan singgah di tempat pembiakan ikan.
Group lain sedang mendengar cerita tentang ikan ternakan. Kat tengah tu terdapat pelbagai ikan yang di ternak. Ada adik tu yang jadi tukang cerita dan tunjukan ikan.
Ni gaya model nak tangkap ikan pun ado. hahaha
Mengerikan je tenguk ikan ni.
Adik ni bagi makan ikan pari. Ikan pari ni manja je meleser-leser kat tepi mengendeng makanan.
Posing adalah wajib ya. hehehehe Cantik pulak susunan model-modelnya.
Selesai di ladang ternakan ikan kita teruskan perjalanan lagi.
Ni katanya lubang Buaya.
Kena tunggu bot yang lalu keluar dulu barulah bot kita orang boleh lalu.
Semasa melalui dibawahnya. Mengerunkan dan sungguh menginsafkan dengan ciptaan Allah.
Unik bentuknya. Macamanalah ianya terbentuk kan. Bila lalu bawah ni aku rasa Ya Allah begitu indahnya ciptaan Allah menjadikan sesuatu begitu rupa. Rasa syahdu pulak dan rasa nak nangis melihat ciptaan Allah.
Tada... dah keluar dari lubang tersebut.
Jom selfie. hehehe
Perjalanan diteruskan lagi
Suka tenguk perahu layar berlabuh menambahkan keunikan kawasan sekeliling.
Ada restoren terapung
Indahnya alam saujana mata memandang
Tempat burung helang mencari makan.
Kata tukang pandu bot nun di hadapan tu laut Andaman. Dan nun sayup belah kiri tu boleh nampak pulau Thailand. Masa ni perahu berhenti di depan papan tanda KILIM Geoforest Park. Kiranya landmark Kilim Geoforest park ni menghadap Laut Andaman dan negara Thailand.
Ada beberapa minit kat sini. Lepas tu terus balik.
Lalu Jetty tempat permulaan tapi terus ke depan.
Tu nampak tu jetty Gua Kelawar
Akhirnya balik semula ke Jetty.
Kat luar nampak pula pakcik penjual aiskrim. Sedap je dah lah cuaca panas. Mula-mula masa aku nak belanja geng semua katanya airkrim dah habis.... Masing-masing kata alaaa.... sekali tak lama kemudian pakcik ni panggil semula bila kitaorang dah jalan jauh. Rupanya bukan aiskrim dah habis dia terlupa bawa pencedok aiskrim tu. Rugilah pakcik time panas-panas ni tak jual. Aiskrim buatan sendiri emm sedap 1 bekas RM2.
Sempat lagi tu kerumun ramai-ramai... seronok pulak. heeheheNampak sungguh mengiurkan kan. Panas-panas layan aiskrim fuh walah beb.
Melayan aiskrim fuh nyaman bah.
Rasa macam nak panjat je pokok ni tapi si Lia awal lagi dah sound ..kak jangan nak lobih lobih yo... hehehehe posing balik pokok.
Sementara menunggu Zan sampai... lepak dulu kat gazebo. Lepas ni makan tengahari dan balik bilik, mandi lepas tu petang sambung jenjalan lagi.
KALAU RAJIN KE LAUT BANYAK REZEKI YG BOLEH DIPEROLEHI DI SINI...TENGOK HELANG YG BNYK BERTERBANGAN PUN DAH TAU...CANTIK SUNGGUH LANGKAWI...
ReplyDeleteIkan fresh dari ladang kak.... langkawi memang indah.
Deletebestnya..dapat tengok ikan pari secara live..mesti cantik kan..
ReplyDeletedapat makan aiskrim dlm cuaca panas mmg nikmat..