Hari ke 2 pi shopping
Assalamualaikum,
Pagi ini bangun awal nak tenguk matahari terbit dan menikmati keindahan pantai Chenang. Sebelum ni beriya bagai nak mandi laut tapi bila dah sampai huh kelaut semuanya. Malas nak basahkan baju. Padahal tempat memang sesuai tu mandi laut.
Jom-jom tenguk laut.
Pantai chenang yang beralun pasirnya.
Rupanya sepanjang pantai tu ada pelbagai jenis hotel ditepian pantai.
Ni hotel mana tah ada sedia kan emm apa benda lah ni ya lupa nama. Rupanya yang aku nampak kat tepi pantai Tanjung Rhu rupanya buat tempat tenggek boat ini rupanya. hehehehe ingatkan apa lah pulak bersusun semuanya.
Konon-konon jogging di pagi hari.
Ni gaya jalan santai di pagi hari.
Tanda nama Langkawi permata Kedah.
Jenuh ko nak tatang benda alah nama tu.
Kepulan awan disinari sang suria pagi.
Itu sapa pulak yang dah terbongkang tu aduh *tepuk dahi*
Bercanda di tepian pantai.
Masa kat airport hari tu nampak ada kumpulan Mat Saleh bawa barang macam basikal. Rupanya ada pertandingan Iron Man di Langkawi. Marathon dengan berenang, berlumba lari dan menaiki basikal. Tu nampak bentuk warna merah tu. Rasanya ni port untuk berenang atau naik basikal. Sebab semasa naik Duck Tour ada nampak tempat untuk Iron man juga samada terjun ke laut punya starting emm tak pasti. Mungkin kat Harbour jetty tu terjun kelaut berenang sampai pantai Chenang kut. Lepas tu berlari ke airport pulak. Emm tak pasti dia punya perjalanan macamana Iron Man ni. Tapi mempengaruhi hari akhir kita orang sebab terpaksa sampai awal di airport kerana banyak jalan di tutup menghala ke airport Langkawi.
Pohon Kelapak lemah gemalai je.
Indahnya suasana di pagi hari di pantai chenang.
Pepohonan kelapa melambai-lambai.
Ni lah chalet atas pokok yang dekat dengan bilik hotel kami. Unik kan. Tak pasti lah pulak ada orang ke tidak. bawahnya ada tempat duduk. kat situ lah setiap malam depa minum dan mabuk-mabuk. Botol arak berkotak-kotak habis.
Selepas santai di pantai Chenang ni terus kita orang mandi dan bersiap untuk sarapan pula ya. Kali ini memang best sarapan.
Salam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
Thanks Norain.
Deletesangat landai pantainya..cantikk..bestkan bercanda di tepian pantai melihat sunrise..Subhanallah, cantik awan pagi..
ReplyDeleteOkut hati memangs eronok je lepak pagi-pagi dok kat tepi pantai. Tapi sebab agenda sarapan lebih menarik tu yang tak lama. hehehe
Deletecantiknya view kat sana, seronok jalan2
ReplyDeleteMEmang seronok menikmati keindahan pantai. Thanks singgah
Deletebest nyer kat notie... len kali ajak la saya sekali.... *sambil tutup muka dgn kedua tapak tangan...malu le kekononnya*
ReplyDeletehehehe malu konon... Tak tahu pun berminat nak ikut. hah lain kali akak bagitau UB gang ya.
Delete