Tuesday, February 23, 2016

Geng UB pi Langkawi - day 3- Layan Sunset di Pekan Kuah


Assalamualaikum,  
Wah cerita pi langkawi tak habis-habis lagi. Jom sambung lagi tinggal lagi 1 hari je di langkawi. 

Selesai sudah sessi menjamu selera di tanjung Rhu, sebelum balik besoknya,  kita orang pun pi Dataran Lang, nak ambil gambar matahari tenggelam katanya. Orang ramai... mengerumuni Lang yang tak terbang-terbang.




                                                               Air nampak surut rasanya.




Bila dah nampak cahaya kemerahan apa lagi laju lah kita orang ke Dataran Lang. Takut nanti matahari dah tengelam sebelum sempat posing.

Ni lah model terhangat Lang Besor. Mengepak je pandai tapi tak terbang-terbang juga. hehehe

                                             Cahaya matahari sedikit demi sedikit menyembunyikan cahayanya.

Ada pula seorang India tolong ambilkan gambar. Kita orang lepak sambil menikmati keindahan alam sekeliling. Daripada terang sehingga dah malap. hehehehe

                        Aku sebenornya teringin tu nak panjat palang tu dan posing ala-ala titanic gitu tapi sebab depan tu ramai orang hehehehehe malu lah nak posing gaya terlajak laris je. Dengan terkangkang kaki naik atas palang kat hujung sambil tangan mendepang keduanya. Huh nanti ada juga kena gelakkan orang je. Jadi tak jadi lah nak posing lagu tu. Sedor diri sebenornya ko bukan budak-budak lagi tapi dah remaja purba.

                                  Lawakan adunan cahaya kemerah-merahan sedikit demi sedikit mulai pudar

Cheh konon merenung dan menunggu pahlawan Langkawi datang menyelamatkan aku. Aje... macam-macam je idea berangan aku. 

Tak puas menghayati keindahan alam.

Lampu dataran mula menyinari alam .

Toleh belakang Lang suasana dah gelap tapi toleh depan Lang masih lagi ada cahaya Matahari.


 Muka masing-masing dah beminyak dah. Berjalan dari siang sampai ke malam. Selesai bercanda dengan Burung Lang, singgah kat Mall mane tah sebab tak nampak namanya. Beli ayam goreng korea kata Iejay. Iejay le yang search ada ayam goreng stail korea kat mall tu. Kita orang tunggu kat van, Iejay yang pi beli. jadi malam ni dinner ayam goreng korea katanya.

Tu dia Bilik Hotel kita orang. Sampai kat bilik, letak barang semua dan keluar balik. Pi jenjalan menikmati keindahan jalan Pantai chenang yang sentiasa riuh dan terang-benderang dengan pelancong luar.

                               Sepanjang jalan Pantai chenang memang ramai orang je.

Kedai yang terdapat.

Ada ukiran inai.... syiok pulak tenguk minah saleh ni berinai. Ada yang macam buat lukisan pada kuku.Ralit juga menenguk depa mengukir. Kreatif lah. 

Terdapat juga kedai agent cruise dengan banyaknya. Nak pi mana, cruise serata Langkawi, serata Thailand pun ado. Sediakan duit dan pasport. 

Antara Resort yang gempak pemandangannya. Juga restoren seafood pun ado.

Dah puas jenjalan sepanjang jalan, sampai dah sakit kaki keliling berjalan. Akhirnya balik semula ke hotel. Singgah kat satu kedai tu beli beg. Kedai tu dah nak tutup pun. Dapat juga rembat 2 beg. 1 beg tu aku berkenan sangat tapi dah habis stok. Tak kira nak juga. Walaupun dia letak nun atas para...akhirnya dapat juga. Balik kat hotel tenguk beg dan barang yang melambak nak kemas.... alahaiiiii Malam ni tidur lambat lah. Sebab nak kemas barang. besok pagi dah nak check out pagi-pagi.    

Ni lah chicken ala korea yang dibeli tadi. Iejay le yang tau lokasi kedai yang ada di langkawi ni. Peminat makanan korea yang boleh tahan juga. Yang pelik-pelik pun dia boleh cuba makanan korea ni. Aku pulak ikut tekak juga mana yang boleh makan dan sedap ikut tekak aku. Tapi yang pedas tu sedap. 

Selesai dinner sessi mengemas pula. Letak beg besar baru yang di beli, susun barang yang baru di beli, tapi sebelum tu termenung dulu macamana nak kemas. Masa beli bukan main tak ingat dunia. Tu nasib baik tak beli periuk. Baru borong kain batik dah penuh beg. Belum lagi sumbat coklat. Akhirnya beg kecil aku masukkan baju kotor. Beg baru semuanya barang yang dibeli. Kain, sudu, coklat. Susun sampai penuh. Beli mangkuk tingkat hah tu dah tak muat jadi hand luggage la. Dah siap kemas, ketepikan baju yang nak di pakai esok, baru lah boleh tidur. Terfikir besok macamana lah nak bawa naik ERl nanti. huhuhu padan muka aku. Beg beranak pinak sampai tak cukup tangan. hehehehe   



8 comments:

  1. Replies
    1. Kan... memang indah dok ralit tenguk sampai hilang warna kemerah-merahannya.

      Delete
  2. Bestnye dapat bercuti ke Langkawi....dah lama x pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom pi langkawi. Sekarang lagi best

      Delete
  3. Bestnye dapat bercuti ke Langkawi....dah lama x pi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tunggu pahlawan langkawi sampai sudah tak muncul-muncul

      Delete