Thursday, February 4, 2016

Geng UB pi Langkawi - Day 3 Underwater World

Asalamualaikum,

Ok kita sambung lagi citer pi langkawi. Tinggal sikit lagi dah ni. hehehe


Perut dah kenyang sarapan di Laman padi, tapi sebab nak masuk Underwater world tu dalam pukul 2 jadi pusing-pusing dulu lah. Di Underwater world ni ada peminat JS yang jadi staff didalamnya. Oleh kerana tau kita orang nak datang jadi Azie dah order buku JS dan kirim dengan Wan supaya bawa ke langkawi. Jadi bila dah sampai terus lah call azie. Tiket pun dapatlah harga staff. Oleh kerana dia kata ada pertunjukan dimana dia yang akan perform jadi kita orang amsuk lambat sikit. Selesaikan dulu urusan dengan Allah barulah masuk. Sebelah Underwater world ni  ialah The Zone. Tempat shopping juga. Sempat lah melilau sekejap didalamnya.    


Jom tenguk ikan.

     Maaf lah ya tak tahu apa jenis ikan. Suka ambil gambar sebab tak pernah tenguk. Gaya macam macho je. hehehehe Baju je lawo.

                               Ni sepecies burung kan. Burung undan kut yang tiba-tiba terbang zoom sepit ikan.




                   Yang ni pun cantik macam-macam bentuk dan warna.

Lawo baju kot burung kakak tua ni. 

Sampai je tempat Azie ni rupanya pertunjukan beri makan pada anjing laut. Kelakor anjing laut tu pandai acah-acah lepas tu sekodng nak makan. Dah di ajar kan jadi nampak best je 


Comel je kan anak penguin tu. alo- lo..tomei je


Cantiknya rumpai air tu dengan anak ikan warna merah. Macam ikan pelaga je.

         Erkkk ikan yu aka jaws. Dulu masa tenguk mowie Jaws 1 takut sangat sampaikan balik kampung tenguk kolah rumah mak terbayang ikan jaws padahal bukannya kat laut. hehehehe dek kerana takut.

      Stingray aka ikan pari. Kalau dapat yang kecil ikan tuka fuh di bakor cecah air asam fulamak sodap. hehehehe Yang besor masak asam pedas meletup sedapnya. Masak lomak cili api pun sodap. hahaha

                                    Hish hodohnya ikan ni. Mata mendelik mulut tercopong. Cabuttttt

         Ikan ni comel. Baju jalur hitam dengan warna kuning ni mesti ikan betina ni asyik melawo je. hahahaha

           Hah ni ikan pakai kebaya nyonya warna merah. hehehehe Suka suki hati aku je kan. hehehe
                   
Yeh nemo nemo yang cute. 

Ni lagi ikan melaram baju batik jalur putih. Yang kuning tu pakai uniform warna kuning.

                                    Ni macam obor-obor meliang liuk gedik dia. hehehehe

                  Hah ini ikan danger sebab banyak senjata tapi sebenarnya cantik warna dia.

Lama juga kat dalam Underwater world ni. Ada pulak macam stimulation masa dalam laut. aku tak masuk sebab kena pakai baju plastik. Lagi pun air ni ada gayat sikit jadi mana geng yang nak cuba masuk lah. emm rasanya kena bayar kut tak pasti pulak. Aku, nawwir dan yah terus kan perjalanan sampai di hujung. Keluar je rupanya masih dalam bangunan shopping kompleks The Zon. apa lagi sementara menunggu geng yang lain habis explore underwater world kita orang explore The Zon.  Coklat kat sini macam-macam yang tak jumpa kat HIG dan Rams. Apa lagi tambah lagi koleksi coklat. Iejay sempat lagi tu beli beg tarik. Wan pula terjebak dengan periuk serbaguna untuk buat kuih. Bila dah selesai baru rasa lapar.

Sementara menunggu si Zan sampai, iejay dan lia meninjau tempat makan. Kita orang dah kepanasan nampak gerai cendol tepi jalan terus lah order cendol. Sedap dan nyaman layan cendol sampai lupa nak snap gambar makcik tu.

Iejay cuma dapat beli ini je. Beli 2 dan share makan ramai-ramai. Macam pisang Cheess disalut dengan coklat. Lapor sedap aje melantak. Lepas ni kita orang pergi ke Tanjong Rhu lagi sekali. Kan semalam nak makan Laksa tak dapat sebab si tukang jual cuti. Nawwir dah call adik yang berniaga air tu dan katanya orang yang jual laksa tu ada. So makan petang dengan laksa.

7 comments:

  1. SUBHANALLAH CANTIKNYA KEJADIAN ALLAH HIDUPAN ALAM LAUT PUN AMAT INDAH BERWARNA WARNI...IKAN YU SDP BUAT GULAI TU...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. menarik underwater world..ada penguin lagi..
    pisang bersalut cheese tu...nyum, nyum..sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang bersalut cheese tu memang walah sebab makan berebut-rebut jadi sedap semuanya. hehehe

      Delete
  4. SS pi langkawi beri tabik hormat je... tak masuk pon sini.. nampak best... mcm lebih kurang kat KLCC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat KLCC tu lagi besor dari langkawi dan lagi cantik. Yang kat langkawi ni masuk je sebab dah tak tahu nak pegi mana. Lagi pun ada seseorang yang dikenali kerja kat situ.

      Delete