Assalamualaikum,
Selesai urusan kerja di Hospital Seri Manjung, sebelum balik KL, drebar tanya nak tak beli oleh-oleh kat pangkor. Huh pucuk di cita ulam di ratah memang nakle. Jadi dia pun teruslah zoom pi jalan ke Pangkor. akhirnya tada.... kiranya jalan ni sebelum sampai jeti Lumut dan nampak deretan kedai tepi jalan sebelum sampai di jeti. Tu dia hasil laut Jamilah ko. Padahal Jamilah tu tak pi laut pun. Jom kita tenguk produk apa dia jual.
Hah tu dia sotong kering ya.... sotong yang telah di keringkan dan boleh dimakan ya. hehehe
Nak jimat hah beli lah yang ni 3 pek Rm 10. Aku pun apa lagi huh kaut....
Keropok pun ada juga.
Tapi yang femes katanya ikan bilis mata biru. Mula-mula tu aku ingatkan Ikan bilis mat saleh rupa-rupanya bila di belek matanya memang warna biru lah. Patutle masa kat Langkawi member dok gebang nak beli ikan bilis mata biru. Aku yang tak tahu apa benda lah mata biru ingatkan istilah je rupanya memang mata dia biru cuma tak pasti je ikan bilis tu boleh speeking london ke tak? hahahahaha Kalau boleh speeking london huh memang educated sungguh ko ikan bilis mata biru tu. hahahahaha
Macam-macam jenis ikan bilis pelbagai type pun ado. Mahu tak rambang mata ko.
Hah sekilo RM 68 ko. mahalkan.
Ikan kering pun macam-macam ado.
Sotong kering pelbagai jenis. Ada yang kecik tapi montel, buat sambal pun boleh. Rendam dan buat sambal tumis fuh sodap.
Selain dari produk makanan kering ada juga cenderahati. Aku cuci mata je.
Tapi tak tahan sungguh ni tenguk ikan kering dia yang macam-macam.
Hah ikan kering pari ni di goreng makan dengan ulam. Nasi panas-panas.... wah sodapnya.
Pelbagai sotong dijadikan kudap-kudapan memang menawan hati lah. Mengenangkan nak naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan, jadi ada 3 pek aku pulang balik sebab macam penuh je tangan nak bawa. 6 Paket sotong pelbagai rasa dengan ikan bilis mata biru. hah cukup lah.
Hah yang ni terbeli juga bila ada member beli berapa gram tah harga sepaket RM 18. Katanya kalau di goreng memang rangup ikan bilis tu. Nampak cantik je dan putih almaklumle ikan bilis Mat saleh le katakan sebab mata biru. hehehehe
Akhirnya masing-masing penuh tangan. Selesai je membeli apa lagi penuh bonet kereta. Kalau lah drebar lalu highway MRR2 mahu aku borong banyak lagi.Sebab boleh minta tolong hantar ke rumah. Tapi sebab lalu Highway Gutrie nak elakkkan dari kena jem, huh terpaksalah beli sikit je. Sebab aku kena naik ERL dari Putrajaya untuk balik ke Ampang. Apa pun puas hati lah singgah ke Kedai Hasil Laut Jamilah ni.
Sumber laut yg dikeringkan banyak dijual di sini boleh pilih apa mahu...dulu2 harganya murah jer la ni dh mahal..
ReplyDeleteDulu lain sekarang lain kak. Dulu nilai duit kita kecik dapat barang banyak sekarang nilai duit besar tapi barang dapat seciput.
DeleteMurah tu... 3 peket 10 henget... Nakkkkkkkkkkkkkkkk!!!
ReplyDeleteJom jom pi jenjalan ke pangkor pulak. Mesti dapat lagi banyakkkkk produk hasil laut.
DeleteIkan duyung ada? keh keh keh...
DeleteIkan duyung?... Ikan jaket le.... hensem lagi
Deletetgk gmbar je dah ngences ni ... bilis juga di hati ...
ReplyDeletehahahaha bilis dia best lah. Bila di goreng rangup makan begitu saja. Dah tahu keistimewaannya ni lain kali boleh beli lagi.
Delete