Assalamualaikum,
Bulan Januari yang lalu kena pi bertugas luar kawasan. Kali ini kat Hospital Seri Manjung lah pulak. Jadinya selepas seronok cuti Thaipusam petang Isnin tu dah zoom pi Seri Manjung. Kali ini kita orang pergi bertiga dan 2 hari bermastautin kat Seri Manjung. Lalu jalan menghala ke Pulau Pangkor walaupun sunyi tapi kenderaan tidak putus-putus. Dari putrajaya naik kenderaan jabatan dari pukul 6 dan sampai di Hotel Ritz Garden, pukul 10 malam. Inilah kali pertama aku sampai Seri manjung. Best juga bandar tersebut. Tenang je suasana.
Lobby hotel.. almaklumlah nak sambut tahun baru china deko semuanya merah mak ngah ko...
Hotel Ritz Garden ni dari luar nampak kecil. Sekali bila naik lif tingkat 2 selepas melalui dewan makan, ada pintu masuk ke hotel ....sekali wahhh..... rupanya besor ko sebab banyak bilik .
Hah panjang tu bilik hotel. Entah ada berapa banyak tah bilik.
Tada.... ni lah bilik kami share berdua
Deko yang simple macam bilik hotel yang lain
Bilik air yang kemas. Best kan kalau dapat bilik air macam kat hotel hehehe berangan jo.
Yang best sebab dapat berus gigi sorang 1. Pek berus gigi dengan ubat, sikat 1 dah macam style ala-ala hotel di China. Masa kat Guangzhou dulu aku dok kumpul setiap hari set berus gigi dan ubat dia. Member tak nak apalagi aku dok pulun semuanya. Kalau 5 malam dah ada 10 set. hehehehe. Benda tu aku guna kalau pi jenjalan selit je pek berus gigi dan ubat tu dalam beg. Jadi kalau tak bawa berus gigi dah ada berus gigi pek segera. Jadilah kan.
Tapi yang best ni hah ko ada jajan satu bakul. Ingatkan sekali masuk je dapat sekali besok sebelum pi Hospital bersihkan lah isi dalam bakul tu. Sekali bila balik eh ada lagi. Wah bagi berdua le. Selalunya bila minta tambah dia kenakan bayaran tapi ini tak dia topup setiap hari. Syiokle ada kudap-kudapan.
Dewan makan hotel.
Kita orang sempat hari pertama je sarapan sebab hari kedua terus checkup dan sarapan di hospital. Pihak hospital dah sediakan sarapan dan makan tengahari sekali.
Luas juga kawasannya.
Ada spa juga ye di tingkat 1.
Kaunter pendaftaran.
Wah ada bilik untuk simposium juga.
Dari jauh macam 1 lot je rumah kedai rupanya di belakang besar sebab dia ambil 2 floor keseluruhan bangunan yang dimana dibawahnya ada pasaraya.
Di sebelah merupakan lot kedai dan juga ada pasaraya. Pasaraya apa emmm lupa ingatan lah namanya.
Ini alamat hotel. Sesiapa yang nak pi Seri manjung boleh lah menginap di sini.
Semasa kenderaan hospital mengambil kita orang untuk ke Hospital pada pukul 8.30 pagi tapi suasana bandar begitu nyaman. Hospital Seri Manjung terletak di kawasan perumahan. Tiada bangunan tinggi tetapi boleh tahan juga pesakit yang datang. Tempat parking selalu melimpah ruah dan Jabatan Pesakit Luar memang sentiasa di penuhi pesakit yang datang hendak mendapatkan rawatan.
Kita orang datang untuk semakan data dengan PHIS. 2 hari berbincang dan menyemak, ianya selesai pada tengahari hari ke 2. Fuh lega sebab selesai awal. Ikut jadual sepatutnya sampai pukul 5. Tapi bila habis awal cepatlah boleh balik KL petangnya. Driver pun dah tunggu pukul 2. Best juga dapat datang ke Hospital Seri Manjung. Jadi selesai je pada pukul 2 tu, driver pun bawa kita orang singgah ke Pantai Pulau Pangkor cari oleh-oleh bawa balik KL. Sampai di Putrajaya dalam pukul 6.30 petang.
Rasanya SS pernah stay sini.... Huh! Tak berapa ingat.. Ahakss..
ReplyDeleteWah ye ke? Tahun bila tu?
DeleteMANJUNG NI MMG RAMAI MAKLUM TEMPAT PELANCONGAN DKT PULAU PANGKOR..
ReplyDeleteSis PI tu lah bila tenguk ramai je yang stay kat hotel. Ada juga pegawai TUDM pun ada. Mungkin mudah nak berurusan kat Lumut agaknya.
Deletejarang ada hotel sediakan kudapan . heaven tu sambil layan tv sambil krup krap ...
ReplyDeleteTu le jarang. Kalau ada pun sekali je lepas tu kalau nak lagi kena bayar. Tapi ini tak sekali dah habis ngap besoknya tenguk dia tambah lagi. Wah kalau macam tu nak dok lama lagi rasanya. Nasib baik hanya cuma 2 malam je.
Delete