Wednesday, February 3, 2016

Jualan 100 jam sempena 10 Tahun Jemari Seni


Assalamualaikum,

Emm penat citer pasal langkawi, tak habis lagi kita citer lain lah ya. Baru-baru ni Jemari Seni ada buat jualan sebanyak 40 % bagi semua buku yang lama serta yang baru sempena 10 tahun penubuhan Jemari Seni. Wah dalam diam-diam dah 10 tahun usia JS. Jadi sebagai promosi bermula dari 26hb Januari sehinggalah 30hb Januari yang lalu selama 100 jam jualan bermula. Harga promosi hebat tu, mana nak dapat sampai 40 persen. Jadi sebagai penyokong kuat pergilah terjah pejabat dia di Taman Kajang Impian. Sebenarnya lebih daripada nak jumpa kengkawan je.




Pejabat JS ni ada 2 tingkat. Kat Bawah stor manakala di atas pejabat staf dan juga tempat jualan. So kita naik atas ya. Camni lah pejabat dia. Ringkas je. 

Selain daripada jualan atas nama JS terdapat juga novel atas nama JS Adiwarna yang lebih kepada konsep mendaulatkan bahasa Melayu. Hah nampak tu Dapur Makcik Raja. Antologi cerpen kepadamu Kekasih pun ada.  

Daripada harga RM 70 dah jadi RM 45 tu. Mana nak dapat harga runtuh macam ni. Tapi sebab buku Kak su memang aku dah ada semuanya. Tinggal mood baca je yang menjunam tapi beli tetap beli juga. hehehehe Dah pencinta tegar novel kan nak buat lagu mana. 

Tak seronok ke tenguk novel melambak macam ni. Haiiii kalau ada semua rasanya dok mengulit membaca sampai tak ingat dunia. Ada beberapa penulis yang feveret aku. Tapi ada beberapa penulis baru... emmm kena baca dulu baru boleh suka. Tapi aku rindu penulis lama JS yang sekarang tak tahu lah banyak dah sepi tanpa cerita baru. 

Promosi harga runtuh yang tertarik ko memang debom lah.

Ni novel remaja dan juga kanak-kanak hasil keluaran JS Adiwarna. Ada yang aku dah borong bagi anak buah aku baca. Tapi geramnya tu kadang bila dah kumpul ramai-ramai lebih kepada main game daripada nak baca buku cerita. Hishhhh budak zaman sekarang. Kena pupuk ni minat membaca.

Kak su bersama salah seorang penulis JS. Tak ingat nama dia lah. 

Dalam bilik perbincangan ni lah kita orang lepak bersama salah seorang pembeli JS. 2 Iron Lady  JS dan penulis Rynsa aka anis. Seronok sembang dengan pembeli JS yang namanya Azlina Aziz aka  bukan penyanyi. Dengan anis dan Nawiir, kita orang sembang cerita enovel zaman dolu2 macamana kita orang berjumpa dari alam maya ke pada realiti. Daripada situ lah silaturahim kami berpanjangan.   

Kata Anis dia start bloging tahun 2003, dimana kala itu zaman internet baru ada. Zaman mirc baru je bermula. Zaman chat dalam mirc lah dalam eblog lah. Kiranya pada permulaan tahun 1999, semasa aku baru berhijrah dan menjadi warga kota zaman internet bermula. Terjebak masuk dalam blog anis dan seterusnya berkenalan dengan kak su dalam blog dia Rumah kecil tiang seribu. Masa tu femes dengan blogdrive tapi lepas tu blogdrive macam banyak problem, ada yang bertukar kepada blogspot. Mula bertatih pakai email dengan hotmail lepas tu yahoo lepas tu gmail atau google.  

Dulu ada blog multiply macam blogspot juga. Start dari situ, aku mula belajar berblog tapi entah macamana lupa password, dah tak boleh masuk. Lepas tu tahun bila entah dapat information dari Rin yang multiply telah di tutup. Huh tak sempat nak tarik balik N3 didalam dengan gambar sekali. Frust sangat sebab dalam tu ada aku cerita macamana keadaan semasa sakit sewaktu wabak chingungya tiba di malaysia. Lepas tu ada kenangan semasa pesta buku dan juga trip bersama ulat buku di Brunei. Malahan multiply tu aku berjumpa dengan kawan sekolah yang terputus hubungan entah berpuluh tahun. Memori cerita zaman di asrama membuatkan kawan aku yang terjumpa blog multiply tu menangis bila membaca kenangan kami di asrama dulu. Memori terindah didalam hidup aku.

Start jumpa di blog lepas tu jumpa di pesta buku lepas tu jadi kawan. Selalu kami berjumpa sempena launch novel penulis oleh Kakinovel di Avenue K. Memang nostalgic sungguh masa tu. Dapat jumpa penulis, dapat novel baru, dapat tandatangan penulis, dapat makan dan akhirnya seronok dapat bersembang dengan member yang dah jadi geng. Itu sebab muncul geng Ulat buku dan Geng Kicap yang merupakan peminat membaca buku. 

Malahan hasil dari perjumpaan dan perkenalan tersebut telah menemukan Kak Su dan Pn Mariah yang mempunyai minat yang sama dengan buku. Dan hasilnya lahirlah Jemari Seni Sdn Bhd. dibawah kelolaan 3 wanita hebat di belakangnya. Yang seorang lagi adalah Nawwir yang menjaga segala masalah tentang akaun. Hasilnya JS mengeluarkan anak pertamanya iaitu Percayalah pada tahun 2006 tulisan Ruby Hazri pada bulan 10 kalau tak silap. Lepas tu baru novel Radha tulisan Rynsa di terbitkan. Semasa launch novel tu pakat pakai baju pink ikut tema pink sebab ikut warna novel. Manisnya ukhwah yang terjalin semasa itu.  


Sambil bersembang cerita lama, sambil mulut pun mengunyah. Yah bawa karipap, Anis bawa pisang goreng, nawwir bawa murtabak cream crackers dan aku bawa kek sempena 10 tahun JS. 

Hah kita orang berborak sampai entah berapa jam. Si Azlina bercerita memang best lah. 

Orang semakin ramai yang datang untuk membeli. Kak su dan Yah busy sebab jadi personal shopper bagi yang tidak dapat hadir. Daripada sepatutnya habis pukul 4 diganjak ke pada pukul 6 sebab makin detik akhir makin mendapat sambutan.

Rupanya Ahada dan adiknya pun datang juga. Lagi lah best. Sambil tu kita orang ajak juga sesiapa yang datang beli untuk sama menikmati juadah yang terhidang.

Pilih pilih jangan tak pilih. Harga runtuh tu.

Staff JS begitu tekun menyiapkan order pembeli yang order online.

Tak cukup kat bilik perbincangan hah masuk bilik boss lah pulak. Sambung lagi bersembang. Lagi pun bukan mudah nak berjumpa mereka semua sebab masing-masing sibuk.

Kak su dan nawwir sambil sembang sambil membuat kerja. Gigih mereka semua. 

Pejabat JS tutup sampai pukul 6, tapi order online masih diterima sehingga malam sebelum pukul 12 rasanya. Apa pun tahniah Jemari Seni kerana memartabat kan novel yang baik dan berkualiti. Walaupun ianya tidak mengikut trend novel penerbitan lain tapi ianya masih utuh dengan ciri tersendiri disamping menerbitkan novel yang ada cerita dan pengajaran didalamnya. Semuga JS terus kukuh di persada dunia penerbitan. 

#JemariSeni10tahun   

8 comments:

  1. WAH DH SAMBUT ULANG TAHUN JS KE 10 SEMOGA TERUS MAJU JAYA DLM PENERBITAN BUKU...

    ReplyDelete
  2. Terpandang karipap... Nasib baik SS baru telan 4 bijik karipap.. kalu tak.... mesti SS nanges kat sini... he he he...

    ReplyDelete
  3. Wah sampai 4 keping... mesti sedap tu.

    ReplyDelete
  4. tahniah JS..semoga brtambah maju utk thn2 yg mndatang...

    ReplyDelete
  5. ish3 ....sampai hati x tau nama penulis JS tu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss adakah ini gerangan si penulis tersebut.

      Delete