Assalamualaikum,
Seminggu sebelum kita orang pi JJCM ke Padang Besar naik ETS, si Eila tiba-tiba wasap kata ETS tak boleh lalu. Dia kebetulan balik Ipoh pada hari Jumaat dan pada hari Ahad nak balik KL. Rupanya ada gerabak KTM yang tergelincir di stesyen Batu Gajah. Eila kena naik bas dari Ipoh ke kampar untuk naik ETS lain ke KL.
BATU GAJAH: Sebuah kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bersama 41 gerabak yang dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh untuk mengambil simen tergelincir selepas mengalami kerosakan dan kebakaran kecil pada bahagian enjin di Kampung Bakap berhampiran Stesen KTMB Batu Gajah, di sini awal pagi tadi. Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.43 pagi tadi sebelum dua buah jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dan BBP Simpang Pulai dikerahkan ke lokasi berkenaan. Katanya, seramai kira-kira tiga pegawai kanan dan 18 anggota terbabit dalam operasi pemadaman berkenaan. "Operasi pemadaman tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya kira-kira 10 minit sahaja namun kami perlu menunggu pihak KTMB memotong bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum memulakan operasi pemadaman bagi mengelak kejadian tidak diingini. "Kira-kira 25 daripada 41 gerabak kereta api berkenaan terbakar dan tiada penumpang yang cedera berikutan kereta api berkenaan tidak membawa sebarang muatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sumber dari Berita Harian.
Jadi bila lalu tempat kejadian train slow je. Mula-mula tak perasan tapi dalam hati berdetik juga eh napa pulak Train slow je jalan. Sekali bila lalu nampaklah depa tengah buat jalan landasan. Dan masa tu juga lah nampak gerabak yang tergelincir yang dia orang angkut letak kat tepi. Fuh banyak tu gerabak rosak. Benda tu kan berat. Agaknya kren pengangkat tu main kumpul je kat tepi.
Laluan yang rosak masih lagi dalam pembinaan. Tapi tak boleh tahan mata melihat gerabak yang dah macam tin kosong kemik di kumpul macam di campak-campak je ke tepi landasan. Teruk sungguh tu. KTM Sdn Bhd mengalami kerugian yang teruk sekali sebab ianya merupakan kemalangan yang paling teruk. Nasib baik kontena barang kalau keretapi biasa .....hish di jauhkan lah hendaknya.
Hah tenguk tu.... ni aku cuba zoom lebih dekat.
Hah ni dah makin jauh. Tapi ngeri juga tenguk keadaan keretapi terbalik macam tu. Selalu tenguk dalam surat khabar je ni hah depan mata walaupun ianya telah di angkut ke tepi. Kata pegawai tiket ETS, train memang paling slow lalu kawasan itu disebabkan masih lagi di perbaiki landasan berhampiran. Katanya pemandu terlelap sebab dah malam masa tu dan berkemungkinan di bawa laju. Apalagi bila kontena kosong memang laju le menghentam satu demi satu.
Perjalanan di teruskan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Tot tot tot..... eh mana lah ada asap keretapi keluar.... dah moden beb. hehehehehe terkonang naik keretapi zaman dolu yang keluar asap hitam sebab pakai bahan bakar kayu arang.
MUJUR TRAIN BAWA GERABAK KOSONG SAJA TAPI KEMALANGAN MEROSAKAN TRAIN AMAT MERUGIKAN
ReplyDeleteRosak satu gerabak je dah berapa. Ini sampai 25 gerabak emmm memang kopak le KTM Berhad nak tampung kos kerugian.
DeleteAdeiii.. Sadissss... Teruk jugak tu nak merepair... iskksss....
ReplyDeleteKan...banyak tu
Deleteteruknya sampai bengkok landasan ketapi...human error..
ReplyDeleteTu lah agaknya masa kejadian entah macamana rupanya...terbakar lagi
Delete