Assalamualaikum,
Wah gigih benor mencari mangkuk tingkat sampai pi sempadan siam ko. Hahahaha sebenornya saje nak rasa naik ETS pi padang besar sambil jalan sambil membeli belah sambil JJCM. Apa pun alhamdulillah mangkuk tingkat dapat di perolehi sampai 2. Macam biasa kalau pi padang besar, beg kalau tak beranak pinak tu memang tak sah le.
Kunun-kununnya pergi saje je bukan nak shopping sangat tapi sebenornya memang nak shopping pun. Tu 1 beg, nanti entah berapa beg. Ok jom balai pelepasan menanti sudah...... jom jom pi padang besar.
Perjalanan mengambil masa dalam 6 jam. Naik pukul 9.30 dan sampai dalam pukul 3.30 petang gitu. Akhirnya tada padang besar aku maiiiiii dah. Huh macam le tak pernah sampai padahal dan beberapa kali juga tapi sebab naik ETS emmm ada lain le sikit..... ya dak. hahahaha padahal padang besar pun still pekan koboi dari dulu hingga sekarang.
Letak beg kat hotel, solat lepas tu jom pi arkid...... shopping time..
Beg gambo burung hantu tu hari jumaat sebelum tu ada ternampak orang jual kat cafe, time jualan hari jumaat. Bila tanya harga dalam 25 ke 35rm gitu. Sekali sampai padang besar pi gerai yang kat luar.... tawar-tawar boleh dapat RM 10.... ko ingat akak tak nak beli.... mesti punya lah beli walaupun gambar yang kita nak member dah ambil tapi mesti rembat juga. Ada yang gambar london tapi bila kaknoor tunjuk ada gambar salib terus tolak tepi padahal dah meronta nak beli. Gambar kota Paris tu hanya ada 2 padahal nak beli 5. Beli banyak dapat lah harga murah.
Ni cun tak? Dalam arkib dia jual dalam rm 45 yang kat gerai takde bangunan ni dapat RM 25 ja. Jadilah janji logo paris walhal beli tepi jalan je kak oiiiii. Nak beli ribu riban aiii is tak mampu. Kalau beli murah boleh ulang beli beg baru..... hahahahaha sebab tak tahan lama boleh le melaram dengan beg baru.
Deretan periuk belanga yang buat hati aku wow ...... i like gitu.... hehehehe padahal cuci mata je ye dik non.
Hah nampak tak mangkuk tingkat warna biru tu...... huhuhu sebenornya misi nak cari yang sebelahnya, semasa kaksu tayang mangkuk tingkat dia yang berwarna-warni yang adik dia belikan di Bangkok.... sekali nampak.....wah haruslah aku wajib rembat ya. Tapi masa sampai ni cuci mata dulu kut ada tempat lain yang lagi murah. Tapi ai sudah berkenan nun di belakang tu......oh biru mata hitam ku.
Selepas cuci mata balik hotel makan malam. Wah sedap sekali sebab lepas tu hujan lebat. Perut lapor makan sodap walahweiiiii. Atas tu kerabu soohon. Marbeles sekali.
Tomyam campur ala thai....... sedap sampaikan aku asyik menangis je sebab kesedapan dan kepedasan walaupun di hirup berkali. Walaupun pedas tapi sedap beb..... jempol sekali. Nampak tu ada api dibawahnya.
Tapi pada tekak aku paling aku suka Ikan kensom...... kalau takde selera makan lauk ni dengan nasi lembek....huhuhu memang sedap sebab dia rasa masam-masam pedas gitu. Dalam lauk ni ada juga sayur kangkung dan umbut kelapa...... wah memang terasa-rasa tekak aku ni..... huhuhu memang kena lah dengan citarasa aku..... perut rasa panas je.... selepas makan makanan malam tu. Ada orang pun asyik masuk bilik air je.... tapi alhamdulillah perut aku tak meragam dapat makan masakan siam. Enak..... jempol satu.
Lauk yang sama..... macam masak asam rebus je gayanya. Yang atas tu aku nak tunjuk dibawah mangkuk tu ada api ko.....bior lauknya panas-panas atas meja. Di luar hujan makan panas-panas emmmm memang walah ler...
Pagi mencari sarapan pagi. Nasi kerabu dengan nasi kunyit. emmm memang sedap sekali.
Karipap dan kuih 3keping Rm 1. Karipap dia sedap sekali. Pulut lepat tu tak rasa pula.
Pihak hotel tak sediakan makanan, jadi kita orang kena cari makan kat luar cuma kalau waktu malam ada tempat makan disebelahnya. Rasanya wow memang sedap. Jadi pagi tu berjalan sikit cari gerai makanan. Kawasan kampung kan jadi rasanya memang sedap dan murah.
Begitu mengiurkan. Saje tayang gambar padahal tak beli pun sebab dah nak waktu makan tengahari.
Tenguk tu buah durian..... Ya Allah tak pernah tenguk buah durian sebesar itu. Apa rasa emmm pandang saje ya.
Member dah penuh tangan tu, ayuh kita ke gerai no 9 makan time. Dah tengahari kan haruslah isi perut.
Oleh kerana orang ramai dan tempat belum ada kosong.... order dulu. Sementara menunggu depa selesai makan. Jangan lupa ya jika singgah di Padang Besar singgahlah gerai no 9 ya. Memang sedap. Jempol 1.
Tenguk menu yang bergantungan tu hah pilih saja nak apa. Itu kalau dah tak tahu nak pilih apa nak makan.
Tenguk gambar je terus kecur aku.... huish. Lapor lah pulak. adeh
Kaknoor order laksa Siam. Siap ada ulaman. Tu atas tu Pulut ayam. Laksa siam ni ada rasa-rasa macam laksa johor cuma dia tak pakai spageti. Dan ada ulam gajus ke tengek burung emm tak pasti. Tapi nampak macam pusuk gajus.
Laici kang dengan ABC..... sodap
Ternampak lah pulak botol air ni..... comel je dan cute.
Ikan 5 rasa.... emmm camno tu. Selalu 3 rasa.
Tom yam kelapa memang sedap. Siap bagi tambahan kuah lagi.
Tapi kerabu kaki ni emmm memang sedap lah.... kaki ayamnya putih gebu dan lembut. Aku dan Kaknoor bergasak habiskan sebab kita orang suka.
Penuh hidangan dan semuanya menunduk makan. emm memang sedap sekali. Licin ko walaupun banyak kami order. hehehehe Orang kat KL sampai meroyan tenguk kita orang makan dan update dalam facebook.
Selesai makan ronda lagi. Sedap je tenguk buah-buahan ni semua. Letak asam boiiiiii fuh kecur aku hahahahaha
Ni buah-buah juga di potong campur dengan cili. Entah apa namanya.
Akhirnya tada..... si bunga merah berkain biru dengan baju 5 kaler aku rembat. Keduanya dalam Rm 110 sebab yang baju 5 kaler tu aluminium. Si baju biru tu plastik.
Nampak si gendut 4 tingkat tu. Pun menawan hati. Tu misi lain kali lah. Akhirnya berjaya misi menawan mangkuk tingkat berjaya.
Assalamualaikum Kak notie,
ReplyDeleteSaya baca post akak pun terasa meroyan terus teringin pi Padang Besar.. Berpinau biji mata tgk mcm2 ada especially makanan Thai..
Kak, kalau kita pi sana kena ambil transport lain kaa utk ronda shopping? Hotel dan tempat tumpuan pelancong dekat tak?
Waalaikumusalam LZ.
DeleteLZ ada penginapan Teratai Putih resort dan restoran. Tak jauh dari stesyen train ETS. Beberapa minit ja. Nak pergi ke Duty free dan Arkid membeli belah boleh guna dirver Resort tu. Dekat je.
Hadoiii jelesss tawww! Byk kali plan pi padang besaq... x pernah menjadi! Iskksss
ReplyDeletewah tu kena buat agenda nak dara bertiga pi padang besar tu. Letak kereta kat rumah JM di Putrajaya. Naik erl dari Putrajaya ke KL central. Naik ets kat situ dan zoom ke padang besar. Pi sabtu pagi sampai petang terus ke tempat shopping. Pagi Ahad sebelum balik ambil train petang sempatlah shopping sebelum balik. Dok teratai putih tu boleh guna driver dia.
DeleteBertuah kawww mangkok tengkek naik ets! Ha ha ha
ReplyDeleteMemang bertuah si bunga merah berbaju biru.... hehehehe
DeleteArkid ke arkib? Ha ha ha
ReplyDeleteAmboiiii pengarah Dewan Bahasa dah mencemar duli
DeleteTom yam siap api di bawahnya... ha ha ha
ReplyDeleteNasib api tak meraung keluar.....menyala sekejap lepas tu mati ada nanti keluar resepi tom yam api meraung hahahahaha
DeleteNasi kunyit tu rasa kunyit atau kaler je kunyit... ehhh rasa nak kenyit mata lak... ha ha ha
ReplyDeleteAittt kunyit ada kaler merah ke? Aitttt sampai terkenyit-kenyit..... eh belalang kunyit pun sodap.... tau
DeleteTom yam kelapa x pernah rasa lagi... boleh try next time
ReplyDeleteSedap tomyam tu bercampur juga dengan isi kelapa muda. Mungkin air kelapa dia dah ambil buat jus tinggal isi kelapa je sebelum di korek dan di campur dengan tomyam yang di masukkan semula ke dalam buah kelapa.
DeleteHuh! Baju biru... mangkok tingkat biru... jempol satu kali kasi up! Ha ha ha...
ReplyDeleteAiii takan le tak tau ai is fanatik warna biru ya. Kalau lah periuk belanga tu semua warna biru huh memang akak borong je. adehhhh penuh le ETS dengan periuk warna biru sampai depan pintu
Deletebestnya JJCM kt Padang Besar...nak naik ETS jg..
ReplyDeleteseronok melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Apa lagi bila lalu sawah padi area Perak... menghijau. Area Kedah baru nak membajak sawah
DeleteNak tanya, area padang besar ada ke Uber? Sbb kalau guna Uber lagi murah kan tambang mcm kalau nak jalan2 kat sana
ReplyDeleteAlahaiiii maaf lah dik non. Akak tak pasti lah kalau Uber tu beroperasi satu malaysia. Kita orang guna transport teratai putih resort je untuk jalan ke sana sini.
Deletehi sis.. mana sis beli mangkuk tingkat tu ya??
ReplyDeleteBanyak je kedai kat area Arkid padang besar tu. Sediakan duit dan pilih - pilih mana yang berkenan. Rambang mata akak cakap ye. hehehehe
Delete