Wednesday, November 2, 2016

Kenduri Jemari Seni menyambut 10 tahun penubuhannya


Assalamualaikum,

Diam tak diam dah 10 tahun rupanya Jemari Seni Sdn Bhd ni beroperasi. Dan dari mula ianya bermula sehingga sekarang dah banyak novel dan buku di terbitkan. Malahan dah ada anak syarikat pula iaitu Jemari Seni Adiwarna. Tertubuhnya hasil perkenalan dan persahabatan Puan Mariah dan Puan Noor Suraya aka Kak su dengan impian dan minat yang sama, menerbitkan buku yang berilmiah dan memurtabatkan lagi bahasa ibunda bahasa malaysia.


Kita orang geng Ulat buku asal kejadian pun bermula dari blog, jumpa di pesta buku, berkenal-kenalan dan seterusnya menjalinkan silaturahim sehingga sekarang disebabkan minat yang sama iaitu membaca novel walaupun sekarang mood nak baca terutamanya aku le ni.....huhuhu merundum jatuh terjebuk.... awwww sakit bumper aku. hehehehe.

Tapi apa pun memang salute lah dengan Jemari Seni ni terutamanya dengan Kak Su dan Yah serta Puan Bendahari iaitu Nawwir. Semuga ianya terus tersohor di masa akan datang.     

Jadi bersempena 10 tahun JS di ujudkan selama 3 hari JS berkenduri bagaikan majlis perkahwinan telah di adakan. Dari hari Jumaat sehingga hari Ahad. Dengan diskaun hebat serta pelancaran novel terbaru bertajuk 10 serta Antologi cerpen yang memuatkan 40 cerita dan penulis dengan tajuk Hello. Majlis berlangsung daripada 28 sehingga 30hb Oktober hari tu.


Tada...... dapat buku nota kecil serta buku nota warna hitam dalam beg tersorok.... serta beg voven warna pink dengan diskaun berbalui-balui... hehehehe Novel Nyanyian Tanjung Sepi tu tulisan Kak Su di bawah penerbitan Creative Enterprise. Hadiah birthday untuk seseorang. Dah susah nak dapat tu. Creative sekarang dah tak macam dulu padahal dulu, dia lah paling otai dalam penerbitan buku. 

Novel 10 ni merupakan gabungan tulisan penulis JS yang otai-otai,  yang menulis semasa awal penubuhan JS. Yang bagusnya novelnya berkembar. Kalau beli 1 hanya 5 penulis ja yang di baca lagi 5 di buku lagi 1 sebab tu ada warna merah jinggadan warna biru hijau. Ni kalau ada Nazurah Aishah  ataupun Nasz pun best. Itu merupakan penulis JS yang aku suka. Hlovate memang paling femes sebab buku dia paling laris diantara semua penulis. Ulang cetak entah berapa kali. Laris macam  pisang goreng cheese.... hehehehe


         Ni geng Kicap. Selain daripada Geng Ulat Buku yang dah lama tak bercanda bersama terdapat juga geng Kicap. Geng Kicap ni juga penyokong JS dari mula lagi. Sesekali berjumpa memang seronok. Kita orang berkenalan semasa pelancaran novel anjuran Kaki Novel di Avenue K dolu-dolu. Semasa awal penubuhan Kaki Novel tokeh dia Encik Rizal selalu buat launch novel di situ. Kita orang yang dah kenal memang selalu hadir untuk mengimarahkan majlis, dapat jumpa kengkawan dan dapat beli novel serta dapat makan free. Kadang-kadang dapat novel free lagi. Tapi tujuan datang nak berkenalan dengan penulis dan peminatnya ya bukan kerana nak  novel free. Kalau rajin setelah dapat novel free tu boleh lah review cerita dia ya. Rin geng kicap, dulu rajin review novel tapi sejak dapat feedback dari die hard fan penulis yang tidak boleh terima komen teruk pasal penulis dia, terus Rin tak buat lagi dah review novel. Padahal review novel dari pembaca lah yang dapat memberi ilham kepada penulis supaya mereka tidak tulis cerita yang syok sendiri tiada faedah.

Selain daripada novel biasa terdapat juga buku cerita kanak-kanak. Ni impian Kak su nak menulis buku kanak-kanak. 


Penulis Niir dengan Penulis Pingu Toha. Perkenalan di bawah satu penerbitan, telah membawa mereka ke jinjang pelamin. Sweet kan. Ni cahaya mata mereka. Yang tak tahan tu,jambul pohon kelapak rambut anak mereka. Selain daripada pasangan ini terdapat juga sepasang lagi pasangan suami isteri iaitu Kak su dengan penulis Imaen. 

Selalu perjumpaan penulis, saat mata bertentang mata,  hati terus menyimpan rasa.....chewah.... tiba-tiba terima pengumuman orang malaysia seberang ke Singapura membawa harapan nan murni menyunting bunga sekuntum nan menawan di Singapura..... hehehehe dah macam puisi lah pulak. Penulis Nirr merupakan warga Singapura. Selain dari Nirr, penulis  Ika Madera dan Norisah juga dari Singapura. Selain daripada Singapura terdapat juga hasil bagas tangan Orang Brunai tapi buku masakan. Lama dah entah ada lagi ke tidak buku masakan tersebut. Bagas Tangan Bu Apsah kalau tak salah tajuknya.  


                                                        Meja pengapit pun ada.


      Diskaun berbalui-balui. Ada 3 kategori boleh order. Baru keluar dari oven, panas-panas lagi , ada di kedai JS ja belum ada di pasaran. Kalau nak cepat boleh order online.



 Sementara menunggu lauk pengantin sampai, penulis Pingu Toha dan John Norafizan sibuk menyign otograph.

Posing dengan penulis. Anak Pingu tu comel sungguh macam rupa bapanya. 

Meja Pengantin Baru

    Puan Bendahari yang manis menawan. Hari Jumaat kenduri nasi lemak hasil tangan Nawwir. Hari Sabtu nasi Safron hasil tangan Kak Su, manakala hari Ahad nasi dagang hasil tangan Yah. Memang sedap-sedap belaka lauk kenduri. Kalau ikut hati selama 3 hari tu nak datang sebab nak rasa hasil tangan wanita-wanita henat di Jemari Seni. Tapi cuma sempat datang hari Sabtu je.



Akhirnya lauk pengantin pun sampai. Dalca yang meriah bahannya. Semasa cari terung nampak le ada babat didalamnya. Jarang aku jumpa dalca yang campur babat didalamnya. Selalunya babat tu buat sambal goreng..  Memang sedap bertambah-tambah. Sekali kata kaksu daging kerbau. Daging Aqiqah dari adik Kak su, emm sedap tak rasa pun berbeza, ikut tekak aku macam rasa daging lembu. 


        Ni hasil tangan Dapur Makcik Raja, yang ayam masak Tandori tu penulis Imaen yang masak. Memang tip top le. Masak khurma tu daging kambing. Walaupun aku tak minat daging kambing tapi bila dah makan masakan Kak su wah memang mantops le. Sedap tak ada bau kambing pun.

Tak lama kemudian Anis Radha sampai, bawa 2 kek birthday. Ada tart telur lagi. Alhamdulillah rezeki murah dapat rasa macam-macam. Ada aiskrim malaysia perasa asam kecut... sedap walaupun masa ni dah mula hujan renyai-renyai. Karipap dan samosa pun ada. 

                                                          Para hadirin menjamu selera.

Deretan novel yang ada. Diskaun ya


                                              Kek Birthday dan Kek Pengantin.

      Selesai menjamu selera, sambil menunggu Kak Su dan Imaen sampai, hujan turun dengan lebatnya. Dengan angin lagi. Nasib tak terbang canopinya.


       Tak lama Mak pengantin aka Mak cik Raja aka chef hari tu datang dengan di sirami hujan lebat.



                        2 wanita hebat di belakang Tunjang penerbitan Jemari Seni merangkap best friend forever.


                                                     Jom potong kek



Bersama penulis Khairyn yang dah lama tak keluar novel baru. 


Penulis JS yang melakarkan cerita didalam 10. Oh masa ni Pingu Toha dah balik sebab anak dah meragam.

Semuga Jemari Seni terus berkembang maju di samping mempelbagaikan produk buku sambil memperjuangkan bahasa Malaysia dan cerita yang menambahkan ilmu semasa membaca. Chaiyok chaiyok.  

10 comments:

  1. Replies
    1. Makan cap pangkah memang le sedap seantero dunia

      Delete
  2. Replies
    1. huh dalam mimpi je.... kalau menulis merapu hah tu pandai hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kan... Jodoh pertemuan di tangan Allah. tu yang terkejut bila kak su kata ada penulis dia nak bertunang rupanya depa berdua. Agaknya semasa perjumpaan penulis di Pingu tu main kenyit mata dengan Nirr.... hehehe dah jodoh

      Delete
    2. kenyit mata tak pe... Jangan kunyit masuk mata... ha ha ha

      Delete
  4. tahniah..10 years lama tu..semoga sukses selalu..support kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sekejap sungguh masa berlalu. Kenal depa semua sebelum JS di wujudkan tu yang bila member buka penerbitan sendiri sambil menyokong sambil berukhwah.

      Delete
  5. TAHNIAH JS MOGA TERUS SUKSES DLM BISNIS PERBUKUAN DGN NIAT MULIA DEMI MENDAULATKAN BAHASA TERCINTA..NOTIE PUN TULISLH SAMA

    ReplyDelete