Sunday, November 13, 2016

Pasar Sabtu di Pekan Parit Sulong



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akak yang Sulong yang menunaikan Fardu Haji ke Mekah  2 bulan yang lalu sudah selamat sampai di tanah air. Flight dia orang sampai pada 22hb September 2016. Aku ada jemput kat KLIA dan hujung minggu tu balik ke rumah akak kat Parit Sulong Batu Pahat. Masa kat KLIA tu jumpa sekejap je jadi hari Jumaatnya selepas balik kerja terus pergi ke Parit Sulong. Nak dengar cerita akak masa kat sana sambil tu boleh cilok jap ke PekanParit Sulong sebab dah lama tak jenguk Pasar pagi dia. Suka pergi Pasar pagi Parit Sulong tu sebab macam-macam produk kampung ada. Sayur-sayuran murah, makanan murah malahan akak aku cukup suka beli bunga orkid potong yang katanya murah. Hah macam kat atas tu... cantik tak? Huh mahu rambang mata tenguk.




Ada macam-macam jualan orkid yang geram je tenguk sebab bunganya semuanya gemuk-gemuk. 


Hah ni yang akak aku suka. Orkid potong. Cantik-cantik bunga-bunganya. Macamanalah dia orang tanam ni asyik berbunga lebat je. 


Aku pulak melilau mencari Nasi Ambeng dengan pecal tapi tak jumpa gerainya. Yang ni aku nampak tapai ubi dengan mee siput yang dah di goreng dengan sambal. Macam best je kan.

Pasar pagi ni kena datang awal sebab lepas tengahari dah nak tutup dah. Jualan macam-macam ada. Tapi aku seronok mencari makanan yang sedap dan jarang-jarang jumpa.

Tapi air ni memang sungguh mengoda perasaan sungguh lah. Air lemon soda dengan Epal hijau fuh kecur

Hah tenguk ni dah tinggal sedikit je mee goreng dan mihon goreng. Tu pecal tu sungguh menawan kalbu. Kalau pergi pasar pagi ni emmm tangan memang tak cukup sebab semua rasa nak beli. Sedap dan murah.  

Ada gerai jual jagung tak siap lagi. Tengah mengopek jagung untuk di rebus. 

Hasil tani yang kadang susah nak dapat kat KL. Paku pakis, taugeh kecambah hah apa lagi. Taugeh kecambah tu kalau aruah mak ada memang beli lepas tu balik buat sambal goreng. emmm sedap.

       Buah-buahan pun macam-macam ada. Belimbing besi, jambu air merah ni sedap kalau di potong cecah dengan rojak Mak Bee. Fuh walah. Kecur aku.

Buah Pulasan. Masa ni masih musim buah lagi jadi banyaklah jualan buah rambutan dan pulasan. Dolu2 susah nak jumpa tau buah pulasan ni. Sekarang dah banyak anak pokok pulasan dan cepat berbuah. Boleh lah beli dan tanam sendiri ya siapa yang ada tanah tu. Bagus berbudi dengan tanah ni. Dapat hasil. 

 
      Buah dokong masih lagu berbuah masa ni Ada banyak jenis.


Keladi kemili. Masa ni aku nampak keladi ni wah sedapnya kalau dapat rebus yang kecil-kecil tu. Sekali aku lupa nak beli. Bila tenguk gambar laaaaa apasal le tak beli. Rebus. Suka makan yang hujung-hujung tu lembut. 

Ini yang menjadi kesukaan aku. Cari pokok buah. Tenguk punya tenguk aku sudah sangkut beli anak pokok dokong 2 pokok. Akhirnya aku letak kat rumah akak ja. Nanti bulan 12 bila aktiviti gotong royong rumah mak kat kampung boleh lah tanam. Dah semak samun agaknya kat kebun belakang tu. 


Aku kan suka berangan jadi bila nampak buah berangan ni memang tak sah kalau tak beli. Beli lah dalam 100gm. Ni juga merupakan kesukaan aruah mak aku. Bila tenguk ini teringat kat aruah mak. Al fatihah. 

Ada juga produk jualan tepi jalan. Macam ubat-ubatan. Aku terjumpa orang cina jual ubat cicak. Beli sebotol. Nak cuba sembur kat rumah mak tu banyak sangat taik cicak tapi cicaknya tak nampak bayang. Geram je bila balik sesekali taik dia merata tingkap. 

Hah nampak kuih pepudak tak? Masa tanya si penjual tu apa kuih ni. Katanya makanan orang bugis. Belilah rm 2 sepaket tu. Ada dalam 5 keping rasanya. Emm sedap juga lah. Tak pernah makan jadi cubalah. Ok juga tu macam lepat tapi manis. 

Tenguk pisang nipah banyak-banyak ni selalu buat aku suka sebab kalau dah masak boleh buat goreng pisang. Tak pun buat pengat pisang. emmmm sedap. Kalau kat Kl ni mahal tau. Aku ada beli sesikat pisang Nipah yang dah masak sekali katanya Rm8. Hah .... belilah sebab dah teringin nak buat goreng pisang.

Ok itu je lah cerita ceriti aku pergi ke Pasar Pagi di Parit Sulong. Siapa orang area Air Hitam Muar mesti ramai yang pergi ke sini. Apa pun sesekali pergi ke pasar pagi di kampung-kampung memang seronok.

10 comments:

  1. SERONOKNYA SHOPPING DI PEKAN SARI TU MCM2 YG BOLEH DIBELI TERUTAMA ORKID2 CANTIK MINAT SUNGGUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis saya memang suka kalau dapat pergi pasar macam tu. Seronok sekali

      Delete
  2. first time dgr kuih pepudak...biskut budak pernah jumpa, org Kedah yg buat, sejenis kuih raya..

    nanti boleh le makan buah dokong tanam sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah masa tenguk sekali eh kuih apa tu. Bila pusing kali ke dua terus tanya orang yang jual tu. Oleh kerana nak rasa beli lah. Ok juga rasanya.

      Hahahaha pokoknya belum di tanam asyik kena jirus je. Hidup pun entah berapa tahun baru dapat rasa. Kalau dapat yang jenis tut yang tanam 2 - 3 tahun dah berbuah best juga

      Delete
    2. bukan biskut budak tapi org kedah sebut bunga pudak...

      Delete
  3. Replies
    1. Memang meriah rambang mata. Kalau perut kosong mesti nanti beli makanan sampai tak cukup tangan.

      Delete
  4. Replies
    1. Dulang tu rumah akak ada lagi. Senang bila ada kenduri

      Delete
  5. Lelaki penjual cream bertindak kurang ajar. Pegang bini orang sesukahati dan scam duit orang. Memang bangsat.

    ReplyDelete