Assalamualaikum,
Cerita pi padang besar
Wah nampaknya dah ada peminat ni nak terjah ke Padang Besar dengan menaiki ETS. Apa pun memang aku alu-alukan. Sebab setelah 2 malam tidur di Resort Teratai putih ni rasa seronok sekali sebab dia terletak di dalam kawasan rumah kampung. Pagi-pagi dengar suara orang azan dari masjid berhampiran yang aku tak nampak lokasinya dimana. Hanya mendengar suara sahaja. Lepas tu suara ayam berkokok wah rasa macam balik kampung je. kokokookkkkk eh aku pulak yang berkokok..... ayam ye bukan aku.
Kita orang ambil cuti pada hari Isnin supaya takdelah rasa tergesa-gesa nak balik petang Ahad setelah sakan bershopping. Balik pada hari isnin dengan train ETS pagi pukul 7.45 pagi. Pada hari Sabtu petang sampai padang besar tu ramai je yang sama train pada hari sabtu yang kami dah dapat berkenalan yang tinggal di Teratai Putih Resort. Ada sekeluarga 2 famili rasanya dengan mak yang berkerusi roda. Ada sekeluarga anak beranak bertiga. Ada adik-adik yang masih belajar lagi satu kumpulan. Tapi kebanyakan mereka balik petang Ahad. Kita orang je yang balik pagi Isnin supaya tak ada lah tergesa-gesa balik petang Ahad.
Kalau sesiapa berminat hah ni ada no Sue... boleh lah talipon nak booking bilik atau nak tanya apa-apa pun boleh saje. Peramah orangnya. Kiranya petugas Teratai Putih memang semuanya peramah-peramah belaka. Dan pemandu pun baik terutamanya Dee.
Inilah Teratai putih Resort. Hanya 2 deret bangunan. Rate dalam RM 50 - RM 95 bergantung kepada keperluan. Bilik yang kita orang booking berharga Rm 85 semalam untuk 3 orang sebilik.
Bilik air yang besar dengan shower air panas pun ada.
Ni biliknya dengan katil double 1 dan single 1. Selesa sekali.
Simple je didalamnya. Tak ada almari baju hanya hanger baju je. Towel disediakan hanya untuk 2 orang. Kalau time ramai orang terpaksalah guna towel sendiri. Kalau orang tak ramai boleh minta towel lagi satu. Air botol mineral pun hanya untuk 2 orang. Padahal katil tu sesuai untuk 3 orang. Lainlah kalau single 2 katil hah memang sesuai lah semuanya di letak 2. Ni dah sah le kita booking untuk 3 orang penghuni maka letakle ikut permintaan. Terpaksalah minta dengan pihak pengurusan. Nasib baik dia orang peramah jadi memang tak segan silu lah minta hanger, minta gelas, minta air panas sebab nak buat air malam-malam untuk kita orang bersembang.
Ada sejadah dan telekung disediakan juga. Tapi tu lah kalau nak air panas kena minta dengan pihak pengurusan. Iron pun hanya ada satu je kalau dah guna kena pulangkan cepat pada pihak pengurusan sebab staff nak guna. Lorrrr macam sengkek sangat resort, sampaikan hanya ada satu sahaja iron untuk digunakan padahal bukannya mahal sangat iron sekarang ni. Kettle pun tak ada. Kalau ada senang tak payah minta termos air panas. Bawa kopi or tea 3 in 1, masak air terus dah boleh buat kopi malam-malam sambil cecah biskut sambil menyembang dan menyusun barang yang dah beli. Biskut tu bawa sendiri lah ya.
Dari sisi sebelah tepi rumah Taukeh.
Dari sudut tepi
Yang ni macam cantik sikit biliknya. Tak pasti pulak rate dia berapa.
Ni si Dee Pemandu Resort semasa check pasport kat kaunter imigresen. Aku kena marah sebab ambil gambar padahal sebenarnya nak ambil gambar Dee. Ampun buk imigeresen ngak sengaja dong. Nasib tak kena tahan. Sebenarnya masa ni kita orang ke tempat kedai Bebas cukai seberang sempadan dan kena melalui pintu imigeresen.
Opss lupa transport dari resort ke Arked RM 20 pergi balik manakala jika ke Free duty tax Rm 30 pergi balik. Dari Train ke resort dan reort ke train pihak resort tolong hantarkan.
Terima kasih kongsi cerita best.
ReplyDeleteTempat pun cantik.
Dari:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Terima kasih singgah rumah.
Delete