Assalamualaikum,
Ni video yang aku ambil dalam hotel time makan. Sebenarnya kalau tenguk pada makanan yang terhidang banyak makanan dia yang sihat-sihat. Salad dan sayuran dia yang pelbagai jenis. Roti pun macam-macam. Tapi kalau tenguk desert dia masyAllah memang mengoda sungguh tapi yang aku dah cuba baklava dia aduhaiiiii manis meleting. Itu je sekali aku rasa. Lepas tu pandang dan lihat je.
Tapi semasa mula-mula sampai hotel di Bolu aku cukup suka makan buah tembikai dan watermelon dia. Ya Allah sedapnya. Watermelon dia kalau kat malaysia susah nak jumpa yang manis tapi kat sana aduhaiiiii sedap ko. Tembikai dia pun manis. Jadi bila dapat buah yang sedap apa lagi kenyang dengan buah tembikai dan watermelon le.
Ada juga yang aku nampak dalam perjalanan, ladang buah watermelon dia tunggu di petik je. Banyak yang dah tua. Mungkin sebab tanah dia yang sesuai itu yang menyebabkan watermelon dia sedap tak boleh lawan kat malaysia. hehehe itu ikut tekak aku le.
Ada juga makanan dia yang aku cuba tapi tak kena dengan selera aku. Just mencuba untuk merasa jangan kata tak cuba ye. Jadi bila kita tak suka kita carilah makanan yang kita boleh makan dan suka.
Akhirnya keluar lah sambal ikan bilis lah, sambal tempoyak le, serunding daging le....itu semua import dari Malaysia sebab dia takde makanan pedas-pedas ye. Banyakkan macam soup banyak tomato. Aku suka juga tomato ni tapi bila dah banyak sangat jadi loya.
Apa pun itu semua ikut tekak masing-masing le. Bila tak ikut selera aku hah aku makan roti , roti dia boleh tahan sedap. Ada macam-macam jenis roti. Itu yang aku makan bila yang lain tidak memenuhi selera aku. Bila tak habis aku tapau dengan tisu sebab dah ambil kan takkan nak buang. Jadi bila lapar hah ngap le roti yang aku tapau dari dapur hotel.
Ini ikut tekak aku lah ye bukan tekak rombongan kami. hehehehe aku tenguk depa semua makan berselera sungguh. Jadi itu yang aku kata ikut tekak aku. hehehehe tekak orang johor kalau takde pedas tak sedap.
Kalau makanan Turkey saya suka sup kacang lentil. Sedap sampai terkenang2 sampai sekarang.
ReplyDeleteoh ada ye. Mungkin saya yang tidak perasan.
Deletexboleh tanding dgn mkanan kat Msia ya notie
ReplyDeletehahaha biasaler sis tekak tu mengada bebenor. Tapi bila takde sambal memang jadi kureng sedap semuanya
Deletebetul, tembikai sedap..very juicy, depa pulak potong tebal2, mmg sedap makan....mostly makanan turki ni tawar2..pekena dgn sambal mmg best..
ReplyDeletekan tapi water melon dia Ya Allah memang manis bersari. Lembut je isinya.
DeleteMakanan Turki memang banyak yang menyihatkan, banyak pilihan juga.
ReplyDeleteDia memang banyak sampai kan tak terterlayan nak rasa mana satu.
DeleteSoup lentil selalunya di hidang tiap makan kak notie. Kalo ada sup lembut yg berwarna agak orange, itulah dia. Apalagi kalo Kaka pergi dengan travel.
ReplyDeleteTelak kita sama, saya bukan tipe yg susah mencoba makanan baru. Apalagi tiap kali traveling ke luar negara, saya suka sangat mencoba aneka makanan khas di sana.
Tapi turkiye culinary sungguh tak cocok dengan selera saya. Dessertnya manis sangat, tak sanggub telan.
Daging2nya kdg strong sangat bau nya, dan hambar mostly.
Jadi selama di sana saya paliiiing suka makan salad dengan olive oil, atau yoghurt dan buah2an. Itu sedap ❤️. Buah mereka memang manis dan segar
Soup lentil tu ada tapi sebab bila dah rasa banyak sangat tomato jadi loya pula tekak. Haah turkish delight dia memang manis manis belaka. Buah-buahan dia memang sedap kan. Masih terasa-rasa lagi tembikai dan water melon dia yang manis bersari airnya.
Delete