Assalamualaikum,
Selalu kalau pi obersea mesti nak cari cenderahati kan buat kawan dan saudara di Malaysia. Mula-mula memang le dia bawa ke tempat yang mahal-mahal walaupun kata Bilal dia akan syorkan mana tempat yang murah untuk cenderahati. Dah hujung-hujung time duit dah ciput ada lagi murah oleh-olehnya.
Tu lah aku memang tak membeli banyak sebab duit dah habis belanja untuk Belon panas hah tu cekali-cekali lah kan. Tapi kena beli juga ni oleh-oleh.
Akhirnya Mr Bilal bawa kami ke Zakir Galery. Masa ni dah balik semula ke Istanbul. Dah nak habis trip jenjalan Turkiye. Kat sini hah macam-macam ado ko. Aduhaiiii rambang mata. Orang lain dok membelek aku masih lagi mencongak apa ni nak beli oleh-oleh buat kengkawan. Akhirnya nampak beg kecil ada tulisan turkiye dan Fridge magnet. Tapi duit Lira dah ciput. Sekali teringat ada baki lagi duit USD setelah habis untuk aktiviti yang aku nak buat mengunakan harga USD. Hah apa lagi le lebur lah semua duit tersebut membeli oleh-oleh buat sedara mara dan kengkawan. Kengkawan je ada 2 tempat baru dan lama hah memang banyak le aku borong.
Kat situ ada ramai staff part time orang Indonesia. Mereka lah yang layan aku apa yang aku nak. Rasanya student yang mencari duit belanjauntuk persekolahan mereka. Tak sempat nak interview sangat sebab nak cepat. Macam anak Nurul Fatihah yang buat part time kerja di tempat Universiti dia. Walaupun kata Nurul suaminya tak bagi tapi Fatihah nak cari poket money gitu.
Sempat berposing sebelum nak keluar.
Bersama adik-adik staff Part Time di Zakir Galery juga Mr Bilal dan kawannya yang tinggi sungguh kalah Mr Bilal. Paras bahu je.
rambang mata..byk betul..
ReplyDeleteIye...tuyang dok fikir apa ye nak beli sebab dah rambang mata tapi duit dah ciput...hehehe
Deleteuish kalau Cuya ni...banyak shopping ni..tk cukup tangan XD
ReplyDeleteKalau banyak duit memang sedap shopping
DeleteRasanya setiap travel tour selaku dibawa kesana yaa 😄👍. Rombongan kami pun ke Zakir. Rame sangaaat, dan karena sesama orang Indonesia, kadang banyak juga dia KSH bonus.
ReplyDeleteTapi kdg sedih liat toko2 sebelahnya tak seramai Zakir 😅. Harap2lah rezeki mereka juga banyak.
Agaknya dah kawtim dengan travel agent tu yang dibawanya kami ke sana. Tapi barang-barang dia memang banyak. Adik-adik dari Indonesia tu pun peramah sangat.
DeleteSelagi tak habis duit rasa nak belanja lagi.
ReplyDeleteTau tak apa....hehehehe kalau seguni duit pun boleh habis semuanya bila bab shopping.
DeleteRambang mata kalau melihat banyak souvenir. Rasa nak beli semua. Biasanya kalau harga mahal, saya beli sikit. Tapi kalau murah beli banyak.
ReplyDeleteKat sini murah tapi duitnya sudah susut. Ada terbeli kat tempat lain yang agak mahal. Tu yang susut lira turkiyenya. huhuhu
Delete