Wednesday, July 31, 2024

Lawatan Kerja Hospital Raja Perempuan Zainab 11

 


Assalamualaikum,

Sepanjang tahun 2024 ni ada je lawatan kerja ke Hospital Putrajaya sejak kami mendapat persijilan Akreditasi MSQH pada awal tahun 2023. Dan banyak je hospital yang sedang menjalani Audit Akreditasi MSQH.  Jadi bagi hospital yang sedang bercadang untuk memohon Akreditasi MSQH jenuh lah membuat lawatan kerja di Hospital yang telah mendapatnya.  Banyak kerja tau untuk menyediakan Jabatan kita untuk Audit tersebut. Ini aku tenguk bila mendengar penerangan Puan Hanum semasa proses penyediaan dan soal jawab semasa Audit di jalankan. Banyak kerja juga perlu dibuat. 

Pada 18hb Julai yang lalu ada lagi hospital datang berkunjung. Kali ini AMRO dan doktor dari hospital di Kelantan. Ketuanya Pn Zaihaswani dari dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11. KIranya lawatan tu 2 dalam 1 sebab mula-mula pergi Hospital Melaka lawatan Hospital negeri dan selepas tu Hospital Putrajaya. Bezanya ialah yang satu masih manual walaupun ada sistem manakala yang lagi 1 memang guna sistem dalam seluruh operasi Hospital.

Waktu ni boss aku Pn Hanum kursus Team Building pulak di FRIM selama 3 hari. Jadi aku dan Pn Mar lah yang menyambut rombongan dalam 18 orang gitu. Ramai beb sebab selain dari Hospital HRPZ 11, Hospital Pasir Mas dan Hospital Sultan Ismail Petra kuala Krai pun ada serta 2 doktor.  

Kami juga menjenput Dr Jamal dari Unit Casemix untuk turut serta. Pn Mar yang bagi penerangan sebab dia jaga statistik dan orang lama di HPJ. Aku pantau dari belakang je. Sediakan minum pagi dan makanan tengahari dengan kerjasama staff yang lain.

Selepas penerangan Pn Mar mereka melawat ruang kerja pejabat kami. 


Pn Eva menjaga Perkeso dan Jemaah Doktor.  


Ni Unit Lapuran Perubatan. Anak buah aku sedang memjawap soalan dari para tetamu.


Mereka juga melihat bagaimana proses LP di buat. 


Macam-macam soalan yang di ajukan.


Sebelum balik pihak Tetamu memberi kami cenderahati


Dan kami juga bagi oleh-oleh sebagai terima kasih kerana datang bertamu ke tempat kami.


Bergambar beramai-ramai sebelum balik di hadapan pejabat Rekod Perubatan.


Yang paling aku gembira dapat jumpa nani junior aku di Hospital Segamat. Jadi lama lah juga kami bersembang sementara para tetamu berbagi-bagi cenderahati. Aku rapat dan mudah bercerita dengan nani masa dia baru bertugas di Hospital Segamat walaupun masa tu aku dah berada di Ibu Pejabat KKM. Lepas tu ada orang tertentu yang aku ajar kalau jumpa buat macam mana. Jadi nani ingat pesan aku bila jumpa orang-orang kat Segamat tu. Ya lah kan, kita bekerja kan nak lama kalau ada yang tidak serasi kita jauhkan lah apa yang dia tidak suka. Ni dia tak suka lagi kita buat emmm memang cari musuh le macam tu. Kalau boleh nak baik dengan semua orang. 

Tak puas bersembang sebab setelah lama tidak berjumpa. Entah berpuluh tahun. Jumpa di mediasosial je kat Facebook. Nani dah bermastautin di Kelantan sebab suami orang Kelantan. 

Apa pun semuga silaturahim kami berpanjangan. Aku ada beberapa kawan sekerja terutamanya adik-adik yang kiranya serasi bila berjumpa dan berkawan selama ini. Persahabatan yang berpanjangan walaupun masing-masing jauh tetap mesra bila berjumpa. Almaklum masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing dan jauh pulak tu. Kalau terjumpa pun kalau ada konvensyen atau bengkel satu Malaysia. Hah masa ni lah peluang berjumpa bercerita walaupun itu pun tak cukup masa nak bercerita. 

Apa pun semuga Nani berjaya dan bahagia bersama keluarga tersayang. Aamiin

4 comments:

  1. Senaaang pastinya bisa bertemu dengan kawan lama setelah sekian lama tak jumpa ya kak 😍👍. Ya laah, tak akan cukup nak cerita panjang lebar, tapi sedikit terobati rindunya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang apa lagi kalau yang baik dengan kita memang tidak cukup masa mahu bercerita. Dapat jumpa sekejap pun sudah hilang rindunya.

      Delete
  2. Semoga silaturrahim berkekaalan selamanya..

    ReplyDelete