Assalamualaikum,
Semalam dalam pukul 9 lebih ada lah sekumpulan pelajar UITM datang berkunjung. Mereka ni semuanya pelajar semester pertama yang mengambil pengkhususan Teknologi Maklumat.
Ada seramai 8 orang. Tenguk gelagat mereka teringat zaman kita muda-muda dulu pi masuk ITM. Dulu UITM tu nama dia Institut Teknologi Mara. Sekarang sudah jadi Universiti. Bangga dengan mereka semua.
Pn Hanum ada meeting secara online jadi aku lah yang terpaksa melayan pertanyaan mereka berkenaan dengan Rekod Perubatan. Tapi yang paling penting Pn Shu lah sebab dia yang menjaga pengurusan Rekod Perubatan. Selain daripada menjadi penjaga Rekod Perubatan Pesakit banyak juga fungsi-fungsi lain.
Tapi daripada soalan mereka lebih kepada keselamatan dalam penjagaan Rekod Perubatan selain daripada hard copy dan juga sistem yang kami gunakan untuk kemasukan data.
Setelah bermacam-macam soalan mereka juga di tunjukkan bagaimana proses penyimpanan dokumen Rekod Perubatan Pesakit. Kelakar je mendengar soalan mereka. Tapi enjoy lah walaupun malu-malu tapi semuanya peramah. Ada yang dari sabah dan juga Serawak.
Sempat lah sediakan air kotak dengan 2 jenis kuih. Oleh kerana last minit maklum nak datang jadi kami tidak menyediakan makanan yang berat. Kesian pula kata Pn Shu mendengarkan keluhan semasa di bilik fail yang mereka lapar. Almaklumlah dari Puncak Alam Shah Alam. Jauh perjalanan dan hanya makanan ringan je yang kami sediakan.
Apa pun semuga berjaya ya anak-anak semua. Semuga menjadi orang berguna di masa hadapan.
Yang hujung kanan tu aku ingat namanya Abigail dan yang bercermin mata tu comel je tukang habiskan popia goreng.
Semoga berjaya anak anak UiTM.. Alhamdulillah yg senior mncurahkan ilmu kepada yg baru.. terbaikkk
ReplyDeleteAamiin. Tetamu datang kenalah sambut. Mencari ilmu walaupun jauh
DeleteBetul tu .. ilmu yg dicurah pasti menjadi pahala berkekalan .. :D
DeleteAamiin
DeleteSeronoknya jadi pelajar, boleh buat lawatan sambil belajar.
ReplyDeleteAlahai... lapar pulak ye. Syukurlah ada juga minuman dan kuih.
Kan ....rasa nak jadi student lagi
DeleteJadi ingat dulu saya pernah menerima student yg datang ke bank tempat saya kerja dan bertanya Macam2. 😅. Seruuu memang menjawab pertanyaan mereka. Walo ada kalanya saat itu saya ingin sangat menyarankan mereka utk tidak kerja di bank, tapi tak mungkin pula menjawab begitu hahahaha.
ReplyDeleteNanti ngak ada orang sih yang mahu kerja bank. hehehehe
Delete