Thursday, July 4, 2024

Menyambut kepulangan Jemaah Haji dari Mekah



Assalamualaikum,


Hari Ahad yang lepas kita orang ramai-ramai menyambut Jemaah haji yang pulang ke malaysia. 14 Mei yang lalu kan kita orang buat  rombongan menghantar bakal haji. Jadi kali ni dah 44 hari kakak yang no 5 berada di Mekah dan nak kembali ke Malaysia. Alhamdulillah lah kata dia semuanya Allah permudahkan dan berjalan lancar. 

Kita orang port kat rumah julie. Jadi Hari Sabtu Jol dan anak-anaknya datang. Kak jal dan Kak Limah julie dah jemput awalnya. Manakala orang melaka pagi Ahad lah baru bertolak ke Airport. Penerbangan sampai dalam pukul 12.40 tengahari tapi kami sampai kat masjid sebelah  Movepick Hotel dulu sebelum pi Airport. Kita piknik dulu makan tengahari. 



           Seronok bila berebut-rebut ambil makanan. Buat portluck macam ni memang best



Masa ni hujan gerimis jadi apa lagi lah perjalanan jauh semuanya pun makan dengan gembiranya. Almaklumlah makan ramai-ramai kan. Memang seronok.


Ada talam durian lagi. Kan sekarang tengah musim durian banyak. Kat melaka dan Tangkak banyak orang jual durian tepi jalan. Malahan masa balik dari Airport ke Putrajaya nampak gerai Durian macam cendawan tumbuh. Siap ada meja dan kerusi lagi.


Hah macam-macam ada. Asam pedas daging dengan air panas serta pinggan dan cawan kak Nong bawa. Adik bawa talam durian. Kak jal masak daging black peper dengan sambal tumis. Jol ada bawa kek yang lembut. Kak Nora bawa tembikai dengan makaroni goreng. Tak banyak dapat lah rasa sorang sikit.  

    Hah macam-macam lagi lah. Tak boleh nak senaraikan semua sebab banyak. hehehehehe

Tengah makan tengahari julie kata kapalterbang dah turun jadi dia dan Kak jal pergilah airport dulu. 
Kita orang ni dah selesai makan siap-siap nak pergi airport lah pulak.


KT 17 dah sampai.


Alhamdulillah syukur Kakak selamat balik ke Malaysia.


Kat airport kita orang kelam kabut sebab nampak banyak orang dah keluar tapi kakak kami tak nampak lagi. Bila julie bagitahu berada dimana semuanya menuju tempat yang julie tunjukkan.





Bersembang dulu sementara Jol dan Ijan serta Adek bawa anak-anak dia raoun Airport. 

Yang kesian tukang tunggu kat kereta. Jaja dan Ajid lah jadi mangsa. Kalau tak tunggu nanti Pak polis akan suruh cepat-cepat jalan. Masalahnya kita orang masih lagi lepak kat airport. hehehehe

Akhirnya semua pun bertolak balik semula kat MAsjid tadi. Masa ni Hafiz dan Meria baru join. Hafiz lambat sebab kerja malam. Bawa ayam ungkep, air sirap bandung dengan air mineral sejuk. Manakala Meria bawa popia pedas.


Makan lagi raoun ke 2. Ada yang pi solat kat masjid ada yang makan kudapan petang pulak. 
Kaka juga keluarkan kurma dan sedikit cenderahati dari Mekah. Yang perempuan dapat sejadah comel dan lelaki dapat kopiah. Barang tak banyak sebab keadaan nak membawanya tidak mengizinkan. Tu pun sempat lah hantar pulang i kotak dari Mekah sebelum wukuf. Barang tu sampai kat rumah bila aku dah balik kampung untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha. Hah kotak tu aku tolong bawa sama. Bagi kat adik beradik dan anak saudara sebelum masing-masing balik ke rumah.

Sebelum balik apa lagi lah mana yang tidak habis tapau bawa balik.  


BIla dah selesai semuanya Posing lah apa lagi.


       Ini sebahagian yang datang untuk menjemput Hajah dari Mekah. Alhamdulillah syukur kami dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Yang sedih sebab kak Ijah lah tidak dapat hadir sama. Itu pun anaknya call juga semasa kami sedang sibuk berkumpul.

Mak haji baru balik Mekah masa ni sedang berehat almaklumlah kepenatan dan batuk lagi. Semuga Allah kurniakan kesihatan buat Hajah Sabariah Abdullah. Aamiin

8 comments:

  1. Alhamdulillah selamat pulang hajah dari Mekah n disambut penuh meriah notie serta saudara2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adik beradik pi buat haji ke umrah memang beramai-ramai kami menghantarnya.

      Delete
  2. Meriah pulak picnic sblm menjemput jemaah haji yg pulang.. alhamdulillah selamat semua nya pulang.. semoga semuanya mndpt haji yg mabrur.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dapat berkumpul beramai-ramai. Alhamdulillah amiin doanya

      Delete
  3. Membacanya saja saya ikut tumpang gembira 🎉😊. Memang meriah kalo ikut menjemput saudara balik haji. Teringat dulu saat saudara saya balik. Syukurlah bisa balik selamat yaa ❤️.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selamat kembali ke tanahair...meriah sambutan, potluck yg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali berkumpul memang seronok ramai-ramai

      Delete