Monday, April 25, 2011

Ani...angkat kain jemuran, hari nak hujan


Lokasi: Jalan Bunga Melati 10, Taman Seraya, Ampang
Tarikh 24hb April 2011 pukul 7 petang.


Saya suka melihat rumah yang berwarna hijau ni sebab ubahsuainya cantik terutama tingkat atas. Semasa berhenti di Lampu isyarat di hadapan jalan besar sempatlah tenguk rumah ni jika kebetulan berhenti di hadapannya. Dahulu memang tak perasan Encik Ning aka Pilibomba ni ada di depan rumah tapi sejak   Encik ondscene lancarkan peraduan Pilibomba tiba-tiba ternampak lah gerangannya di bawah ampaian baju. Dan tiba-tiba saya terus teringat ayat-ayat power dalam cerita Pendekar Bujang Lapok dimana S. Samsudin  semasa dia menjirus bunga dek kerana asyik melihat anak Pak Mustajoo iaitu Rose terus tersiram atas kepala Pak Mustarjoo apa lagi  Pak Mustarjoo ingat hari dah hujan. Pak Mustarjoo pun cakap ' Ani, angkat kain jemuran, hari dah hujan'.  Cerita  Pendekar bujang lapok walaupun selalu di ulang siarannya tetap seronok di tonton.

  Dan akhirnya dapat juga mengambil gambarnya setelah lama dok pandang dan lihat dari kejauhan sambil mencari peluang jika tiada orang memang nak ambil gambarnya. Ini pun jenuh juga menunggu sebab ada jirannya berhampiran dok pandang kenapa saya berhenti di depan rumahnya.



  Ni ambil zoom tapi gambar tidak berapa jelas sebab hari hampir malam. Walau bagaimana pun memang sesuai lah dengan tajuk N3 sebab ianya betul-betul bawah ampaian baju. Kalau waktu siang sudah pasti tak nampak sebab di sembunyikan oleh baju-baju di ampaian.

No comments:

Post a Comment