Monday, April 25, 2011

Encik Ning aka Pilibomba depan CIMB Bank


Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 9C, Taman Putra, Ampang
Tarikh: 21 April 2011 pada pukul 6.30petang



  Seperti biasa kalau Encik Ning aka Pilibomba diletak dihadapan bank, ruangan dihadapannya akan sentiasa dijadikan tempat parking haram samada kereta ataupun motorsikal yang menyelit dihadapannya kerana nak cepat berurusan dengan pihak bank.



  Dan seperti biasa fenomena itu akan berlaku pada setiap manusia yang hanya fikir diri dia sendiri sahaja. Nak cepat, tiada tempat nak parking, hah mana saje yang kosong hentam saje lah ya. Itu bagi manusia yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan undang-undang Encik Ning aka Pilibomba tersebut. Atau memang mereka tidak tahu bahawa sesiapa yang menghadang atau menghalang Encik Ning aka Pilibomba boleh di saman. Entah lah hanya mereka sahaja yang mengetahui.

No comments:

Post a Comment