Lokasi: Jalan Bunga Melati 8, Taman Seraya, Ampang, Selangor
Tarikh: 24 April 2011 pukul 6.30 petang.
Semasa melalui jalan sekolah Menengah Taman Seraya, Ampang ternampak lah Encik Ning aka Pilibomba ni. Semasa mula-mula melaluinya memang tidak perasan kalau ia merupakan tempat penyangkut sampah. Cuma perasan yang pili bomba tersebut lain sikit sebab ianya tinggi daripada Encik Ning aka Pilibomba yang lain.
Dan semasa melaluinya pada hari ahad selepas balik dari pesta buku PWTCc apa lagi lah terus berhenti ambil gambarnya. Sebenarnya melalui jalan tersebut merupakan serampang 2 mata, nak ambil gambar Encik Ning aka Pilibomba yang dah lama saya perhatikan malahan adalah dekat sebulan tapi sebab selalu ja masa tidak kena kerana ianya dihadapan rumah orang jadi semasa lalu jalan ini nampak lah Encik Ning aka Pilibomba yang lain dari yang lain terus ja lah ambil gambarnya. Sekurang-kurangnya terjumpa Encik Ning aka Pilibomba yang lain pula gayanya. Hai sonang sungguh tuan rumah ini ya. Dah ada tempat membuang sampah tetap guna Encik Ning aka Pilibomba buat penyangkut sampah. Agaknya takut anjing menyelongkar sampah tersebut maka di sangkut di tempat yang tinggi sebab kawasan rumah tersebut merupakan kawasan rumah orang cina yang sudah pasti banyak anjing berkeliaran.
No comments:
Post a Comment