Monday, April 11, 2011

My Sawy kene gores....sedihnya

   Sedih sungguh saya melihat garisan melintang di pipi Mysawy yang saya sayang, entah sapalah yang gatal tangan mengoresnya bagaikan mengores hati ku ini. Tuhan bagi tangan untuk buat sesuatu yang berfaedah tapi digunakan untuk yang tidak berfaedah pulaknya. Apa lah dosa saya pada orang tu ya.

  Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 9hb April 2011 baru ni semasa saya singgah di Pasar Malam Taman Melur. Seperti biasa hari Sabtu saya buat Ot sebab kerja masih tak siap dan lengkap lagi. Kebetulan ada beberapa member yang Ot juga jadi adalah geng kat opis. Habis pukul 5 singgah pula di Care4 sebab nak beli barang keperluan untuk gathering Ahadnya dengan geng Ulat Buku. Habis shopping kat Care4 terus balik Ampang. Oleh kerana sampai dalam pukul 6.45petang singgah le ke Pasar Malam Taman Melur seperti minggu-minggu sebelumnya untuk cari makan malam pula. Masa ni parking kereta di seberang jalan yang memang selalunya dijadikan tempat parking kereta bila singgah di Pasar malam. Rasanya masa parking tu takde lah menghalang laluan ke atau yang boleh menimbulkan masalah kepada orang lain. Parking betul-betul kat tepi sebelah kanan jalan tersebut. Jadi pipi Sawy saya belah kiri memang menghadap jalanraya.

  Selesai beli makan malam, sempat lagi cari ubikayu untuk dimasak bagi menu sampingan potluck Gathering UB tu. Dalam hati dah seronok nak bawa menu yang selalu saya bawa dan juga menu baru ubi rebus cecah dengan sambal tumis. Sedap tu berkelah di Tasik Titiwangsa. Selesai semuanya terus je balik dan sampai rumah je dah pukul 7.15petang dan dah nak gelap. Dan semasa memunggah barang-barang shopping yang berbagai tu barulah saya nampak satu goresan panjang di belah kiri pipi Mysawy. Ya allah masa tu apa lagi lah my blood going upstairs u know. Perasaan masa tu tak boleh nak cakap, terus rasa penat sepenatnya. Apa lagi lah mulut terus je menyumpah-yumpah dan membebel marahkan orang yang membuat aniaya kat pipi Mysawy. Rasa nak menangis melihat torehan yang panjang melintang dari depan sampai ke belakang. Dalam juga tu torehannya. Macam menggunakan kunci kereta untuk membuatnya. Dah lah penat buat OT sekali balik tenguk pipi Mysawy kena toreh rasa makin penat lah pulak, penat tenaga dan penat perasaan. huhuhu sedih tau. Orang yang membuat tu tak fikir ke kalau apa yang dia buat tu kena kat diri dia sendiri. Rasanya orang lelaki ni yang marahkan saya tapi apa yang saya telah buat hingga begitu sekali dia mengores Mysawy. Masa tu rasa nak doakan je dia accident lah patah tanggan lah kalau tak pun tangan yang digunakan untuk mengores tu sakit lah dan tak baik selagi tak minta maaf dengan saya. Huh masa tu memang macam-macam saya bebelkan dan marahkan. tengah marah lah katakan.

  Selesai mandi dan solat magrib apa lagi saya terus mengadu dengan NYA, saya pun merembes le meluahkan perasaan yang sedih dengan kejadian yang telah berlaku. Flashback balik semua kejadian  yang berlaku semasa balik dari opis sehingga ke pasar malam, saya perasan semasa di pejabat memang tiada goresan itu sebab lalu dari opis mengadap belah kiri dan memang tiada goresan itu. Dan semasa di care4 pun masih parking di tempat sepatutnya dan di care4 juga ada CCTV. Dan tempat akhir adalah di pasar malam taman melur tu. Tapi parking masih di tepi bukannya di tengah atau pun menghimpit kereta orang lain yang selalunya ramai park disitu. Entah sapa lah tangan gatal macam samseng kampung Dusun je kelakuannya.

 Akhirnya untuk menyedapkan hati yang dah gundah gulana ni saya kata tak palah mungkin orang tu lupa bahawa jika orang tak nampak tapi Tuhan nampak apa jua perbuatan yang dilakukannya. Biarlah Tuhan yang membalasnya andai kata masa ni masa saya dan mungkin nanti masa dia pula sapa tau kan. Setiap perbuatan kita ada balasannya, apa lagi kalau kita menganiayai orang lain. Kalau tak puas hati datang lah jumpa saya andai kata saya melakukan kesalahan bukan berani di belakang sahaja. Memang dayus sungguh perbuatan orang tersebut. Penat je jadi manusia andai kata gitulah perbuatan dia. Memang tak berbalui lah Tuhan jadikan dia khalifah di bumi ini hanya kerana otak letak kat kepala lutut. Ialah kalau dia gunakan otak kat kepala takdenya dia nak gores pipi Mysawy tu.  Ingat murah ke! Penat tau orang cari duit nak belinya bukan murah ribu rupiah , ribu RM tu. Saya sayang Mysawy tu sebab nak beli memang menggunakan keringat titk peluh untuk mendapatkannya, ni senang je orang lain mengoresnya. Saya bukannya orang senang, anak orang kaya yang boleh senang-senang je mendapatkannya. Nak sesuatu kena usaha sendiri. Sebab tu sesuatu yang saya perolehi saya sayang sebab bukan mudah nak mendapatkannya apa lagi kalau harganya mahal. Dah le tu sahabat ke sana sini yang membawa saya pergi kerja, pergi pagi balik petang, kadang sampai ke malam jika balik lambat kerana kerja. Dalam seminggu kadang 7 hari digunakan ke sana sini jadi bila pipi dia di gores angin satu badan ni mengenangkan perbuatan manusia tak bertamadun ni. Hah kau ambik tu ayat bukan main lagi sebab geram sesangat. Masa hari sabtu hari tu memang angin satu badan ,sekarang ni dah ok dah cool je tapi tetap sedih melihat goresan melintang tu. Kena cari duit lah nak makeup pipi Mysawy tu biar nampak cantik. Haiii duit lagi. Sabar je lah kan.    

4 comments:

  1. takziah ye..huhu..saper2 yg ada keter slalunya akan hadapi ujian ceni...nak buek camno. Kekadang bebudak nakal yg tk cukuo ajar lagi tu yg sesaje buat.
    Allah nak uji tu...redho jer lah ye...meh acik hug sikit....hah....dah dah...rasa nya ada cara nak ilangkan calar tu kalu tk dlm torehannya. Cer tanya kenkawan dulu...

    ReplyDelete
  2. Salam acik....hehehe masa kena tu memang hangin 1 badan tapi la ni ok dah benda dah nak kena kan nak buat camno. Sabo je lah. TQ ya. Hug sampai penyet hehehehe

    ReplyDelete
  3. whoa... time to buy a new car!!1 *excuses excuses*tsk tsk..
    Kut org tu pun tak sedar *mode sangka baik* mana tau dia letak dalam poket suar dia, half of the kunci terkeluar, dah tu dia lalu betul2 dekat ur savvy tu dan itulah makanya dia membuat salah tanpa niat. ok tak??

    ReplyDelete
  4. Ryn...hish sayang le baru berapa tahun usia dia takan dah nak tukar.

    *mode sangka baik* idea tercucuk kunci tu takleh pakai sebab bukan kat parking lot sebelah menyebelah. Parking tepi jalan dan tempat gores tu di tengah jalan. Kalau dia parking sebelah pintu tu memang dia parking di tengah jalanraya lagi haru sebab orang terkeluar kunci tu dah menghalang laluan.

    ReplyDelete