Gathering ni merupakan perjumpaan kawan seasrama sewaktu zaman sekolah dahulu. Sebenarnya pada tarikh 10.10 2010 tahun lepas kami dah berjumpa setelah bertahun-tahun habis sekolah dan masing-masing dah berkeluarga rasanya dekat 20 tahun lebeh kut tak jumpa. Fuh lama sungguh tu. Ialah habis sekolah semuanya terbang entah ke mana. Yang pandai zoom pi terobang obersea. Yang kurang pandai zoom masuk Universiti atau maktab. Yang lagi kurang pandai macam saya ni zoom masuk kerja. hehehehe dah tu tak berapa pandai sangat, mohon kerja je terus dapat , jadi bersyukur sahaja lah boleh dapat kerja jika nak di bandingkan dengan kengkawan yang lain yang semua terer-terer tu. Tak palah rezeki masing-masing kan. Ni pun dah kira bersyukur sangat-sangat dengan apa yang tuhan beri. Daripada tak berapa pandai sangat bila naik pangkat kerja di KL merasa lah juga pi zoom keluar negeri hah ko...rezeki saya kan manalah tahu akhirnya walaupun tak dapat masuk universiti merasa juga di hantar oleh kerajaan bekerja sambil belajar di Brisbane 2 minggu, di UK pula pada tahun lepas 2 minggu juga.Alhamdulillah syukur sangat-sangat. N3 pasal gathering pertama tu diadakan di rumah sofi nun di Rawang atas sikit emmm lupa nama tempatnya. Nanti lah insyallah akan di buat cerita tentangnya sebab ianya memori bagi saya bila letak di blog ni supaya lain kali saya boleh baca cerita dongeng yang saya tulis.
Ok berbalik pada gathering rumah jah, hanya tarikh 16 april ja yang sesuai sebab lepas tu hujung bulan 4 jah sekeluarga nak pi Italy ikut suaminya kerja. Fuh sebulan tu beb. Lepas tu saya cuba lah ajak enon tapi enon hanya free hari ahad sebab sabtu suaminya kerja. Manakala nani pulak hari sabtu dan ahad berniaga tapi saya pujuk juga dia supaya hari sabtu jangan berniaga supaya dapat saya heret sama jumpa di rumah Jah. gathering ni lah masa untuk berkumpul semua. Hari lain hanya jumpa sekejap-sekejap. Macam Jah, as dan azah ok lah boleh jumpa selalu sebab rumah mereka semuanya area shah alam dan klang. Manakala saya, nani dan enon di area KL. Tapi nani pun tak boleh join sebab anaknya nak periksa. jadi saya seorang je lah yang ke Klang.
Jah ajak datang time lunch hour jadi sempat lah saya masak ayam percik paginya buat buah tangan. Huh ayam percik lagi , dah itu ja yang kita tau masak jadi bawa itu ja lah. Jadi pukul 11 baru keluar rumah. Kebetulan pagi tu memang hujan je dari pada subuh terus ke tengahari. Dalam ujan renyai redah le ke Klang. Masuk higway federal huh kenderaan banyak juga hujan-hujan ni ingatkan depa semua dok rumah je. hehehe.
Lepas tol sg rasah saya dah standby alamat jah serta info untuk sampai ke rumahnya. Lepas flyover masuk exit ke kiri. Sekali nampak traffic light dan rumah banglow biru saya pun terus tapi apasal tak nampak surau. Bila call Jah rupanya salah jalan. Kena pusing balik kat traffic light tu. lalu je opss terlajak suraunya. Rupanya sikit je daripada traffic light tu dah kena belok kanan masuk jalan yang ada surau. Bila dah masuk tu kiranya dah ok lah. Sampai je rupanya As dah sampai. Azah lambat lagi. Sofi tak dapat datang sebab keretanya rosak manakala elly pula ada kerja. Tinggal tunggu azah dan maziah. sementara menunggu tu bersembang le apa lagi.
Tak lama kemudian Azah pun sampai. Azah sekeluarga sampai je barulah mulakan majlis. As bawa kek. Azah pula bawa puding dan limau yang di petik dari dusun belakang rumahnya. hehehe tapi yg bergasak makan limau tu anak bungsunya. hehehehe.
Tak lama kemudian maziah pun sampai. Wah seronok sungguh. Maziah datang sekeluarga. Saya pernah jumpa maziah masa pesta buku di shah alam tahun lepas. Seronok sungguh gebang cerita kawan-kawan hostel yang lain yang tak dapat jumpa tapi mengikuti juga hal ehwal mereka. Kiranya facebook lah yang dapat mengeratkan lagi malahan dapat berjumpa semula dengan kengkawan semasa di hostel dahulu. Anak azah yang tua senyum je bila bercerita tentang maminya dan kengkawan maminya yang havoc sungguh. betul lah kalau dibanding budak asrama zaman dulu dengan sekarang jauh sungguh beza. Dulu-dulu mana lah ada ibu bapa selalu jenguk malahan time pibg masing-masing mengeluh mak bapa tak datang kecuali lah ada kawan-kawan lain yang rajin mak bapanya jenguk anaknya. Itu pun tak ramai. Kami hidup di asrama pandai-pandai lah nak berdikari bersama kawan yang tinggal selama 5 tahun bersama. Malahan dah kenal luar dalam kawan-kawan kat asrama tu. Ye lah 5 tahun hidup bersama lebeh lama dengan kawan dari adik beradik sendiri yang hanya di jumpa bila sekolah cuti sahaja. Yang lain masa habis dengan kengkawan di hostel je. Sebab tu kami mesra dengan Cikgu Bedah yang dah macam mak kedua bagi budak-budak hostel. Khabar baru ni pula kak Tina yang merupakan Warden asrama baru je meninggal dunia kerana stroke. Kali ni insyallah kena jumpa juga lah dengan cikgu Bedah. Malahan kata Jah yang dah jumpa baru-baru ni Cikgu Bedah masih ingat lagi kami semua walaupun anak didik dia kat asrama tu berpuluh ribu. Agaknya geng kita orang ni semuanya brutal dan ada je kejadian yang membuatkan cikgu Bedah semuanya ingat kami. Alahai cikgu Bedah i miss u. Saya ingat gambar terakhir bergambar dengan cikgu Bedah ialah masa main tiang galah. Bayangkan Cikgu Bedah guru warden main tiang galah bersama anak muridnya yang masa tu nak ambil SPM. Waduh mana ya gambar tu....kena selongkar album lama ni. huhuhuhu mana ye terselit album tu.
Ok kita layan gambar pulak ya.
Halaman depan rumah Jah. Kawasan dia best juga macam suasana kampung walaupun kira dah kawasan bandar. Jiran pun kata Jah baik-baik. Kalau dia berpergian keluar negeri ada ja jiran yang boleh di minta tolong tenguk kan rumah.
Santapan tengahari menunggu untuk di santap
Ketibaan yang mulia Yang berbahgia Profesor Doktor Norazah Abd Rahman. Hujan jadi siap berpayung tu. hehehehe Daulat nanti kalau tak di payungi. hahahaha ampun azah.
Apa saja yang di belek ayam ponggeng masakan saya tu. Napa tak caya saya yang masak. huhuhu
Operasi membuka plastik untuk mula majlis santap. Yezaaaa
Ni lah ayam ponggeng alias ayam percik masakan saya.
Ni ayam berempah kut lupa nak tanya jah masakan apa?
Dalca layan dengan nasi minyak
salad sayur-sayuran
Kek apa tak tahu yang As bawa. licin koooo saya dapat last kopek kalau tak emm tak merasa le kek buatan tangan As.
Anak-anak dara azah yang manis-manis. wah tak lama lagi dapat menantu le azah oiiiii
Ni lasagna yang Jah masak emmm sedap.
Ni puding hasil tangan Azah...anaknya dok mamai lagi maklum le baru bangun tidur dari dalam kereta.
Chewah acara memotong ayam.
Ni anak-anak maziah.
entah apa saja yang di borakkan mereka berdua ni
Maziah dan suami dan anak-anak
Jemput makan.
Nilah geng Hostel SMSAB sayangnya sofi dan elly tak dapat join. Enon dan nani juga. Kalau tak lagi syiok.
Apa pun maziah balik dahulu sebab ada hal dengan anak-anaknya. Kemudian Azah pulak kena pergi PD sebab ke rumah mak mertuanya. Suami As ada juga singgah sekejap makan lepas tu ke tempat lain. Dia datang tukar kereta dengan As. Lepas tu bila tenguk azah balik saya pun ikut berangsur lah balik maklumle dah pukul 5. Jadi As pun sama juga. Apa pun seharian di rumah jah memang seronok maklum le jumpa kengkawan zaman sekolah memang le tak habis bersembang. Insyallah kalau ada rezeki dapatlah kami berkumpul semula beramai-ramai lagi
No comments:
Post a Comment