Tuesday, January 15, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 4 (Lunch)




Assalamualaikum,

Selesai penat berjalan merata kat Seongsan Ilchulbong, jom kita makan. Kali ni kita makan ramen asli dari korea. hehehehe


 Suasana dalam kedai. Kali ni group kita orang sampai dulu. Jadi boleh pilih nak duduk mana.  Tapi kena dalam group lah. Oleh kerana 11 orang jadi 2 group 4 orang makan. Oleh kerana aku nak merasa makan bersila terus aku join group Dr Najihah dan kawan-kawannya. Bersembang lah dengan mereka yang baik dan peramah. Dr Asikin ni comel dan cute. Dengar je dia bersembang dengan gengnya lembut dan sweet je suara. Agaknya bila merawat patient, suaranya buat patient cepat sembuh.


 Sampai je kami dapat tissue basah. Best je dan rasa fresh je lepas guna tissue basah ni.

                  Tu dia setambun ko ramen seafood. Dengan side dish dia yang sedap, semua suka dapat makan kimchi ori dari korea, ikan bilis tu  pun sedap. emmm licin lah. Masa dia bawa ni fuh berasap-asap makanan tu....kita orang tenguk pun wah....yummy.


                     Ada udang, kupang, sotong dan paling best dapat rasa Abalone.

             Ni abalone nya. Pernah tenguk Runningman makan benda alah ni mentah-mentah je.


    Ikut tekak aku oklah rasa kenyal-kenyal gitu. Oleh kerana aku belum pernah makan dan mungkin ianya mahal emmm makan dengan senang hati. hehehehe Jeju kan terkenal dengan makanan laut yang fresh dari laut.


Daripada setambun tadi tinggal ni. Doktor-doktor ni nampak je peminat makanan korea tapi makan ramen pun tak habis. Meja Taj dengan Dr Fauziah suami isteri makan bertiga tapi habis seperiuk. Licin bersih ko. Kita orang je yang mula-mula laju bila dah kenyang terkulat-kulat nak habiskan. Tapi tetap tak habis. Sedap sebenarnya tapi tu lah perut dah mengah kekenyangan.


   Bersama Doktor Yasmin yang manis bergula sebab sweet sangat. Tenguk lah tu macam sedulang ko banyaknya.



  Ni Abalone fresh dalam tangki air depan kedai. Agaknya bila chef dia nak masak, sauk je dalam tangki air ni kut dengan penapis. Lepas tu terus masuk dapur.....hah kena masak ko abalone.

Lepas lunch jom jalan lagi. Perut dah kenyang senang hati semua.

5.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-3-seongsan
4.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-2-woljeoung
3.jeju-2018-hari-ke-2-bhg-1-gimnyeong
2. jeju-2018-hari-pertama
1.yeh-jejak-kaki-di-jeju-akhirnya

6 comments:

  1. W'salam Kak notie,
    Wahhh seronok melawat Jeju. The best part mewah dengan hidangan seafood..
    Nampak sedap ramen seafood sedulang.. Terasa pedas tapi sesuailah dengan cuaca di Korea sejuk.. Sedap makan pedas dan panas.. Keluar peluh.. Have fun sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang enjoy dengan pemandangan cantik dan makanan yang sedap. Makan panas2 walah. Thanks lz

      Delete
  2. ramen seafood..pedas ke idok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas tapi masih tahap rendah kepedasannya. Sedap

      Delete
  3. ini kami tingin sangat nak makan rituuu tapi xde rezeki.
    tak merasa lagi abalone. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali tenguk Dan makan tu yg teruja. Ngap2

      Delete