Thursday, June 13, 2024

Aksi-aksi mencuit hati semasa pertandingan netball HPJ

 


Kelakor je Alia....melambai kat sapa tu

Assalamualaikum,

Bila naik kerja hari Isninnya kita orang tenguk lah gambar yang diambil oleh photographer yang di upah. Macam-macam gaya aksi kita orang tenguk. Hah apa lagi lah masing-masing gelak tenguk gambar yang di up dalam Whatsup group.


Alia (dengan kemam bibir): emm geramnya aku napa ko lari hah....meh sini


Teha: Apa hal WD ni main tepis-tepi orang pulak (sambil terpejam mata)


Aida: Weiiiii aku tampar kang...curi bola aku ya (Gaya nak lesing je)


Pn Hanum: eh eh eh (Gaya Avengers je)


                  Pn Hanum: eh ni bola aku lah dah dalam tangan aku main rampas-rampas pulak


GD: Alahai sampai terkangkang-kangkang aku... nak ambil bola ni


                                  GS: Phewwwww aku terbang ni


Dayah: aku nak pass pada sapa ni....Pn Mar mana ko


Aida: Perghhhh GK dia terbang ko


Aida: eh eh aku main ting ting ke apa ni


WA: gaya tangan aku melentik sungguh dah macam nak berjoget lah pulak 


C : eh napa aku tak nampak ni ( yang ko lelap mata tu apasal)


Pn Mar: aku rasa macam nak terjun tiruk je ni


WD : Hah tangkap ni.... aku nak joget jap


WA : WD ko jangan....ni bola aku 


Alia: alahaiiii apasal le aku macam nak tidur je ni


Aida: hah ni gaya pahlawan Terengganu...belajar dari Mat Dan. Sapa masuk siap ko



Pn Hanim: Ko orang ni kaki bergoyang mana nak dapat bola asyik kena pass kat orang lain je. Hah tangan tu grip kuat sikit asyik terlepas je. GA dan GS kombinasi kena betul nanti team lain rampas bola.  

hahahaha bila tenguk masing-masing punya aksi aduhaiiii gelak le kami ramai-ramai dalam group. Apa pun dalam sakit-sakit semuanya enjoy di pagi ISnin.

Wednesday, June 12, 2024

Kejohanan Bolajaring antara Jabatan Piala Pengarah HPJ 2024



 Assalamualaikum,

Hari minggu yang lepas kita orang berkampung di Sports Arena Uniten di Bangi. Sebab kat situ lah berlangsungnya pertandingan Netball Piala Pengarah HPJ. 

Tuesday, June 11, 2024

Kenali ancaman siber - Apakah itu AI


 Assalamualaikum,

Apakah itu AI.... dulu ingatkan robot yang berkata-kata rupanya banyak benda dia boleh buat tau. Apa lagi sekarang banyak sangat kursus dan cerita mengenai AI. Sampaikan ada ex staff aku bhg IT yang sambung belajar berkenaan AI dan setelah habis belajar merata dia di panggil memberi kefahaman mengenai AI. 

Kita orang pun di wajibkan menjawab kursus dia secara dalam talian dan dapat lah badge AI Aware dan AI Appreciate yang kena kemaskinikan dalam Hrmis masing-masing. Wajib ko.  Tak buat nanti nama naik dalam email. hehehehehe Aku lah tu yang terlambat buat. 

Walaupun cpu aku sekarang ni lambat pickupnya lepas tu Ram pun slow motion tapi kerana keadaan semasa kenalah juga belajar hadapinya dan memahaminya. Apapun teknologi zaman sekarang begitu pantas sampaikan kadang tidak terkejar dibuatnya.  

Masa akan datang entah apa lagi lah yang akan muncul....huhuhuhu

Perhimpunan bulanan HPJ - jadi tuan rumah




Assalamualaikum,

Pada 31hb Mei yang lalu Jabatan aku serta gabungan Unit yang kecil seperti Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi , Unit Fisioterapi  dan Unit Pemulihan Cara Kerja telah menjadi tuan rumah bagi perhimpunan bulanan Hospital Putrajaya.

Monday, June 10, 2024

Jualan Muhibbah Madani di HPJ



Assalamualaikum,

Dah lama tak pergi jualan kat Parcel E sekali member kata kat Lobi HPJ ada jualan. Hah apa lagi selesaikan dulu urusan kerja lepas tu dengan Liza dan Shu naik ke keatas. Kata Shu ada laksa Johor.....hah tu yang aku kejorkan ni. Sekali bila naik atas huhuhu hampa dah habis dah. Dia jual tak banyak. Dah le aku craving laksa Johor yang sedap. Sekali kata habis. Tapi tak pasti lah adakah ianya menepati selera aku yang penting Laksa Johor.

Hah apa lagi sesiapa yang berhampiran dengan Hospital Putrajaya tu atau pun yang datang kat klinik boleh lah beli.  Sampai hari Khamis.