Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, June 28, 2026

Friday, April 10, 2026

Jadi juara kuat komen dalam Blog CCL



 Assalamualaikum,

Macam aku cerita tadi aku dapat sekali 2 hadiah. Lagi satu daripada CCL sebab kuat mengomen kat blog dia. Orang sekarang kata Juara ruang komen bulan mac 2026. Ikutkan aku no 2 tapi sebab fanny orang indonesia dan bermasalah kalau nak hantar hadiah tiber aku dinaikkan takhta kuat mengomen. hehehe Takpe kuat komen sebab dapat hadiah. Tu yang orang suka bom komen kat blog selain daripada dapat berinteraksi dengan tuan rumah sambil tu dapat hadiah. Hah best ke tak best tu kita berblog. 

Orang pun tak perasan camne le boleh naik nama sebab sepanjang Ramadan n3 CCL pasal resepi KA. Seronok pulak membacanya. Tu yang tanpa sedar mengomen setiap n3. Bukan sebab nak hadiah tapi sebab ianya menarik hati untuk mengomen so jadilah orang yang paling kuat komen. Hah amacam nama baru aku bagi. 

Hadiah dah buka cuma belum guna lagi. Nanti bila nak masak boleh lah try test periuk baru ni. 

Apa pun terima kasih banyak-banyak sebanyak bintang di langit ye CCL atas hadiah yang diberikan. 

Hah kawan-kawan yang belum singgah teratak CCL boleh lah ke  Rumah cik cappuccinolatte ye. Macam-macam ada dalam rumah dia tu kalau tak caya pi lah.

Buat Fanny lain kali kalau bercuti ke Malaysia kena buat reunion blog gitu sama kawan-kawan blogger yang  teman tapi mesra ni.   



Monday, September 22, 2025

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 Oktober - Disember 2025

 


Cara Nak Join Segmen Bloglist

  1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
  2. Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
  3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
  4. Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.

Assalamualaikum,

Hah nampak kat Blog SA segmen ni emm apa lagi cuba lah. Lagi pun geng KKM juga tapi hospital je lain. Apa pun kita datang sokong serta menambahkan ukhwah sesama kiter.

Hah apa tunggu lagi marilah jom. Jom jom jom join semua

Thursday, March 4, 2021

Menang Hadiah Utama Kempen Potongan Zakat Bulanan PPZMAIWP

 


MAJLIS PENYERAHAN HADIAH UTAMA KEMPEN POTONGAN ZAKAT BULANAN (PZB)
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Alhamdulillah, sebentar tadi telah berlangsungnya penyerahan hadiah kepada pemenang utama Kempen Potongan Zakat Bulanan (PZB) yang telah dijalankan pada tahun yang lalu. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan di Wisma PPZ.
Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang bertuah. Semoga semua pembayar di PPZ-MAIWP akan terus istiqamah dalam menjalankan ibadah zakat terutamanya melalui saluran potongan zakat bulanan.
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT.
ANDALAH HERO ASNAF.
Bagi urusan pemotongan gaji zakat secara bulanan PPZ-MAIWP, anda boleh klik pautan yang tertera dibawah:

Kredit FB PPZMAIWP


Alhamdulillah rasa macam tak percaya ja bila dapat call menang hadiah utama. Macam mimpi ja. Dan semalam majlis penyampaian hadiahnya. Syukur diatas rezeki yang Allah beri. Mudahan Allah limpahkan lagi rezeki pada tahun 2021 ini. 

Apa pun yahooo dapat laptop baru. 



Semasa majlis mengambil hadiah



Syukur Ya Allah atas limpah Mu. 


Ni yang aku dapat. 


Wednesday, May 14, 2014

GIVEAWAY simple Cik Lily Putih


Assalamualaikum,

Selalu nampak kat blog orang lain Giveaway lah contest lah dan macam-macam. Aku selalu skodeng blog cik lily putih ni sebab dia ni selalu dapat undangan pi makan lah, pi kelas kecantikan lah, pi preview tempat makan baru lah dan macam-macam lagi. Selalunya pasal makanan dan produk kecantikan. Best sangat bila tenguk dia selalu tepek produk kecantikan yang dia hadiri. Ala biasale orang pompuan kan, produk kecantikan tu memang tetap numbor wahid dalam kehidupan. Siapa yang tak nak cantik kan? Tapi apa pun tetap bersyukur dengan wajah kurniaan Allah SWT. Bukan macam setengah-setengah orang nak cantik sangat sampai sanggup mengubah wajah ciptaan Tuhan. Hish hish dosa tau. 

Opss melalut pulak aku. Ok berbalik pada  blog cikliliyputih ni tiba-tiba tertarik pula aku bila dia ada bagi giveaway produk KOSE. Apa lagi cubalah masuk, sekali tiba-tiba dapat email kata aku dapat. Dan akhir nya tada.... dapat sample 2 lotion mask KOSE. Terima kasih cik Lily putih. Lain kali buat lagi ya. Hah lepas ni nak cuba pakai mask tu. Kut tiba-tiba toing-toing  kulit tiba-tiba putih melepak macam model tu ke hah mana tau kan. hahahahaha nampak sangat le berangan lebeh. Apa pun yang sebenarnya bersih di muka juga bersih di hati. Baru terpancar cahaya keimanan. Chewah. Sebenarnya selalu membasahkan muka dengan air sembahyang pun dah terpancar keindahan muka. Itu petua orang dolu-dolu.   

Sunday, April 27, 2014

Alhamdulillah rezeki Tahun 2014




Assalamualaikum,
  Alhamdulillah rezeki Allah beri syukur sangat. Walaupun tak dapat hadiah mingguan at least balik lah modal aku buat perabih duit beli nescafe ni. huhuhu gigih sungguh ek sebab tarikan hadiah mingguan tu yang tak boleh tahan. RM36,000 beb setiap minggu, siapa nak bagi. Boleh aku buat bayar hutang yang tak habis tu dengan pi jenjalan. hahahaha

Ceritanya minggu lepas dapat lah surat berdaftar. Oleh kerana tiada orang di rumah terpaksalah ambil di tempat serahan Surat berdaftar kat ampang nun. Dalam hati tertanya-tanya surat apa le. Jadi balik kerja 4.30 petang tenguk time tutup dia 5.30 huh apa lagi dok merempit le dari Putrajaya. Nasib baik petang tu tak hujan bila sampai area Ampang dah kul 5 petang. Zup zap zup zap lagi 15 minit nak tutup kaunter sampai depan pintu tempat serahan tu. Oleh kerana parking terhad terus je balik le. Sambil berhenti di lampu isyarat tangan dah mengagau sampul surat. Bila koyak je wah dapat check. Siapa bagi ni... Sekali bila belek surat yahoooo yabedabedu... aku ingat tak berjaya. Bayangkan minggu pertama jenuh shopping nescafe 3 in 1 untuk nak dapat pek luarnya. Ada dalam 30 surat kut aku hantar pada minggu pertama sebab target nak banyak dalam minggu tu. Selepas tu minggu kedua aku dah tak larat dah nak cari kat pasaraya harga Nescafe 3 in 1 yang murah. Terus serender dah aku sambil berdoa kalau ada rezeki adalah. Kalau tak emmm bukan rezeki lah tu. Sehinggalah dapat surat. 



Tak puas hati pergilah web site dia tenguk resultnya. Haah nama aku naik. Syukur alhamdulillah. Tak dapat yang seminggu dapat harian pun jadilah. Alhamdulillah semuga ada lagi rezeki dalam peraduan yang lain. Amin amin amin.

Friday, October 5, 2012

Menang Samsung Galaxy Tab 2


Assalamualaikum semua di pagi Jumaat yang penuh mulia dan berkat ni,

  Alhamdulillah syukur diatas rezeki yang aku dapat, mana taknya walaupun target nak pergi Disneyland Hongkong tak dapat tapi dapat Samsung Galaxy Tab 2 je pun dah buat aku tak sabar je nak dapat. Apa pun ni kira rezekilah. Daripada tak dapat, dapat free Samsung Galaxy pun aku dah yahoooo yabedabedu. Nak beli sendiri emmm memang tak adalah. Mahal tu ribu riban reganya.

  Contest ni sebenarnya sebelum puasa hari tu aku join. 2 bulan lebeh lah jangkamasanya. Ops lupa ia adalah contest sempena 50 tahun  Hwa Tai Sdn Bhd di wujudkan. Yang menjadi tarikan aku nak join sebab grand prizenya pi Disneyland Hongkong 4H3M dan duit Rm5000. Aku kan suka jenjalan tempat orang. Hari tu pi Hongkong sehari je jadi bila kata Disneyland memang le teringin sangat nak pergi, apa lagi dapat duit poket money memang syiok habis lah. Jadi aku pun start ler membeli biskut Hwa Tai tu. Jenuh juga lah mengumpul, membeli sampul surat dan stem. Yang kopak tu duit stemnya tapi sebab beli sikit demi sikit takde lah rasa kopak sangat. Macam minggu ni dapat siapkan 10 form lepas tu simpan. Minggu depan beli biskut dan ambil paketnya dapatlah siap 10 form. Nak banyak lagi beli banyak2 kat tesco lepas tu simpan biskut dalam tin. Agak-agak dah penuh bagi kat julie suruh perabihkan, manakala paket kosong nak guna untuk contest. hehehehe begitu bersemangatnya aku nak masuk contest tu dan bersemangatnya aku nak menang 1st prize. Bila dah nak tarikh tutup cepat-cepat hantar semuanya. Lepas tu berdoalah semuga ada rezeki menang yang aku aimed tu. Lepas tu aku pun lupa tentang contest tu. Alahaiii


 Sekali pada 3 minggu lepas ada prempuan cina call. Mula-mula cuak siapa ni nombor tak kenal pun sekali dia bagitau lah yang dia dari Hwa Tai syarikat. Sebelum tu dia minta pengesahan nama dan kad pengenalan bila dah confirm betul baru dia bagitahu aku menang tempat ke 2. Erk menang, betul ke? Lepas tu aku tanya lah aku menang dapat apa? Sekali dia kata dapat Samsung Galaxy Tab. Hah bior betul?  'Ya betul' jawab perempuan tu. Dan dia maklumkan akan hantar surat jemputan untuk ambil hadiah. Lepas je letak phone aku cerita kat member apa yang aku menang. Depa semuanya bersemangat malahan lagi syiok daripada aku. Aku memang dah teringin nak beli Ipad tapi ekonomi masih suam-suam jadi jeling je member yang ada tapi bila aku tenguk balik form Ipad 2 tempat ke 3 maknanya Samsung Galaxy tu lebeh mahal ler dari Ipad. hehehehehe kira berbaloi-baloi lah ya. Bila aku cakap kat Julie pun dia jadi excited. Aku terpaksa lah tanya julie boleh cuti tak supaya dapat temankan aku pergi ambil hadiah. Sekali julie kata ok emm apa lagi on lah.

  Dan semalam pergilah ke tempat yang disebutkan. Sekali aku yang salah print map dan kami tersesat di highway Sg Besi. Nampak je bangunan di Seri Petaling tu berhampiran tepi highway KL-Seremban. Sepatutnya pukul 3 tapi 10 minit lagi baru dapat cari tempatnya. Rupanya ianya sebuah pejabat. Dan masa aku sampai ada lah beberapa orang yang menang. Bila aku bagi surat dan salinan kad pengenalan, Miss Iris tu suruh masuk dalam. Rupanya dalam sebuah bilik ada sessi mengambil gambar. Mula-mula seorang demi seorang ambil gambar lepas tu beramai-ramai. Masa dapat kat tangan kotak Samsung Galaxy tu hish dalam hati seronoknya. Julie lah yang tolong tengukkan macamana benda tu samada berfungsi atau tidak. Aku dok jeling je sebab tak reti lagi nak guna. Selesai upacara bergambar beramai-ramai kita orang pun balik. Hish seronoknya dah dalam pelukan. Tak biasa pakai phone canggih manggih ni rasa pening pulak macamana ler nak guna. hahahahahahahahaha. Julie reti guna sebab talipon dia jenis samsung jadi dah biasa ler jenis tarik2 jari je. Aku ni pesen orang lama talipon selagi boleh dapat call dan buat call huh tak ada maknanya nak tukar2 phone macam orang lain. Ni dapat jenis tarik2 jari pandang seronok tapi bila sendiri nak praktikkan emmm macam susah je. adeh makchik sungguh ketinggalan ERL sungguh. adeh.

Ni lah yang aku dapat emmm rasa seronok tak habis lagi ni. Baru dapat 2nd prize kalau dapat Grand prize huh tak tidur gamaknya. hahahaha punya seronok menang hadiah. Melabur dalam beberapa ratus je dapat nilai ribu riban. Alhamdulillah rezeki beb.

Yang di tengah tu hah dapat Grand prize huh jelesnya aku tak dapat pi Disneyland tapi dapat ni pun dah ado orang yang jeles. hahahahahaha Syukur alhamdulillah janji masuk contest dapat daripada nganga je tak dapat apo-apo. Lepas ni semuga rezeki rimau pula aku dapat. Manalah tahu dapat kereta sebiji ke, pi dapat duit selepuk ke. Huh mesti seronok sungguh kalau ada rezeki macam tu. Apa pun bersyukur sangat dan aku berdoa semuga lepas ni menang hadiah yang lagi besar. Amin.  

Tuesday, December 27, 2011

Menang Contest Pili Bomba anjuran Blog Ondscene




    Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu  keputusan-pemenang-cabaran-foto-pili-bomba di blog encik ondscene akhirnya keputusan telah pun di perolehi. Dalam 14 foto Pili Bomba yang aku hantar alhamdulillah sangkut juga satu pada kategori 2 iaitu yang unik dan pelbagai. Dapat tempat ke 2 tu.  Memang berbalui lah selama ini mengejar Encik Ning aka Encik Pili Bomba ke sana ke sini. Dengan tajuk  bagaikan-dalam-taman memang sesuai lah dengan blog aku yang suka bunga-bungaan ni.

   Sebenarnya bagus juga Cabaran Foto Pili Bomba ni diadakan. Segala kesalahan yang telah di paparkan pihak Bomba boleh mengambil tindakan dengan kadar segera samada memperbaikinya atau di halang kesalahan yang telah di lakukan. Sebab selalunya orang tidak memperdulikan pun keadaan Pili bomba yang terdapat di kawasan perumahan atau di tepi jalan dan sebagainya. Malahan jika berhampiran dengan kawasan perumahan selalunya menjadi mangsa di anak tirikan ke atau lebeh dasyat lagi terus di hilangkan. emmm boleh ke? Tak pun di ghaibkan atau di jahanamkan fungsi kegunaannya. Bila kebakaran berlaku barulah nampak kegunaan dan kebaikannya Pili Bomba tersebut.  Masa tu nak salahkan siapa? Takan lah ahli bomba yang bertungkus-lumus nak memadamkan kebakaran tapi dek kerana Pili Bomba rosak kerja mereka pun terbengkalai atau menjadi lambat kerana terpaksa mencari punca air yang lain. Akhirnya bila lambat kebakaran di padamkan, mereka salahkan ahli bomba pulaknya padahal mereka yang mengabaikan keadaaan Pili Bomba tersebut. Dah terantuk baru nak terngadah emm betul ke peribahasa aku ni. hehehehe Apa pun sebagai rakyat yang perihatin sama-samalah kita menjaga Pili Bomba dengan sebaik-baiknya. Semuga ianya dapat memberi perkhidmatan yang baik buat semua rakyat di Malaysia.

Wednesday, December 15, 2010

Dapat hadiah tempat ke 3 yehaa

 




  Petang semalam selepas syiok makan angin keliling monorail dan lrt , selepas habis attend seminar casemix kat Hotel Parkroyal di Bukit Bintang, sampai je di rumah wah ada surat dalam peti pos. emm ada surat untuk aku lah tapi bila tenguk chop stem, hish ni dari mana pulak da. Sekali bila aku buka walahhhh contest 7up 7 wonders tu. Yeh yeh aku dapat tempat ke 3. emm jadi le tu kan dapat digital camera lagi. Tak kisah dan bersyukur lah daripada tak ada. Dah melabur beli 7up tu jadi dapat hasil sikit cukup lah.

 Sebenornya aktiviti masuk peraduan memang aku suka. Rasanya dah berapa kali dapat. Pertama yang aku dapat tempat ke 3 contest citer korea princess hour dapat le melancung ke thailand dan pataya 5hari 4 mlm. Lepas tu dapat HP motorola contest 100plus dan citer kat 8tv juga emm lupa tajuk tapi drama footsal lepas tu dapat baucher RM300 barangan Nike yang aku tukar dapatle sepasang kasut, beg silang dan stokin. Baucher tu aku dapat contest 100plus juga. La ni dapat digital camera jenama canon. Walaupun dah ada camera digital juga jenis olympus yang aku beli sebab nak pergi kursus ICD 10 di brisbane dulu, tak pe lah. Apa pun syukur. Kalaule dapat contest grand prize macam contest petronas yang sedang berjalan emmm tak taule nak kata apa. Wauuuu. Amin.